Isnin, 3 September 2012

PEMANAH PARALIMPIK NEGARA DAPAT PINGAT PERAK DI LONDON




Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada pemanah paralimpik kebangsaan Hasihin Sanawi (27 tahun) kerana telah berjaya meraih pingat perak di sukan paralimpik London.Sekurang kurangnya kejayaan beliau dapat menebus kekecewaan rakyat Malaysia dalam sukan memanah di temasya sukan Olimpik yang lalu.Saya sebagai rakyat Malaysia tumpang gembira dan bangga dengan kejayaan beliau.

Beliau tewas kepada Oscar de Pellegrin, pemanah dari Itali dalam saingan peringkat akhir acara recurve. Beliau hanya tewas tipis kepada pihak lawan kerana beliau hanya tewas dalam set penentuan setelah masing-masing mendapat mata yang sama 5-5 setelah tamat lima set.

Selepas ini beliau akan meneruskan cabaran negara dalam acara berpasukan dengan dua pemanah negara yang lain. Sama-samalah kita berdoa agar beliau mereka dapat membawa pulang pingat emas pertama ke Malaysia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan