Rabu, 5 September 2012

CARA MENGELAKKAN KECEDERAAN SEMASA BERSENAM

 
Bersenam itu merupakan satu aktiviti yang sangat baik dan juga menyeronokkan. Bersenam dapat membantu seseorang itu untuk mengekalkan kesihatannya. Tetapi, senaman juga ada risikonya yang tersendiri. Jika anda tidak mengambil berat aspek-aspek keselamatan semasa bersenam, anda munkin terdedah dengan kecederaan sama ada kecederaan ringan ataupun serius.

Ingat... jangan mengambil mudah tentang aspek-aspek keselamatan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Di sini, saya senaraikan langkah-lagkah penting yang anda perlu ambil, sebelum dan semasa bersenam untuk mengelakkan kecederaan berlaku pada diri anda

  1. Pertamanya, anda perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum memulakan senaman ataupun program senaman kerana doktor lebih arif tentang tahap kesihatan semasa anda.
  2. Mulakan aktiviti senaman anda dengan pemanasan badan terlebih dahulu seperti regangan dan sebagainya. Ini adalah penting untuk mengelakkan kecederaan semasa senaman dan juga kesakitan selepas tamat sesi senaman anda.
  3. Lakukan aktiviti penyejukan badan selepas senaman. Penyejukan badan boleh dilakukan dengan aktiviti ringan seperti berjalan perlahan-lahan atapun regangan. Ini adalah penting untuk mengelakkan anda mendapat masalah pening kepala selepas senaman.
  4. Berhenti serta merta jika anda mengalami masalah pening, sakit di mana-mana bahagian dan juga ketidakselesaan.
  5. Pakaian yang anda gunakan mestilah bersesuaian, longgar dan selesa. Pastikan anda memakai kasut semasa bersenam. Kasut yang sesuai adalah penting untuk megelakkan kecederaan
  6. Persekitaran dan masa juga adalah penting. Masa yang sesuai untuk bersenam adalah pada waktu pagi dan petang. Persekitaran yang sesuai pula adalah di tempat yang redup, terang dan juga rata.
  7. Jika anda pengidap diabetes, hendaklah anda membawa bekalan gula-gula ataupun manisan bersama anda. Jika anda berasa pening, anda hendaklah memakan gula-gula tersebut kerana anda mungkin mengalami paras gula yang rendah (hypoglicemia).
  8. Jangan duduk terus selepas berhenti bersenam [ingat..ini sangat penting]
  9. Kadar kekuatan nadi anda harus mencapai tahap 120-150 kali seminit.
 Selamat Bersenam.....:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan