Isnin, 24 September 2012

BUAH NONA ADA NILAI PERUBATAN

Buah Nona atau nama sainsnya Annona squamosa, merupakan sejenis buah yang boleh dimakan dan dijual dipasar tani.

Nilai Ubatannya : kulitnya boleh digunakan sebagai astrigen (ubat yang boleh mengecutkan kulit) yang digunakan untuk menyembuhkan penyakit diarrhoea (cirit- birit) dan dysentry (cirit-birit berdarah). Caranya ialah dengan mengambil sedikit kulit bersaiz lebih kurang dua jari dan dimasak dengan 400 cc air sehinggalah air itu tinggal hanya 50% dan di minum sebanyak tiga kali. Bagi kegunaan luaran pula, kulitnya boleh menjadi penawar demam yang tiba-tiba serta untuk melawaskan pundi kencing. Daunnya adalah ubat untuk merawat bisol. Bijinya juga mempunyai nilai ubatan dimana ekstrak bijinya juga boleh digunakan untuk merawat cirit-birit. kulitnya mempunyai tannin (asid yang diperolehi daripada beberapa jenis pokok dan digunakan untuk menyamak kulit) dan Alkaloid Anonaine (juga boleh didapati pada kulit Srikaya). Akarnya adalah beracun dan mungkin boleh membawa maut kepada manusia. Daunnya mengandungi getah toksik yang boleh bertindak seperti dadah. Kulitnya mengandungi dua alkaloid iaitu Murinine dan Muricine, manakala bijinya juga mengandungi alkaloid dan daunnya mempunyai minyak perlu, Resin potasium klorida, tannin dan sedikit alkaloid.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan