Khamis, 6 September 2012

MINYAK ZAITUN BAIK UNTUK KESIHATAN

     Minyak zaitun dihasilkan dari pohon zaitun merupakan produk asli hasil tani di benua Asia Kecil dan taburannya bermula dari Iran, Syria dan palestin sehingga keseluruhan Mediterranean semenjak 6,000 tahun yang lalu.Pohon zaitun yang berkat ada disebut dalam Al-Quran, dalam surah An-Nur. Semenjak 1400 tahun yang lalu, Nabi Muhammad SAW telah menasihatkan umat Islam agar menggunakan minyak zaitun untuk kesihatan.
Antara kandungan minyak zaitun adalah fenol, sterol, pigmendan squelen yang memainkan peranan penting dalam kesihatan manusia.
Kegunaan dan Kelebihan Minyak Zaiton :
  • Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
  • Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis
  • Melawas pembuangan air kencing
  • Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
  • Antioksidan dan mencegah ketumbuhan
  • Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
  • Membekal vitamin E
  • Kestabilan asid lemak
  • Membekal pelbagai vitamin untuk antipenuaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan