Rabu, 5 September 2012

PUNCA RAMBUT CEPAT BERUBAN



" Eyy, aku baru umur 21 tahun, tapi kenapa rambut aku dah penuh dengan uban ni?" keluh seorang rakan kepada saya, beliau bertanya kepada saya punca-punca rambut beruban pada usia yang muda. Bagi menjawab soalan beliau, saya menulis artikel ini.

Sebagaimana yang kita tahu, pada kebiasaanya, rambut akan menjadi putih ataupun beruban apabila usia seseorang itu telah meningkat. Ini adalah disebabkan oleh penurunan jumlah melanin ataupun bahan yang memberi warna pada rambut apabila umur seseorang itu semakin tua. Selain itu, tindak balas kimia pada rambut juga boleh menurunkan paras melanin. Tahukan anda, terdapat dua jenis melanin pada rambut manusia iaitu Eumelanin dan juga Phaeomelanin. Eumelanin memberi warna hitam pada rambut, sebagai contoh macam rambut Jet Li tu..Phaeomelanin pula akan memberi warna kuning pada rambut seperti rambut Brad Pit.


Sekarang kita tengok pula punca-punca rambut beruban.
  1. Kurang vitamin- Kurang vitamin B dan zat besi mempercepatkan proses rambut beruban.Oleh itu, anda perlulah mengambil makanan yang mampunyai vitamin B dan zat besi. Senang-senang ambil tablet vitamin B complex sahaja. Jika anda tidak mahu, anda boleh memakan gandum, kentang, pisang, kacang soya, hati, daging dan tuna.
  2. Genetik- Rambut beruban ini juga dipengaruhi oleh faktor genetik. Sebagai contoh, jika ibu dan ayah kita cepat beruban..maka, kemungkinan besar rambut kita juga akan cepat beruban. Faktor genetik ini tidak boleh diubah (redho jelah).
  3. Gaya hidup tidak sihat- Tabiat merokok menyebabkan rambut menjadi cepat beruban. Satu kajian telah dilakukan di England pada tahun 1996 menyatakan bahawa perokok mempunyai 4 kali risiko rambut beruban pada usia muda.
  4. Penyakit- Albino dan juga Vitiligo membuatkan rambut seseorang itu beruban pada usia muda. Ini adalah disebabkan kurangnya kandungan melanin dalam badan akibat masalah genetik dan juga dimusnahkan oleh sistem imunisasi badan.
  5. Mewarnakan rambut- Mewarnakan rambut akan menyebabkan rambut seseorang itu terdedah kepada bahan kimia yang merbahaya yang boleh membawa kepada terjadinya uban. Peluntur warna rambut juga menyebabkan rambut menjadi putih kerana pigmen semula jadi rambut akan hilang.
  6. Kurang nutrisi- Kurang nitrisi ataupun kebuluran juga akan menyebabkan rambut menjadi putih. Ini adalah disebabkan kurangnya penghasilan melanin oleh badan. Protein amat penting dalam penghasilan melanin.

1 ulasan:

  1. Family sy faktor keturunan lambat uban kot..mak sy dah umur 50 tahun tk de satu uban pun kt kepala...begitu jugk nenek sy.

    BalasPadam