Selasa, 4 September 2012

ICE CREAM TU SEDAP, TETAPI...... [ BOLEH TERBAKAR !!!]



Sapa yang tak suka makan ice cream kan? Boleh dikatakan ice-cream ni adalah makanan universal yang diminati tidak kira usia. Tetapi tahukah anda, di dalam ice cream terkandung bahan kimia yang sangat bahaya?

Bahan kimia yang saya maksudkan di atas adalah bahan perisa dan pewarna yang terdapat di dalam ice cream tersebut. Jangan terkejut jika saya saya katakan ada bahan perisa yang digunakan di dalam ice cream juga turut digunakan sebagai ubat kutu!!!

Mari kita senaraikan bahan kimia merbahaya yang terdapat dalam ice cream.

Diethyl glycol- bahan ini digunakan di dalam ice cream sebagai pengganti kepada telur. Maklumlah, harga telur agak mahal sekarang ini. Maka, ada syarikat yang menggunakan bahan ini yang agak murah berbanding telur untuk menggantikannya. Bahan ini juga digunakan sebagai bahan anti beku dan juga digunakan untuk menanggalkan cat.

Aldehyde C-17- bahan ini digunakan sebagai pengganti kepada perisa cherry. Bahan ini adalah bahan mudah terbakar yang digunakan dalam industri dye, plastik dan getah.Anda sanggup ke makan...kalau terbakar dalam perut anda bagaimana?

Piperonal- bahan ini digunakan untuk memberi rasa vanilla di dalam ice cream. Bahan ini juga digunakan untuk membunuh kutu di kepala... Kepada sesiapa yang ada kutu tu, boleh lumur je ice cream ni di kepala. Mana tahu semua kutu boleh mati [hehe].

Ethyl Acetate- bahan ini digunakan untuk memberi rasa buah nenas kepada ice cream. Bahan ini digunakan untuk mencuci barang-barang kulit dan juga textile. Ia juga boleh menyebabkan kerosakan kepada paru-paru,hati dan jantung.

Bagi saya, kalau nak makan ice cream tu boleh..Tetapi anda belek-beleklah dulu bahan-bahan dia. Ice cream terbaik adalah ice cream yang dibuat tanpa bahan perisa dan pewarna tiruan. Tetapi ice cream begini selalunya tidak tahan lama.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan