Jumaat, 14 September 2012

BUNGA RAYA ...BUNGA KEBANGSAAN YANG BANYAK KHASIATNYA


 Bunga raya atau nama saintifiknya adalah botaninya hibiscus rosa sinensis, tergolong dlm keluarga Malvaceae merupakan herba astringen dan menyediakan vitamin c.-mengandungi musilaj polisakarid & pectin serta asid organic, glikosid sianidin (bahan antiestrogen), dan mengandungi sejenis lendir atau mucin yg memberikan rasa sejuk pd kerongkong dan rongga paru-paru.BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI UBAT BATUK Dipetik dari suatu artikel, penyelidik ada menyatakan bahawa ekstrak dari bunga raya mempunyai faedah kesihatan yang serupa seperti meminum teh . Bunganya mengandungi antioksidan yang membantu mengawal tahap kolesterol dalam badan. Kajian terhadap haiwan menunjukkan ekstrak bunga raya boleh mengurangkan kolesterol pada haiwan, dan ia juga boleh membantu manusia. Bunga raya boleh dibuat sirap dan ia juga boleh jadi pewarna merah pada makanan. Bunga raya juga boleh dicampur dalam makanan seperti jemput-jemput dan ia boleh digoreng seperti daun bayam dan cendawan tiram   .....kalau nak tahu rasanya.....boleh cuba.....
CARA  MANGGORENG  ;
celup bunga raya dalam bancuhan tepung untuk menggoreng. Masukkan  bunga
raya dalam minyak panas, api jangan terlalu panas kerana bunga raya nipis, cepat
garing. setelah cukup garing, angkat  .......dan boleh dihidangkan untuk minum petang.........


Tiada ulasan:

Catat Ulasan