Selasa, 18 September 2012

PERUBAHAN PADA KUKU PETANDA ANDA SAKIT

Kita perlu peka dengan kesihatan kuku kerana kuku juga sebahagian daripada tubuh.Perubahan pada kuku seperti perubahan warna, pengecutan, penebalan, kerapuhan, rekahan atau titik putih perlu diberi perhatian ;
  • Warna kebiruan pada pangkal kuku menandakan kitaran darah yang tidak lengkap dan merupakan gejala penyakit jantung .
  • Apabila separuh bahagian di hujungkuku berwarna merah muda atau coklat sementara kutikel berwarna putih, itu merupakan gejala penyakit kerosakan ginjal yang kronik .
  • Apabila timbul kerutan melintang dan kuku kelihatan kusam, itu menandakan kekurangan nutrien atau gejala sesuatu penyakit seperti demam campak, cacar air, masalah jantung serta keadaan seperti sindrom Reynaud (kejang pada urat jari tangan dan kaki akibat sangat sejuk) .
  • Lapisan merah membujur pada kuku menandakan pendarahan pada salur kapilari. garisan-garisan berganda merupakan gejala penyakit darah tinggi .
  • Apabila pertumbuhan kuku kelihatan lambat, tebal dan mengeras serta kekuning-kuningan, ia menandakan masalah sistem pencernaan yang kronik .
  • Timbulnya bintil-bintik pada kuku, menandakan adanya penyakit psoriasis (penyakit kulit kronik) .
  • Apabila terdapat lengkungan berlebihan pada pangkal kuku dan sekitar hujung kuku, itu menandakan gejala penyakit emfisema (gangguan pada paru-paru), penyakit kardiovaskular atau hati .
  • Walau bagaimanapun, peningkatan usia akan menyebabkan struktur kuku berubah dan hal ini biasanya tidak mempunyai kaitan dengan masalah kesihatan. Dalam masa yang sama, perubahan yang tidak ketara pada kuku juga tidak perlu dirisaukan, kerana diagnosis melalui kuku belum diisytiharkan sah sepenuhnya oleh semua doktor di seluruh dunia. Jika seseorang mengalami masalah kesihatan, digalakkan supaya berjumpa dengan pakar kesihatan berbanding menganalisis sendiri perubahan pada kuku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan