Jumaat, 24 Ogos 2012

Kelebihan Surah Al-Kahfi


Pada hari jumaat ni, tergerak hati saya untuk membelek-belek apakah amalan yang baik dapat saya lakukan pada hari ini.. Selepas mencari, akhirnya terjumpa artikel yang menulis tentang kelebihan membaca surah al-kahfi pada hari jumaat. Special pada hari jumaat. Saya rasa tertarik untuk berkongsi dengan pembaca kerana bagi saya memang rugi kalau kita x amalkan surah ini.Paling-paling kurang pon ada lah satu amalan yang dapat kita amalkan secara istiqamah.. walaupun ia sedikit. Banyak orang, nak buat amalan tu banyak sekali gus,lepas tu dah malas nak buat. Bagi saya cara tu salah. Biarlah sedikit asalkan berterusan. Sebelum kita tengok kelebihannya.Baiklah kita tahu serba sedikit tentang surah al-Kahfi.
 
Surah al-Kahfi
Surah al-Kahfi mempunyai 110 ayat.  Ia merupakan surah Makkiyah.  Di dalamnya terdapat mesej-mesej aqidah yang didatangkan sebahagiannya dalam bentuk cerita. Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim, kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada ALLAH, kisah Nabi Musa dan Khidir, dan kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj.
Surah ini juga mengajar ummat Islam agar apabila berjanji, hendaklah mengatakan “in sha’ ALLAH”.  Ia suatu kalimah yang sangat penting.  Antara asbab turunnya beberapa ayat di dalam surah al-Kahfi ialah kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ditanya oleh orang-orang musyrik tentang 3 perkara iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah Dzulqarnain dan tentang ruh.  Namun, wahyu tidak turun kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam tidak menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji untuk menjawab tiga persoalan tersebut.  Selepas beberapa ketika dan agak lama menunggu wahyu, akhirnya turunlah ayat yang menyuruh Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji, diturunkan sekali jawapan-jawapan dari ALLAH tentang 3 persoalan tersebut.
 
Kelebihan 
Antara kelebihan-kelebihan khusus yg kita dapat lihat pada hadis-hadis Rasulullah SAW.

Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi."
 [ Hadis Riwayat Ahmad ]
 
Imam Ahmad berkata : "Daripada Abi Al-Darda'i, Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi,maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal."
 [ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ]

Jomlah Kita Ramai-ramai Beramal...:)..rugi kalau x amalkan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan