PUTIH
- seorang yang berfikiran positif dan optimistik.
- berkebolehan dalam menyeimbangkan kehidupan seharian mereka, antara kerja dan peribadi
- gemar mengasingkan diri dari orang ramai
KUNING
- seorang yang menarik dan penuh aspirasi
- tidak akan menghadapi sebarang masalah dalam menyelesaikan sesuatu perkara dan mereka boleh melakukannya tanpa bantuan orang lain.
- amat mudah berputus asa, apabila sesuatu perkara itu tidak dapat diselesaikan
OREN
- seorang yang kreatif, sukakan persaingan, aktif dan praktikal dalam melakukan sesuatu
- suka bersaing dengan sesiapa sahaja.
- kurang memberikan perhatian kepada perkara yang tidak suka dilakukan atau diarah oleh orang lain.
MERAH
- individu yang bermotivasi dan mengamalkan gaya hidup yang aktif.
- digambarkan sebagai individu yang berkebolehan sebagai seorang pemimpin
- seorang yang panas baran dan mudah naik angin
HIJAU
- seorang yang berperikemanusiaan dan amat prihatin.
- apabila mereka mempunyai masalah, mereka akan merujuk kepada alam sekeliling bagi mendapatkan jawapan kepada persoalan mereka.
- adakalanya tidak boleh dipercayai,biarpun mereka bersikap berhati-hati apabila melakukan sesuatu perkara.
COKLAT
- seorang yang jujur,tidak suka meninggi diri dan gemarkan gaya hidup yang amat sederhana,
- amat menghargai sesiapa sahaja yang berada di sekeliling mereka
- Penggemar warna ini akan acapkali lari dari kenyataan, biarpun hanya perkara yang
remeh.
BIRU
- seorang yang bijak dan berperanan besar dalam menentukan hala tuju kehidupannya
- Mereka juga dilabelkan sebagai tempat rujukan bagi sesiapa yang bermasalah
- berkebolehan menjadi pemimpin kerana bijak mengatur strategi
- adakalanya si biru akan bertindak melampaui batas untuk mencapai sesuatu yang diingini.
HITAM
- seorang yang tegas, kuat, berdisiplin dan tidak suka dikongkong
- kurang berkeyakinan dan adakalanya memerlukan sokongan atau bantuan dari orang lain
Tiada ulasan:
Catat Ulasan