Ahad, 2 September 2012

TELEFON PINTAR BOLEH KESAN PENYAKIT


Telefon pintar kesan penyakit
Wartawan Sinar Harian
5 Februari 2012
SEOUL - Telefon pintar tidak hanya berfungsi sebagai alat penghubung selepas sekumpulan saintis Korea menambah fungsinya untuk mengesan penyakit.

Ketua kumpulan penyelidik di Institut Sains dan Teknologi Maju Korea, Profesor Park Hyun Gyu berkata, mereka telah berjaya mencipta aplikasi telefon bimbit yang mampu untuk mengesan pelbagai penyakit seperti barah dan kencing manis.

Menurutnya lagi, teknologi itu dibangunkan berdasarkan keupayaan sensitiviti skrin sesentuh untuk mengesan isyarat yang dihantar menerusi sentuhan jari.

“Eksperimen yang dijalankan di makmal menunjukkan titisan darah atau air liur yang diletakkan pada skrin sesentuh telefon pintar mampu memberi keputusan segera mengenai tahap kesihatan pengguna,” 

ULASAN ;  Penyakit moden seperti kencing manis memang ramai penghidapnya, eloklah ada alat
                    yang boleh bantu kesan penyakit .Boleh kita berjaga-jaga tentang makan minum dan
                    jumpa doktor untuk dapatkan rawatan segera. 2 dalam 1 boleh guna untuk komunikasi
                     dan kesan penyakit. Berapa ya harganya ? Kalau murah rasanya boleh beli satu.....

dipetik drpd ;akhbar sinar harian







Tiada ulasan:

Catat Ulasan