Ahad, 30 September 2012

KULIT DELIMA PENAWAR BERAK BERDARAH

 

Penyakit berak berdarah amat menakutkan. kadang-kadang darah
hidup keluar dengan banyak. Banyak punca berak berdarah. Antaranya
usus luka, kurang air dan pelbagai sebab lagi. Untuk membantu masalah
ini saya dapatkan penawarkan daripada orang tua. ambil sebiji buah delima
yang masak pun boleh, ambil kulitnya rebus dengan tiga gelas air dan
sehingga tinggal segalas sahaja, minum untuk 2x.......cuba beberapa kali
sehingga ada kesan.



Sabtu, 29 September 2012

WAJAH BABY YANG LUCU


DEKORASI RUANG MAKAN

 

                                   WALAUPUN SEMPIT TAPI NAMPAK LUAS
                          SESUAI UNTUK AHLI KELUARGA YANG RAMAI
 


                                                  RINGKAS DAN CANTIK

DEKORASI KAMAR BERADU


SUSUN ATUR MENGIKUT RUANG ADALAH PENTING. JIKA KITA SUKAKAN KETENANGAN , JANGAN LETAK TERLALU BANYAK BENDA DALAM BILIK.
WARNA JUGA MEMAINKAN PERANAN, PILIH WARNA LEMBUT SUPAYA
BILIK KELIHATAN LUAS DAN SEJUK.
 
 SUSUN ATUR  YANG MENARIK , RUANG  KELIHATAN KEMAS  . GABUNGAN
WARNA DINDING, LANGSIR , CADAR DAN LANTAI MEMPUNYAI TON WARNA YANG SERASI . KAMAR KELIHATAN LUAS KERANA GABUNGAN WARNA LEMBUT DIPILIH UNTUK MEWARNAI PERSEKITARAN.

PENCAHAYAAN JUGA PERLU DIAMBIL KIRA. LAMPU TIDUR YANG TIDAK TERLALU BESAR DAN MALAP DAPAT MENIMBULKAN SUASANA SEJUK DAN HARMONI HASIL
GABUNGAN WARNA CAHAYA DAN PERSEKITARAN. LANGSIR DAN CADAR YANG POLOS MENAMBAH KESERASIAN RUANG ,NAMPAK LUAS WALAUPUN BILIK SEMPIT.

BUAH DOKONG TINGGI KANDUNGAN GULA

 

Rasa buah dokong masam-masam manis. Ada kajian yang mendapati
kandungan gula buah dokong lebih tinggi berbanding buah anggur 
dan  buah-buahan yang lain. Bagi pesakit kencing manis dinasihatkan
perlu mengurangkan pengambilannya. Kalau dah menghadap buah
dokong yang manis dan sedap tu, tak ingat kita ada penyakit. Gula 
dalam darah akan cepat meningkat bagi penghidap kencing kalau
makan lebih had.Jadi perlu beringat-ingat ya............................

SUSU KAMBING LEBIH BERKHASIAT BERBANDING SUSU LEMBU

  KHASIAT SUSU KAMBING

  Boleh mencegah dan mengubati
  pelbagai penyakit .
  amalkan minum susu kambing 
  pada waktu pagi dan malam
  sebelum tidur.
  1. Penyakit demam kuning
  2. Penyakit sendi
  3. Penyakit darah tinggi
  4. Penyakit buah pinggang
  5. Penyakit lemah jantung
  6. Penyakit batuk kering
  7. Penyakit limpa , hati
  8. Penyakit saraf
  9. Lemah tenaga batin

Jumaat, 28 September 2012

CARA KURANGKAN RISIKO PENYAKIT BERBAHAYA

MELALUI PEMAKANAN RISIKO PENYAKIT BERBAHAYA BOLEH DIKURANGKAN


  1. Jauhi lemak haiwan
  2. Pilih makanan berasaskan sayuran kaya protein
  3. Banyak minum susu tepung
  4. Turunkan berat badan berlebihan
  5. Banyakkan makan buah dan sayur
  6. Lebihkan minum teh berbanding kopi
  7. Mengamalkan pemakanan berasaskan kacang coya
  8. Amalkan makan berserat
  9. Mengamalkan makan ulam-ulaman
  10. Pastikan minum air yang secukupnya
  11. berhenti makan sebelum kenyang

CARA ATASI GAYAT



Perasaan gayat  ni semua orang ada, cuma  yang berlebihan saja yang jadi masalah.
Bila kita dah set pada minda takut tempat tinggi, perasaan gayat akan datang dengan sendiri,
kalau kita dapat kawal ketakutan dan perasaan takut jatuh dengan tenang , penyakit 
gayat lama kelamaan akan hilang. Bila berada di tempat tinggi kita kena pandang keadaan
sekeliling yang separas dengan kita, elakan memandang di bahagian bawah.
Untuk menghilangkan perasaan gayat kita perlu latih minda sentiasa tenang bila berada di
tempat tinggi.  jika lakukan secara rutin penyakit gayat akan hilang dengan sendiri.

PENGGUNAAN BARANGAN PLASTIK














   


   
    SIMBOL YANG TERDAPAT  PADA BARANGAN PLASTIK



Sebagai panduan kepada pengguna;

1. Barangan plastik yang bersimbol 1 , 3 , 6 , 7 boleh diguna hanya sekali
sahaja sebagai tempat menyimpan air dan makanan , jika diguna berulang
kali  sangat merbahaya kerana bahan kimia yang terdapat dalam plastik
berkenaan boleh terhakis dan bercampur dalam air atau makanan. Selepas
habis air terus buang. Boleh guna semula untuk simpan barang bukan makanan.

2.Barangan plastik yang bersimbol 2, 4 , 5   selamat digunakan berulang kali
   kerana ia lebih tahan panas,  kadar penguwapannya rendah. selalunya
   ia diguna untuk barangan seperti botol susu dan tempat menyimpan makanan.





                

AVOKADO HINDARI SENGAL TULANG


Avokado mengandungi protein, zat besi, fosforus, kalsium, potasium
vitamin A dan niasin merupakan buah yang boleh membantu mengatasi
sengal tulang .Sebiji avokado mengandungi 300 kalori dan 88 peratus
lemak. Ia bertindak sebagai pelincir semulajadi yang membolehkan
tulang bergerak bebas terutama dibahagian siku , leher, pergelangan 
tangan dan boleh menghindar sengal tulang.


Khamis, 27 September 2012

MENGKUDU BANYAK KHASIATNYA



Buah Mengkudu atau nama saintificnya Morinda Citrifolia. Di Kepulauan Hawai digelar Noni. Buah Mengkudu telah dicatat dalam manuskrip purba sebagai satu bahan utama dalam ramuan perubatan sejak 2,000 tahun lalu. Pokok Mengkudu boleh ditemui di Asia Tenggara (cth Malaysia, Indonesia, Thailand, Burma), Australia, New Zealand, India, Carribean, Hawai dan Tahiti  . Selain buahnya daun mengkudu juga boleh dimakan mentah / celur untuk ulam serta boleh dibuat sayur lemak campur keledek .

kelebihan mengkudu

Meredakan tekanan darah tinggi, senggugut, arthitis, ulcer, kencing manis, kerosakan buah pinggang, pundi kencing, salah urat, gout, antioxidant, mengurangkan tekanan (stress), kurang tenaga, lemah tenaga batin, tekanan perasaan, merencatkan pertumbuhan sel-sel barah, mempunyai kesan analgesik (penahan sakit), antiseptik (membunuh kuman) dan menghalang pertumbuhan parasit & kulat serta melicinkan kulit. Buah mengkudu juga boleh digunakan sebagai pewarna rambut.
 

Rabu, 26 September 2012

STEVIA PENGGANTI GULA

 KELEBIHAN HERBA STEVIA

  1. Berupaya mengawal berat badan .
  2. Membantu menurunkan tekanan darah tinggi .
  3. Membantu sistem penghadaman .
  4. Berupaya mengimbangkan kandungan gula dalam badan .
  5. Melawaskan pembuangan air kencing .
  6. Memutih dan melicinkan kulit .
  7. Pemanis semula jadi .
  8. Boleh meningkatkan kadar tenaga .
  9. Boleh menurunkan  kadar gula untuk pesakit kencing manis .
  10. Boleh membantu pengidap Insomnia  .

Isnin, 24 September 2012

ANYAMAN KELARAI TAK LAPUK DIK HUJAN



 


                                            ANYAMAN KELARAI MENGKUANG

KELARAI REBAH                                     KELARAI BULAN

BUAH NONA ADA NILAI PERUBATAN

Buah Nona atau nama sainsnya Annona squamosa, merupakan sejenis buah yang boleh dimakan dan dijual dipasar tani.

Nilai Ubatannya : kulitnya boleh digunakan sebagai astrigen (ubat yang boleh mengecutkan kulit) yang digunakan untuk menyembuhkan penyakit diarrhoea (cirit- birit) dan dysentry (cirit-birit berdarah). Caranya ialah dengan mengambil sedikit kulit bersaiz lebih kurang dua jari dan dimasak dengan 400 cc air sehinggalah air itu tinggal hanya 50% dan di minum sebanyak tiga kali. Bagi kegunaan luaran pula, kulitnya boleh menjadi penawar demam yang tiba-tiba serta untuk melawaskan pundi kencing. Daunnya adalah ubat untuk merawat bisol. Bijinya juga mempunyai nilai ubatan dimana ekstrak bijinya juga boleh digunakan untuk merawat cirit-birit. kulitnya mempunyai tannin (asid yang diperolehi daripada beberapa jenis pokok dan digunakan untuk menyamak kulit) dan Alkaloid Anonaine (juga boleh didapati pada kulit Srikaya). Akarnya adalah beracun dan mungkin boleh membawa maut kepada manusia. Daunnya mengandungi getah toksik yang boleh bertindak seperti dadah. Kulitnya mengandungi dua alkaloid iaitu Murinine dan Muricine, manakala bijinya juga mengandungi alkaloid dan daunnya mempunyai minyak perlu, Resin potasium klorida, tannin dan sedikit alkaloid.



DURIAN BELANDA DAN KHASIATNYA

Durian Belanda amat sukar didapati, harganya pun boleh tahan, namun  begitu
buah durian belanda ada pengemarnya. oleh kerana khasiatnya yang banyak
orang sentiasa mencari untuk penawar panyakit seperti kenser, bengkak, kudis
bernanah, ubat cacing bagi kanak-kanak.Selain sebagai penawar penyakit 
jusnya juga boleh menambah tenaga. Rasanya masam-masam manis lebih 
sedap dimakan sejuk.

Ahad, 23 September 2012

BUNGA ROSELLE DAN KHASIATNYA


 KHASIAT ROSELLE  ( asam paya ) 

* Menghilangkan selsema dan sakit tekak

* Meredakan batuk dan mencairkan kahak

* Menyihatkan dan mencerdaskan minda

* Mengurangkan stress dan sukar tidur

* Mencegah kanser dan penyakit kronik

* Menstabilkan tekanan darah tinggi

* Meningkatkan daya tahan tubuh

* Membantu proses pencernaan

* Mencantikkan kulit dan awet muda

CARA MENYEDIAKAN  SIRAP DAN JEM ROSELLE

Buang biji di bahagian tengah. Cuci bunga roselle beberapa kali .Campur air dan gula mengikut
kuantiti roselle dan rebus dengan api perlahan . Setelah pekat angkat dan tapis. Jangan buang
bunga roselle campur gula buat jem ......rasanya masam-masam manis.  simpan sirap dan jem
dalam peti sejuk kerana tiada bahan pengawet  , cepat basi  ......SELAMAT DIMAKAN KERANA
TIADA BAHAN KIMIA.......

Jumaat, 21 September 2012

BERTUNANG....BERCINTA...BUKAN TIKET BOLEH PEGANG-PEGANG

Penyanyi: Suhaimi Mior Hassan
Tajuk Lirik Lagu: Kalau Berpacaran 
(Feat. Ana Raffali & Altimet)


Kalau berpacaran memang banyak pantang larang
Menjaga susila ibu bapa adik abang
Apabila berdua carilah tempat yang terang
Agar tidak pula mencoba aksi terlarang

Chorus
Boleh pandang-pandang jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang bertambah sayang
Biar malu-malu biar segan-segan
Kerna malu itu perisai orang beriman

Kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan meminang dengan segera
Kalau terlambat kekasihmu disambar buaya

Ulang Chorus

Yeah kita sambung cerita
Kalau kamu berdua aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia ucap syahadah

Ulang Chorus

Boleh pandang-pandang (boleh pandang-pandang)
Jangan pegang-pegang (boleh pegang-pegang)
Duduk renggang-renggang (duduk rapat-rapat)
Bertambah sayang (nanti confirm dapat)
Biar malu-malu (jangan malu-malu)
Biar segan-segan (jangan segan-segan)
Kerna malu itu perisai orang beriman (hahahaha)

AYAM SERAMA SIKENIT YANG CANTIK



TIP PENJAGAAN AYAM SERAMA

Penjagaan ayam serama adalah merangkumi kesemua faktor yang berkaitan dengan kesihatan dan pengurusan seseekor ayam itu bagi mempastikan ayam itu sentiasa berada didalam keadaan yang baik, sihat & bebas dari segala penyakit.
Terdapat 4 faktor penting dalam penjagaan ayam serama iaitu :
1. Pencegahan penyakit melalui program vaksinasi.
2. Pemberian ubat cacing yang seragam.
3. Program pemakanan yang seimbang.
4. Pengurusan harian.




Khamis, 20 September 2012

TELUR PUYUH BANYAK KHASIAT....


                          


=




TAHUKAH ANDA.... KANDUNGAN ZAT SEBIJI TELUR BURUNG BERSAMAAN DENGAN
EMPAT BIJI TELUR AYAM....KECIL-KECIL CILI PADI.....

Telur adalah antara sumber protein yang baik. Menurut satu kajian, pengambilan telur ayam yang bermutu sehari sekali baik untuk kesihatan badan. Sebiji telur mempunyai 75 kalori dan 5 gram lemak.Namun begitu, kepelbagaian itu penting. Terdapat pelbagai jenis protein yang diperlukan oleh badan dalam membesar dan membaiki tubuh manusia. Makan telur adalah mengambil sebahagian daripadanya.Pengambilan protein dari tumbuhan seperti kacang soya dan spirulina dapat melengkapkan jenis-jenis protein yang diperlukan oleh badan manusia. 
Sebiji telur puyuh mengandungi lebih kurang 13 % protein berbanding telur ayam 11% . Telur puyuh baik untuk perkembangan otak kanak-kanak .

MINUMAN BERKARBONAT BANYAK GULA

TAHUKAH ANDA DI DALAM  SATU TIN MINUMAM BERKARBONAT
MENGANDUNGI 9 SUDU GULA........HU...BANYAKNYA....


Dalam sampel darah  mereka yang mengambil minuman bergula berpotensi memiliki lemak dan protein yang tinggi dalam darah, yang dikaitkan dengan serangan jantung. Keadaan ini menyebabkan paras kolestrol baik pula menjadi rendah.Kajian itu juga menunjukkan lebih banyak minuman manis yang diambil seseorang, termasuk jus buah-buahan diawet yang ditambah gula ketika dihasilkan, ia boleh meningkatkan risiko serangan jantung.Gula berlebihan boleh menyebabkan kencing manis dan obesiti.


Rabu, 19 September 2012

UBAT DARI RIMBA

















Khasiat dan Kegunaan
POKOK  TONGKAT  ALI Tongkat ali terkenal kerana mempunyai kesan penggalak seks (‘aphrodisiac’). Secara tradisi ia digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit dan  meningkatkan kesihatan. Antaranya, termasuk pening kepala, luka-luka, kurap, disentri, bengkak, kelenjar, antileukemik, antitumor, antiviral, antifidan, insektisidal, antiamebik, antimalaria dan antiradang.Kandungan kimia tongkat ali yang penting dalam industri ialah; eurikomanone, eurikomalaktone dan eurikomanol (quassinoids) yang banyak terdapat dalam akar. Maklumat lebih terperinci mengenai hal ini sedang diselidiki. Penyelidikan menunjukkan bahawa bahan kimia (fitokimia) yang terdapat dalam tongkat ali boleh meningkatkan paras testosterone (hormon yang diperlukan untuk fungsi kelelakian).  
 
Khasiat dan kegunaan
POKOK KACIP FATIMAH
 Kacip Fatimah mengandungi elemen antioksidan dan phytoestrogen yang mana kedua-dua elemen ini mampu memberi manfaat bukan sahaja kepada wanita tetapi juga lelaki melalui;
1.Mencegah pembiakkan sel prakanser
2. Memantapkan tisu yang memerlukan hormon estrogen
3. Mengukuhkan struktur tulang melalui penyerapan jisim tulang
4. Melewatkan proses penuaan.
5. Masalah keputihan
6. Masalah angin kerana ianya anti-flatulence iaitu membantu membuang angin berlebihan di dalam badan.
7. Melancarkan proses kelahiran bayi.
8. Mengembalikan kecergasan selepas bersalin.
9. Membantu dalam pengecutan rahim
10. Melangsingkan badan dengan membantu dalam menegangkan otot-otot.

khasiat dan kegunaan
pokok bunga refflesia ( bunga pakma)

Bunga pakma ialah sejenis tumbuhan parasit yang tidak berdaun. Bahagian vegetif tumbuhan ini adalah struktur yang ringkas seperti kulat dalam kayu. Tumbuhan ini tidak mempunyai langsung bahagian yang hijau, dan oleh itu bunga pakma tidak menjalankan proses fotosintesis. Bunga pakma yang belum mekar dikumpul oleh orang Melayu dan orang Asli untuk kegunaan ubat tradisional. Kudup bunga ini boleh dikeringkan satu-satu atau dipotong kecil-kecil sebelum ia dikeringkan. Air rebusan bunga pakma diminum oleh kaum wanita sebelum bersalin supaya senang melahirkan anak dan selepas bersalin untuk membersihkan dan menyempitkan rahim, kecutkan perut dan untuk awet muda. Bunga pakma juga digunakan sebagai ubat perancang, buasir dan untuk serikan muka wanita.

MENJEJAK KHAZANAH HUTAN....


 Rafflesia ialah tumbuhan yang aneh. Pada hakikatnya, apabila ia sudah kembang, 
ia mengeluarkan bau yang teramat busuk, dan tumbuhan ini juga agak berat.
 Tidak seperti tumbuhan lain, rafflesia tidak mempunyai daun untuk memproses
karbon dioksida dan cahaya matahari bagi menghasilkan gula dan oksigen

                                                   
 Pokok Keruing Gombang merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain.Nama botani *Dipterocarpus cornutus Dyer

Pokok Nyatoh merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat 
di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. 
Nama  botaninya Ganua hirtiflora (Ridley) Van Royan.



                        Pokok Pisang Hutan atau nama saintifiknya Musabalbisiana
                                                                                                
    
                  Pokok Tualang adalah sejenis pokok saka yang terdapat di hutan  Malaysia.
                  Nama botaninya   Koompassia excelsa (Becc.) Taub.








Selasa, 18 September 2012

PERUBAHAN PADA KUKU PETANDA ANDA SAKIT

Kita perlu peka dengan kesihatan kuku kerana kuku juga sebahagian daripada tubuh.Perubahan pada kuku seperti perubahan warna, pengecutan, penebalan, kerapuhan, rekahan atau titik putih perlu diberi perhatian ;
  • Warna kebiruan pada pangkal kuku menandakan kitaran darah yang tidak lengkap dan merupakan gejala penyakit jantung .
  • Apabila separuh bahagian di hujungkuku berwarna merah muda atau coklat sementara kutikel berwarna putih, itu merupakan gejala penyakit kerosakan ginjal yang kronik .
  • Apabila timbul kerutan melintang dan kuku kelihatan kusam, itu menandakan kekurangan nutrien atau gejala sesuatu penyakit seperti demam campak, cacar air, masalah jantung serta keadaan seperti sindrom Reynaud (kejang pada urat jari tangan dan kaki akibat sangat sejuk) .
  • Lapisan merah membujur pada kuku menandakan pendarahan pada salur kapilari. garisan-garisan berganda merupakan gejala penyakit darah tinggi .
  • Apabila pertumbuhan kuku kelihatan lambat, tebal dan mengeras serta kekuning-kuningan, ia menandakan masalah sistem pencernaan yang kronik .
  • Timbulnya bintil-bintik pada kuku, menandakan adanya penyakit psoriasis (penyakit kulit kronik) .
  • Apabila terdapat lengkungan berlebihan pada pangkal kuku dan sekitar hujung kuku, itu menandakan gejala penyakit emfisema (gangguan pada paru-paru), penyakit kardiovaskular atau hati .
  • Walau bagaimanapun, peningkatan usia akan menyebabkan struktur kuku berubah dan hal ini biasanya tidak mempunyai kaitan dengan masalah kesihatan. Dalam masa yang sama, perubahan yang tidak ketara pada kuku juga tidak perlu dirisaukan, kerana diagnosis melalui kuku belum diisytiharkan sah sepenuhnya oleh semua doktor di seluruh dunia. Jika seseorang mengalami masalah kesihatan, digalakkan supaya berjumpa dengan pakar kesihatan berbanding menganalisis sendiri perubahan pada kuku.

IKAN KELI SUMBER OMEGA 3 PALING BAIK



Ikan keli mengandungi asid lemak omega 3 yang tinggi.
Pengambilannya satu hingga dua sajian seminggu dapat
mengurangkan risiko serangan jantung. Minyak ikan keli
yang menggandungi asid lemak dapat mengurangkan
pembekuan darah dan dapat mengurangkan kolesterol.
Kandungan DHA juga baik untuk pertumbuhan otak
dan pembesaran kanak-kanak. Selain membekalkan
sumber protein ikan keli juga dapat  memulihkan sel-sel
badan yang rosak, mencantikan kulit dan berfungsi
menyembuhkan luka selepas pembedahan seperti
ikan haruan. Perlu diingat bagi ibu-ibu baru bersalin
tidak digalakan memakannya kerana ikan ini mempunyai
sengat .

Ahad, 16 September 2012

BAHAYA BUAH BERACUN



                                                         BUAH BINTARO

                                                  digunakan untuk menghalau tikus
 
BUAH KECUBUNG
mengandungi bahan yang menyebabkan khayal

  
 BUAH JARAK
digunakan sebagai bahan bakar

BUAH MAHKOTA DEWA
boleh menyebabkan bengkak






KINABALU.... FLORA DAN FAUNA


                                                             GUNUNG KINABALU