Rabu, 5 September 2012

EKSPEDISI TAMAN NEGARA

Assalamualaikum..

Ni plan ekspedisi Taman Negara Pahang yang aku telah rancang. Pakej ni 2 hari 1 malam. Sebab kalau kita buat pakej 3 hari 2 malam, hari 1st tu rugi kalau x buat ape-ape...Better kite bertolak awal dari Kuantan.. Sampai sana ngam-ngam boleh buat aktiviti.

Sebelum tu, aku nak cerita dulu kedudukan taman negara ni..Taman negara ni terletak di daerah jerantut dan sebenarnya terletak antara sempadan Pahang, Terengganu dan Kelantan.


Ni map kalau dari Kuantan.

Ni pula map kalau dari Jerantut. Lokasi taman negara adalah pada gambar MUTIARA TAMAN NEGARA RESORT. Sebenarnya ada 2 jalan nak ke Taman Negara ni... sama ada melalui jalan darat ataupun sungai. Kalau jalan darat, kita akan terus masuk ke simpang padang piol terus ke jeti dekat Kg. Kuala Tahan. Tapi kalau kita lalu jalan sungai, kita kena naik bot dan parking kereta dekat Jeti Kuala Tembeling. Masa untuk sampai ke jeti kuala tahan daripada jeti kuala tembeling adalah lebih kurang 2 jam setengah. Masa perjalanan, pukul 9pagi,1 petang dan 2 petang setiap hari. Tambang pula.. RM35 seorang sehala, kalau pergi balik RM70. Bagi aku better kite pergi dengan jalan darat. sebab lagi jimat dan duit tu kita boleh guna untuk naik bot masuk ke taman negara.


Ni pula peta kawasan taman negara. Kita boleh lihat la kawasan-kawasan aktiviti.

So, sekarang kita tengok pula tentatif yang aku cadangkan.

Hari pertama
- Bertolak ke taman negara dari kuantan- waktu dicadangkan pukul 5 pagi
- Sarapan di hentian rehat highway
- Dijangka tiba di taman negara pada pukul 9 pagi
- Parking kereta di kawasan jeti kuala tahan- naik bot ke seberang...Tambang RM 1
- Pendaftaran permit dan insurans. Seorang RM1... Kamera RM5.. Mungkin akan ambil seorang guide.
- Mula aktiviti jungle trekking..
- Destinasi pertama- bukit terisik
- Destinasi kedua   - jambatan gantung - canopy walk
- Destinasi ketiga   - Mandi manda di lubuk simpon
- Pulang ke jeti - solat jama'. Check in chalet (agoh chalet)- makan sama ada masak ataupun makan di
   restaurant berdekatan- restaurant ni restaurant orang kampung, harga oklah..tak mahal sangat.
- Aktiviti malam- Kalau nak buat BBQ pun ok juga.
- Bergerak ke jeti..naik bot.. (masing-masing kena bawa lampu suluh.)
- Bergerak ke bumbung tahan- Kalau nasib baik, boleh tengok haiwan liar.
- Tayangan Video
- Balik tidur.

Hari ke dua
- Bangun pagi dan sarapan. Kemas-kemas beg (packing)
- Bergerak ke jeti.. Tunggu bot
- Menaiki bot- Rapid shooting di kawasan dalam taman negara ( bukan kawasan luar)
   Kalau kawasan luar x best, air pun x cantik dan jernih. Harganya pun lebih murah RM 40 seorang. Bagi
   aku berbaloi, sebab kita akan mandi di air terjun di dalam kawasan taman negara
   yang memang sangat cantik dan jernih. Nama tempat tu lata berkoh.
- Mandi manda di air terjun.
- Melawat kampung orang asli - bawa la makanan sedikit untuk mereka... biskut, roti, atau apa-apa.
- Pulang ke jeti.
- Membeli cenderhati
- Pulang ke Kuantan

                                                                Nilah gambar chalet kita


Harga chalet ni RM 100 untuk 1 malam..ada air cond siap. boleh masuk 5-6 orang. memang luas, 10 orang pun boleh masuk


                                                 Ni gambar dekat jeti Kuala Tahan





                                                          Ni lah trek untuk jungle trekking




                                                      Ni gambar dekat puncak bukit terisik


                                                           Ni gambar dekat titian kanopi



                                                            Ni gambar orang asli


Untuk budget pula..herm, tak tahu nak kira sebab tak tahu berapa ramai lagi nak join

Bot ke seberang (ke taman negara)  - RM1
Permit masuk                                  -RM1
Lesen Kamera                                -RM5
Chalet untuk 5-6 orang                    -RM100
Makan sendiri
Tiket Titian gantung                          -RM5
Tiket bot                                         -RM40
- Rasanya bawah RM150 kot..
-JUM RAKAN-RAKAN...:)

7 ulasan:

  1. Nak mintak korang klik iklan blog aku kat atas tu..kasi support sketla..hehe

    BalasPadam
  2. Kawan-kawan...cane?? boley bagi list nama kat sini x? nak update.

    BalasPadam
  3. salam, nk tnya..korang gi free and easy kan..bkn guna pakej kan?

    so, guide person bleh hire kt sana je ke? ade no contact tak?

    really appreciate klu boleh bantu..terima kasih byk2..

    BalasPadam
  4. boleh..xda masalah..senang sangat nak pgi sana tu. kami pergi sendiri je lagi jimat kalau pegi dengan pakej mahal..

    BalasPadam
  5. salam macam menarik jer boleh saya dapatkan no contact? terima kasih jika sudi mebantu

    BalasPadam
  6. as'salam..klu utk aktiviti yg lain2..roughly bayaran dia berapa ye.. sy nk pegi backpackers je..so nk bajet2 la jgk

    BalasPadam
  7. Pergi sendiri lagi jimat . Nak tnya tour guide hire kat sana je ke .

    BalasPadam