Isnin, 3 November 2014

LESTARI ALAM SEKITAR













LAMPU DRPD SUDU PLASTIK
           



                                                     BAKUL DARIPADA SURAT KHABAR


BEKAS PENSEL DRPD KOTAK










 BEKAS BUNGA DRPD BOTOL PLASTIK











BUNGA DRPD BOTOL PLASTIK


Rabu, 8 Oktober 2014

12 Amalan Pembuka Pintu Rezeki

Harini saya ingin berkongsi 12 amalan pembuka pintu rezeki. Panduan ini sangat-sangat berharga di saat kita terhipit dengan masalah ekonomi sekarang. Oleh itu, marilah kita sama-sama amalkan dan sebarkan untuk kebaikan kita bersama.


Apa Itu Demam Denggi

Apa itu Demam Denggi?

Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini.Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.


Bagaimanakah penyakit ini merebak?

Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di negara-negara rantau tropika. Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi menyerupai demam selsema dan ciri klinikalnya berbeza-beza mengikut umur pesakit.

Pemindahan penyakit:
    • Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus denggi.
    • Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8 - 12 hari selepas menghisap darah manusia (perumah).
    • Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus tersebut ke generasi seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui ovari).
    • Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi walaupun terdapat kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia, monyet boleh dijangkiti dan menjadi sumber virus bagi nyamuk yang belum dijangkiti.
    • Virus denggi dari perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat menjangkiti/dipindahkan ke perumah kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat dan sekurang-kurangnya 3 hari selepas timbulnya gejala penyakit.

Bagaimanakah terjadinya demam denggi?


Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina. Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini.


Apakah penyebab demam denggi?


Penyakit demam denggi berpunca dari 4 jenis virus denggi yang dipindahkan kepada manusia melalui nyamuk Aedes yang telah dijangkiti.

Pada asasnya terdapat 4 jenis virus denggi iaitu flavivirus DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4. Semua nyamuk Aedes berupaya bertindak sebagai vektor virus denggi sebelum memindahkannya kepada manusia. Walau bagaimanapun, vektor utama virus ini ialah nyamuk Aedes Aegypti. Vektor lain adalah seperti nyamuk Aedes Albopictus yang merupakan vektor virus denggi di kawasan bandar.


Bagaimana cara untuk mencegah denggi?1. Lindungi diri anda dari gigitan nyamuk :
Untuk mengelak dari gigitan nyamuk, seseorang itu perlulah mengetahui tabiat makan nyamuk dan menggunakan bahan penghindar nyamuk pada kulit yang terdedah apabila perlu. Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk. Pasangkan jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk dari memasuki rumah.


2. Elakkan dari membuat lawatan ke kawasan berisiko tinggi di waktu siang :
Jalan terbaik ialah mengelak dari bertandang ke kawasan berisiko (kawasan bandar) di siang hari. Ini adalah kerana nyamuk Aedes bukanlah serangga malam. Waktu puncak ia mencari makan ialah di awal pagi dan awal senja.


3. Musnahkan tempat pembiakan nyamuk :

Cara lain untuk mencegah denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Nyamuk Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk dari membiak.

Nyamuk Aedes

Nyamuk Aedes merupakan sejenis nyamuk yang biasanya ditemui di kawasan tropika. Namanya diperolehi daripada perkataan Greek aedes, yang bererti "tidak menyenangkan", kerana nyamuk ini menyebarkan beberapa penyakit berbahaya seperti demam denggi. Ae. albopictus merupakan species yang sering ditemui di Asia. Kakinya berbelang hitam putih. Ae. aegypti juga terkenal sebagai penyebar denggi dan demam kuning.
Kitaran hidup nyamuk aedes bermula dari telur hingga dewasa mengambil masa kira-kira satu minggu.


Tabiat nyamuk aedes
  1. Aedes senang dikenali dengan belang hitam putih pada badan dan kakinya
  2. Aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan waktu senja
  3. Aedes membiak dalam air jernih yang bertakung, sama ada di dalam atau luar rumah


Tempat pembiakan nyamuk aedes
Dalam Rumah :
  1. Akuarium
  2. Perangkap semut
  3. Timba
  4. Kolam (Kolah) mandi
  5. Tempat air peti sejuk
  6. Tempayan
Luar Rumah :
  1. Tayar buruk
  2. Tempurung kelapa
  3. Botol/gelas pecah yang mengandungi air
  4. Salur air hujan
  5. Tempayan
  6. Pokok pisang
  7. Pokok keladi
  8. Longkang yang tersekat
  9. Tangki septik (terdedah)



Pencegahan pembiakan nyamuk aedes

    1. Salin air dalam tempayan, pasu-pasu bunga, kolam mandi tiap-tiap minggu dan basuhlah sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru
    2. Buangkan air dari pinggan-pinggan alas pasu bunga seminggu sekali dan gosok pinggan-pinggan itu hingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk
    3. Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur
    4. Bekas yang tidak digunakan hendaklah dikumpulkan dan dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam
    5. Periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk membersihkan daun yang menyekat air daripada mengalir
    6. Masukkan garam sebanyak 2 sudu teh ke dalam perangkap semut untuk mencegah pembiakan nyamuk
    7. Peliharalah ikan seperti ikan gapi, puyu di dalam tangki besar kerana akan memakan jentik-jentik.
    8. Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (mengikut sukatan yang betul) ke dalam semua bekas menyimpan air, tiga bulan sekali.

 

Apakah rawatan yang diberi untuk demam denggi?

Tiada rawatan khusus untuk demam denggi.
    • Dalam kes demam denggi dengan atau tanpa renjatan, cecair yang diberi secara oral sudah memadai untuk menggantikan kehilangan cecair badan akibat demam kuat, anoreksia dan muntah-muntah.
    • Ubat antipiretik mungkin boleh digunakan untuk meredakan demam. Walau bagaimanapun, salisilat (sebatian yang mengandungi analgesik untuk melegakan kesakitan, antipyresis - mengurangkan demam dengan menurunkan suhu badan dan aktiviti anti keradangan seperti aspirin) perlu dielakkan kerana ia diketahui boleh menyebabkan pendarahan. Pesakit perlu diawasi dengan rapi bagi mengesan tanda-tanda awal renjatan.
    • Untuk pesakit-pesakit sindrom renjatan denggi, penggantian awal dan segera plasma yang hilang dengan plasma, penambah plasma dan/atau larutan elektrolit dan cecair akan menghasilkan kesan yang menggalakkan.

Rawatan bukan farmakologi

Rawatan termasuk:
  • Meningkatkan pengambilan cecair.
  • Meningkatkan bekalan oksigen.

Pesakit demam denggi perlu berehat dan minum lebih banyak air untuk segera sembuh. Pesakit yang mengalami renjatan ketika demam perlu diberi cecair secara intravena (melalui salur darah vena). Oksigen juga perlu diberikan. Untuk pesakit demam denggi berdarah, penggantian cecair badan yang hilang mungkin mampu menyelamatkan nyawanya. Bagi sesetengah kes, pemindahan darah perlu dilakukan bagi mengawal pendarahan.


Rawatan farmakologi

Tiada ubat khusus bagi merawat demam denggi. Rawatan adalah untuk menghilangkan gejala yang timbul.


Apakah jenis pemantauan yang perlu dibuat?Apabila sahaja pesakit disahkan mendapat demam denggi adalah menjadi tanggung jawab doktor yang merawat untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa kesihatan mengenai perkara ini kerana denggi merupakan penyakit yang perlu dilaporkan. Laporan ini penting supaya tindakan lanjutan seperti di bawah ini dapat dijalankan:
    • Kawasan dan persekitaran di mana pesakit disyaki dijangkiti perlu dilakukan pengasapan (fogging) oleh pihak berkuasa.
    • Memantau kawasan yang menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes supaya ianya tidak merebak ke tempat lain. Jika tempat pembiakan ditemui pemilik rumah akan didenda.
    • Apabila pesakit telah keluar dari hospital, beliau dan ahli keluarganya perlu mengambil langkah-langkah pencegahan dan bertindak untuk mencegah penyakit ini dari berulang. Ini kerana pesakit yang pernah mengalami denggi jika ia mendapat semula penyakit ini, kesannya adalah amat teruk.

Semburan Kabus (Foging)

Bahan Pembunuh (Jentik-Jentik)

Risalah Diambil Dari LamanWeb Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan.

Kebaikan Habatus Sauda

Habatus Sauda (Nigella sativa/Black Seed)


Sejak ribuan tahun dahulu, Habatus-Sauda ataupun nama saintiknya Nigella sativa, telah digunakan sebagai makanan tambahan untuk mencapai tahap kesihatan yang optimum. Ia mempunyai ciri perubatan yang dapat meningkatkan sistem ketahanan tubuh. Ia juga dapat mengatasi kepenatan dari aktiviti harian anda.

Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda:

“Sesungguhnya Al-Habatus Sauda’ boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam”. Aku bertanya. “Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, “Al-Sam itu ialah maut”
Riwayat Imam Bukhari.


• Capsules
Mengandungi 100 Biji kapsul lembut untuk botol kecil dan
210 kapsul lembut untuk botol besar.

Khasiat (Habatus Sauda)

Pengambilan (Habatus Sauda) secara berterusan dalam kehidupan seharian akan membantu tahap kesihatan yang optimum.

Soalan Lazim

1. Adakah (Habatus Sauda) produk Malaysia?
Tidak, (Habatus Sauda) diimport terus dari Mesir. 100% asli dan tiada bahan tambahan.

2. Adakah produk ini halal.
Ya. Produk ini telah disahkan halal oleh Majelis Ulama Indonesia iaitu badan yang diiktiraf oleh Jakim.

3. Bagaimana cara pengambilan (Habatus Sauda) bagi golongan dewasa?
Pengambilannya adalah :
Dewasa : diambil sebelum makan.
2 x 2 kapsul sehari - untuk pencegahan
3 x 2 kapsul sehari - untuk pengubatan
3 x 2 kapsul sehari - untuk penyakit kronik
kanak-kanak : 3 kapsul sehari.

4. Adakah terdapat sebarang kesan sampingan apabila mengambil produk ini?
Tiada kesan sampingan yang diketahui. Habbasyi oil mengandungi minyak Habatus Sauda yang tulen dan bebas dari sebarang bahan pengawet.

5. Bolehkah Habatus Sauda diambil oleh wanita hamil?
Sila dapatkan nasihat daripada doktor.

6. Bolehkah pengidap penyakit kronik seperti diabetis, darah tinggi, dan kencing manis mengambil ubat penyakit kronik dan dalam masa yang sama mengambil Habatus Sauda?
Boleh.
Tetapi mereka perlulah mengambil Habatus Sauda sejam selepas mengambil ubat penyakit kronik dan mereka juga masih perlu meneruskan rawatan pakar. Sila dapatkan khidmat nasihat daripada doktor dahulu.

MANFAAT kepada kesihatan anda

• Meredakan batuk dan meminimumkan manifestasi atas gangguan saluran pernafasan
• Melindungi terhadap serangan bronchial asthma dan batuk kokol
• Meningkatkan kecergasan tubuh dan mengatasi kelelahan & kelemahan harian
• Meningkatkan imunisasi tubuh terutama pada keadaan penyakit dan penyembuhan
• Meredakan pelbagai sakit dan ketidakselesaan seperti kekejangan dan perut kembung

Kelebihan Habatus Sauda yang diakui berkesan oleh pengguna

Memberi Tenaga
• Keletihan, sakit-sakit badan, mudah mengantuk

Meningkatkan IMUNISASI
• Mengelakkan dari jangkitan penyakit, meningkatkan sel pembunuh penyakit, sesuai untuk pengidap AIDS, pesakit kanser, penyakit berkenaan ketahanan badan, membantu melawan penyakit

Anti Inflamasi
• Mengurangkan bengkak dan radang, sesuai untuk pesakit asma (radang paru-paru), sakit kuliteczema (radang kulit) dan arthritis (bengkak sendi)

Saluran Pernafasan
• Melegakan saluran pernafasan yang membengkak (lihat Anti Inflamasi)

Anti Histamin
• Mencegah cetusan histamine (punca alahan) dalam badan, sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan kepada makanan (makanan laut dsb) dan debunga, juga asma

Anti Bakteria
• Mengelakkan dari jangkitan E-coli, V cholera dan shigella, mengubati cirit birit, sesuai untuk kesihatan dalam perut dan usus, mengatasi masalah bau mulut, tonsil

Anti Arthritis
• Lihat Anti Inflamasi

Penyakit Wanita
• Membetulkan putaran haid, memperbanyak air susu ibu, meningkatkan tenaga, meningkatkan kesuburan

Merawat Saluran Perkumuhan
• Merawat jangkitan pundi kencing, melawaskan perkumuhan

Anti Parasit
• Membunuh cacing dalam perut, juga sesuai untuk kanak-kanak (lebih dari 5 tahun)

Meningkatkan Daya Ingatan
• Mempunyai asid omega 6 dan asid omega 3 yang baik untuk otak dan kecerdasan

Merawat Tenaga Battinn
• Impotensi, meningkatkan tenaga seksual (untuk lelaki dan wanita)

Mengecutkan KETUMBUHAN (Anti – Tumor)
• Sesuai untuk mereka yang mempunyai ketumbuhan, kanser, tumor dan lain-lain.

Mengawal Kolestrol dan Kadar GULA dalam darah.


Habbasyi oil (Nigella sativa) - 100 biji (500mg) - RM35


Habbasyi oil (Nigella sativa) - 210 biji (500mg) - RM70 untuk botol pertama dan RM 60 untuk botol ke dua.

RM5 Bayaran Pos.

Call/Whatssap/Msg :0199187825 (hafizuddin)




Selasa, 23 September 2014

Terima Kasih Semua

Assalamualaikum semua..
 Syukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya, blog Kalam Kasih Semakin maju kehadapan. Sudah 3 tahun blog ini diwujudkan dan blog ini telah membantu dan menyalurkan maklumat kepada ramai orang di luar sana. Daripada seorang student yg buat blog secara suka-suka, kini setelah tamat belajar dan bekerja sebagai seorang profesional.. saya bertekad untuk meningkatkan lagi mutu penulisan dan juga maklumat di dalam blog saya ini dengan harapan ianya akan terus menjadi medan untuk menyalurkan ilmu dan dakwah kepada seluruh masyarakat Malaysia amnya dan masyarakat dunia khasnya.

Ilmu yg saya sampaikan di dalam blog ini boleh juga dengan harapan menjadi saham-saham akhirat apabila penulis sudah tiada nanti.. inshaallah. Semoga usaha yg sedikit ini mendapat berkat dan rahmat daripada Allah hendaknya.inshaallah..

Terima kasih atas sokongan tanpa henti anda semua. Tanpa anda blog ini tidak akan berada pada tahap sekarang..

Ahad, 20 Oktober 2013

JOM MAKAN PISANG

http://1.bp.blogspot.com/-UEkDaGbxY3A/UO5pEs2vi6I/AAAAAAAAKzw/nUgWECsko3Y/s1600/gam+pisang.jpg
 
 
UNTUK SISTEM SARAF

Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu
 menenangkan sistem saraf anda .
 
UNTUK MENGURANGKAN KELETIHAN
 
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu . Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Tekanan Darah Tinggi:

Buah tropika unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi garam rendah,
 menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.
 



Anemia:

Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan
hemoglobin dalam darah , yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia. 
 



Tekanan:

Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit
 tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang.
 Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada
 serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud
 dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.
 



Kuasa Minda:

Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan
 dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari.
 Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi
dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).
 



Ulser:
 
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak
 mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral
lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti
 lapisan dinding perut kita.
trok:
Mengikut kajian dalam buku The New England Journal of MedicineĆ¢€˜,
mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko
kematian akibat strok sebanyak 40%!
 
Obesiti dan Tekanan Kerja:
 
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja
 menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek .

Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes
 membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk
 mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah
 dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk
 mengekalkan kadar yang stabil . Makanlah pisang.
 
Pisang emas di bawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
hutang emas boleh dibayar,
hutang budi dibawa mati.
 
coretan
pisang  sebagai bekalan dalam pelayaran yang jauh  hingga ke negeri Cina semasa zaman
Melayu Melaka . Keistemewaan pisang emas ia  masak tidak serentak . Orang dulu-dulu sangat
memuliakan makanan yang sentiasa diletakkan di tempat yang tinggi. Banyak resepi makanan yang
berasaskan pisang . Dulu-dulu bayi makan pisang lecek....pandai pun  ...saya suka makan pisang montel..rasanya macam pisang emas.kerepek pisang tanduk sangat sedap berbanding kerepek kentang.
 

 
 


KAKI KEJANG SANGAT SAKIT

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan kekejangan kaki berlaku. Antaranya ialah :

  • Mengandung
  • Terlebih bersenam di siang hari
  • Suhu persekitaran yang terlalu sejuk
  • Berdiri di atas permukaan yang keras atau berdiri terlalu lama
  • Mengalami masalah buah pinggang
  • Badan kekurangan sumber air
  • Badan  kekurangan potassium, kalsium dan magnesium
  • Beberapa jenis ubat boleh menyebabkan kram iaitu: diuretik, nifedipine, cimetidine, salbutamol, statins, terbutaline, lithium, clofibrate, penicillamine, phenothiazines, dan nicotinic acid.
CARA MENGATASI KRAM ATAU KEJANG
  • Minum air secukupnya
  • Pastikan badan anda mendapat nutrisi yang cukup
  • Kurangkan minum alkohol dan kafein
  • Lakukan regangan kaki sebelum tidur
  • Jangan lakukan latihan secara mengejut
  • DAPATKAN RAWATAN DOKTOR
  • Cari tempat duduk / tempat bersandar
  • buka kasut
  • Angkat telapak kaki yg sakit ke atas pangkuan / atas peha
  • Rendam kaki dengan air hangat
  • makan pisang dan kurangkan makanan berprotein
  • lapik bantal dibatis apabila berbaring
  • sapu minyak panas spt minyak serai wangi, balsem buah pala dll.
 
 Penyebab Kaki Kram dan Cara Mengatasinya

GUNA SEMULA BAHAN TERBUANG

 


 
 
 

 
 idea kitar semula 
 
idea kitar semula 
 




 

 


Sabtu, 19 Oktober 2013

GUNA SEMULA TAYAR



 


 

 
 
 
kreativiti kitar semula recycle idea 
kreativiti kitar semula recycle idea
 
 

GUNA SEMULA BOTOL PLASTIK


 

 
 
 
 
idea kitar semula 
 







  


 
 

Sabtu, 28 September 2013

KHASIAT AKAR LALANG

 
 
 
Khasiat AKAR LALANG sangat banyak sebagai ubat untuk berbagai gangguan kesihatan, seperti: batu ginjal, infeksi ginjal, kencing batu, batu empedu, buang air kecil tidak lancar atau terus-menerus, air kencing mengandung darah, prostat, keputihan, batuk rejan, batuk darah, pendarahan pada wanita, demam, campak, radang hati, hepatitis, tekanan darah tinggi, urat saraf , asma, radang paru-paru, jantung koroner, gangguan pencernaan, diare, dll.
Buang air kecil tidak lancar dapat diubat dengan 100 gram akar lalang dan gula batu secukupnya direbus dengan 600 cc air hingga tersisa 200 cc, saring dan minum airnya.
 

KHASIAT BUAH MARKISA



 khasiat  buah markisa seperti yang ada dibawah ini :

  •     Memulihkan Kanser
  •     Mengatasi insomnia
  •     Mengatasi batuk
  •     Anti alergi
  •     Menenangkan anak hiperaktif
  •     Melancarkan perjalanan Haid
  •     Menjaga kecantikan wajah
  •     Menurunkan kolesterol
  •     Melancarkan peredaran darah
  •     Antiseptik
  •     Antibodi

Selasa, 17 September 2013

RAHSIA DI SEBALIK MAKANAN SUNNAH

Zaman beredar dan berubah, namun Sunnah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W tetap tidak berubah dan masih tegar diingatan.Sebahagian golongan masih mengamalkannya dan segelintirnya lagi mungkin tidak. Justeru, kita tahu banyak sunnah Nabi SAW yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian kita, tetapi hari ini saya ingin menumpukan sahaja ke arah pengambilan makanan sunnah daripada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang mana tidak semua orang mengetahui kelebihan dan juga fadhilat disebalik makanan sunnah itu sendiri.

Masa berganti hari, minggu berganti bulan dan tahun.Tanpa disedari, fenomena pengambilan makanan yang kurang baik untuk kesihatan semakin berleluasa. Adakah ini menunjukkan kita lupa dan alpa akan makanan

Isnin, 16 September 2013

PESANAN BUAT SUAMI



Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

Sabtu, 14 September 2013

LIVE STREAMING MALAYSIA VS MYANMAR FINAL PESTA BOLA MERDEKA 2013




            PERLAWANAN AKHIR MALAYSIA VS MYANMAR DI STADIUM DARUL MAKMUR,
                                                                        KUANTAN.
                                                          PESTA BOLA MERDEKA 2013

                                   JANGAN KETINGGALAN UNTUK MENYAKSIKANNYA.
                                         PERLAWANAN BERMULA JAM 8.00 MALAM
                       SOKONGLAH PASUKAN KITA, TANAH TUMPAHNYA DARAHKU

               LIVE STREAMING YANG CLEAR DAN CANTIK BOLEH DIPEROLEHI DI SINI


                                                           SILA KLIK SINI
                          UNTUK LIVE STREAMING ASTRO ARENA (SUDAH BERMULA)

                 Astro arena: SILA KLIK SINI