Khamis, 27 September 2012

MENGKUDU BANYAK KHASIATNYA



Buah Mengkudu atau nama saintificnya Morinda Citrifolia. Di Kepulauan Hawai digelar Noni. Buah Mengkudu telah dicatat dalam manuskrip purba sebagai satu bahan utama dalam ramuan perubatan sejak 2,000 tahun lalu. Pokok Mengkudu boleh ditemui di Asia Tenggara (cth Malaysia, Indonesia, Thailand, Burma), Australia, New Zealand, India, Carribean, Hawai dan Tahiti  . Selain buahnya daun mengkudu juga boleh dimakan mentah / celur untuk ulam serta boleh dibuat sayur lemak campur keledek .

kelebihan mengkudu

Meredakan tekanan darah tinggi, senggugut, arthitis, ulcer, kencing manis, kerosakan buah pinggang, pundi kencing, salah urat, gout, antioxidant, mengurangkan tekanan (stress), kurang tenaga, lemah tenaga batin, tekanan perasaan, merencatkan pertumbuhan sel-sel barah, mempunyai kesan analgesik (penahan sakit), antiseptik (membunuh kuman) dan menghalang pertumbuhan parasit & kulat serta melicinkan kulit. Buah mengkudu juga boleh digunakan sebagai pewarna rambut.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan