Khamis, 6 September 2012

BIJI APRIKOT ; HINDARI BARAH


       





 vitamin b17 boleh di dapati dari biji aprikot.
Aprikot dipercayai berasal dari China yang mana buah ini telah ditanam sejak 4000 tahun yang lalu. Buah ini turut ditanam di India dan Tibet.

Kaum Hunza yang tinggal di pergunungan Himalaya sebagai kaum yang berumur panjang, amat menghargai buah ini kerana kebaikan yang diberikan olehnya terhadap kesihatan mereka semenjak 1500 tahun dulu.

Apricot juga terkenal sebagai makanan kesihatan oleh pengamal perubatan Greek sementara orang Rom pula mendedikasikan buah ini kepada Venus, dewi cinta mereka. Aprikot telah diperkenalkan di eropah semasa zaman Alexander The Great.

Aprikot termasuk dalam kelas subasid. Asid ini boleh didapati ketika buah ini masih belum masak sepenuhnya. Keasidannya akan semakin berkurangan manakala kandungan gula nya akan semakin meningkat semasa buah ini dalam proses masak.Aprikot merupakan buah yang berbiji dan mengandungi pelbagai khasiat. Buah, biji, minyak dan bunga dari buah aprikot telah digunakan di dalam bidang perubatan sejak berkurun lamanya.

Di China ubat yang digelar Apricot Gold diperbuat daripada biji pokok yang ditanam di kawasan tertentu. Ubat ini dikatakan dapat memanjangkan umur. Apricot bagus untuk amenia kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi. Walaupun kandungan kuprum dalam buah adalah sedikit namun mineral itu dapat menjadikan besi tersebut dimanfaatkan oleh tubuh....

 JUGA BERTINDAK
Menyelamat/ membaikpulih fungsi hati
•Membersihkan saluran darah
• Merawat penyakit diabetes
• Menurunkan tekanan darah tinggi
• Memperbaiki fungsi buah pinggang
• Mengurangkan kesakitan sendi tulang
• Memudahkan penurunan berat badan
• Baik untuk pembersihan usus
• Mengawal masaalah serawan (ruang putih di dlm mulut)
• Pemangkin kepada kesihatan mental

 B 17 BANTU BUNUH SEL BARAH

 Kernels aprikot merupakan kumpulan Nut dan seed (kekacang dan bijirin ). Tidak ada bezanya dengan kumpulan kekacang dan bijirin yang lain. Apa yang membezakannya adalah kandungan khasiat didalamnya yang sangat luar biasa, terutama Bitter Apricot. Dalam bahasa nutrient, Biji Apricot ini di sebut mengandungi Amigdalin, yang juga dikenali sebagai vitamin B17. B17 ini dapat membantu membunuh sel- sel kanser dalam badan kita, Hasilnya dapat membebaskan diri kita dari serangan penyakit ganas ini (kanser) yang merupakan pembunuh senyap.

CARA MAKAN BIJI APRIKOT
  • Penggunaan biasa dan anti penuaan dan pencegahan kanser: 10-15 biji pagi dan 10-15 biji malam
  • Kecantikan: Mengurangi bintik-bintik hitam dan jerawat , sel-sel mati serta menghilangkan kulit yang kasar. Hasilnya,kulit terlihat lebih berseri,segar dan permukaan wajah lebih halus.
  • Kewanitaan: Menghilangkan keputihan, senggugut, melancarkan perjalanan darah haid, kesakitan di bahagian rahim, menghilangkan bau hamis. ( 8-15 biji setiap pagi dan malam sahaja ).
  • Pesakit kanser: Cara makan :10-15 biji di blender dengan 1 gelas air kosong dengan salah satu buah-buahan samada epal hijau, angur, pic, lobak merah. Paling di galakkan khusus bagi pesakit kanser atau barah adalah sebelum memakan biji aprikot makan dahulu buah nenas atau buah betik (15 minit sebelum). Minum di waktu dibawah ini:
  1. 4 pagi
  2. 8 pagi
  3. 12 Tengahari
  4. 4 petang
  5. 8 Malam
  6. 12 malam

Peringatan: jangan makan nasi sebelum pukul 12 tengahari. Minum banyak air kosong, iaitu sekurang-kurangnya 2 – 3 litre sehari. Untuk permulaan mulakan dengan dosej yang sedikit dahulu. Apabila badan rasa ok, baru di tambah sedikit demi sedikit sehingga tahap dosej dan kekerapan yang dicadangkan. Contoh: hari pertama, blend 10 biji aprikot bersama sebelah buah epal hijau (jangan buang biji nya) dan segelas air, minum 2 kali sehari. Hari kedua, 10 biji 3 kali sehari, Hari ketiga, 10 biji 4 kali sehari dan seterusnya sehingga menjadi 15 biji 6 kali sehari. Ini untuk mengelakkan dari badan “terkejut” dengan tindakbalas B17. (Kalau terasa pening/sakit kepala, cirit birit, demam, kurangkan pengambilannya sehingga badan ok semula.) Simpan stok biji aprikot di dalam peti sejuk supaya ianya tahan lama dan tidak berbubuk dan berkulat.


4 ulasan:

  1. nice info pasal kesihatan..dulu pernah buat jugak tapi skng takde idea..huhu..nak dapat komen banyak selalu la ping entri kat group blogger blogger facebook dan laman seperti apesal.com,busuk.org dsb..xpa, teruskan blogging
    :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama, thanks gak sebab bagi semangat..sekarang saya doh hantar ping dekat busuk dengn blogr.my je.. apasal ok jugak ke? Saya memang minat cerita pasal kesihatan, yelah..kerja pon dekat hospital.memang dah terjun dalam bidang kesihatan..

      Padam
  2. Kalau sebelum balik dari Mesir family suka sangat pesankan buah aprikot kering, nice to know banyak benefit dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh..haa..aprikot kering tu memang best.. kalau ada sedara mara nak pgi umrah je..memang dah booking awal-awal dah..

      Padam