Baru-baru ini kalam dikejutkan dengan sebuah blog yang di 'share' di Facebook oleh seorang sahabat kalam. Beliau memang tengah 'hot' sangat masa tu. Sampai kalam terpaksa tenangkan beliau. Habis sumpah seranah keluar. Bila kalam jengah ke blog tersebut.nampaknya blog beliau telah ditutup oleh ownernya, tapi chatboxnya masih on dan telah dikomen non stop oleh semua visitor hingga ke saat ini...Memang kecaman yang super hebat diterima... Kalam tak mahu tulisla ape komen-komen tu.sebab ada yang bagi kalam agak keterlaluan.
Menyirap juga darah, bila ahli keluarga kalam yang bekerja sebagai guru membaca artikel terbabit.. Bagi mereka, dia telah mencemarkan imej profesional seorang guru dan juga menyentuh sensitiviti seorang guru. Tidak tahulah kalam apa tujuan penulis tersebut menulis artikel terbabit sama ada mahukan populariti atau apa.
Bagi kalam, etika penulisan dan kewartawanan haruslah dijaga..hatta kita menulis di blog sekalipon, jgnlan hanya mahu menulis artikel panas senigga menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.. Nah, terimalah kamu caci maki sekalian guru.. kalau cukup 40 orang macam mana tu?
Kalam bukan berniat mengaibkan sesiapa, dan kalam tidak mahu mendedahkan identiti dan blog penulis terbabit, cuma harap ia dijadikan pengajaran kepada semua.
Ni lah artikel yang telah ditulis oleh insan terbabit
Monday, November 28, 2011
Untung laa sape jadi cikgu
assalamualaikum
entry kali ini mungkin akan menyebabkan aku akan dicemuh
masyarakat. tapi ini adalah pendapat peribadi aku dan aku rasa bukan
setakat aku je rasa menda ni.
kerja as a cikgu. of course la dihormati.tapi bagi aku.. kalau cikgu tu betul-betul berkualiti barulah wajar dihormati.
"eh yana, kurang ajar la ang...dulu kalau ang tak sekolah, belum tentu ang boleh jadi engineer sekarang ang tau dak?"
-yup,
memang kalau aku tak pergi sekolah dulu, takde cikgu yang mengajar
semua..belum tentu aku jadi engineer sekarang tapi disini, apa yang aku
nak tekankan adalah...
betapa beruntungnya menjadi seorang cikgu
1. gaji basic je dah almost 2K, tu pun paling sikit la kot,
tak termasuk elaun-elaun tambahan lagi. seriously untung. kerja masuk
pukul 7.30 pagi balik pukul 4.30 petang (tu pun paling lambat la tu)
selalu pukul 2 je cikgu-cikgu dah balik. takde kerja dah nak buat.kalau
nak di bandingkan dengan operator kilang yang kerja 8jam or 12 jam,
7pagi masuk, pukul 7 malam baru nak balik..gaji? basic 7ratus...plus
overtime dapat la hampir 1.6K. untunglaa sapa jadi cikgu..oh, aku
banding dengan operator ok..bukan dengan engineer mahupun manager...yang
tu pergi gelap, balik pun bergelap jugak!
2. cuti berlambak+kerja half day. tu pun cikgu-cikgu ada
annual leave lagi. kursus pulak dijalankan pada hari persekolahan. isk,
untung ye jadi cikgu? dah la kerja setengah hari je. cuti banyak, gaji
masyuk. cuti ujung tahun..gaji jalan..wahh..tu pun ade jugak la
cikgu-cikgu yang memberontak bila timbalan menteri pelajaran, Datuk Wee
Ka Siong bagi cadangan guru kerja 9jam..adoyai...cikgu-cikgu ni
sebenarnya ikhlas ke tidak bekerja ni..."aip, ceyana, keihlasan seorang
guru tak boleh dipertikaikan, kang cikgu tak halalkan ilmu yang dia bagi
baru tahu!"
-aku nak bidas, kalau tak nak halalkan..nampak sangat dah mengajar tu tak ikhlas.
3. cikgu cikgi ni siap mengupdate blog, jual barang online,
bukak bisnes sana sini, bukak butik and macam-macam lagi..and yang
paling tak boleh blaaahhhhhhhhhhhhh...cikgu-cikgu bukak pusat tuisyen
sendiri. ok, yang ini paling tak best bagi aku. ye la..kalau kat
sekolah, kenapa tak nak bagi all out?kenapa hanya 5-10 orang student je
yang dapat skor subjek yang kau bukak kelas tuisyen tu and kenapa untuk
budak-budak tuition ekau, dorang boleh score (most budak tuition datang
dari sekolah-sekolah yang berbeza kan?). dan selalunya secara
keseluruhan, budak-budak tuition ni susah nak fail exam dowang, tapi
student dalam sekolah..ada je yang fail..tambah-tambah subjek add
maths?! adakah itu taktik pemasaran?sangat teruk kan cikgu-cikgu ni?
dulu
masa aku student, mana nak realize sangat dengan semua ni.. minda
seorang student hanya nampak cikgu je sebagai idol. "wah...terer gila
cikgu ni selesaikan masalah add maths ni", wah...cikgu ni pandai la
manipulate ayat", "cikgu ni pandai la selesaikan masalah fizik ni'
blablabla...but, now bila aku dah kenal erti duit, dah kenal erti
masa..baru aku sedar.."wah, untungnya jadi cikgu, kerja senang, gaji
banyak, orang kagum, disegani".."soklan add maths ni lagi senang kalau
kita guna kaedah ni, fizik ni lagi mudah kalau guna cara ni..sains ni
fakta, maths ni banyak buat latihan, kau dah boleh paham. sejarah ni kau
kena rajin membaca, bahasa melayu ni kau kena baca selalu..semua ni ada
kat sekeliling kita. "
mungkin ramai cikgu-cikgu yang kata mana ada kerja kami senang?
"Malahan guru sudah menjadi ‘multi purpose’ kerana semua perkara guru terpaksa lakukan.
“Guru juga pemandu Ambulan jika pelajar sakit, menjadi polis trafik ketika pelajar keluar sekolah, pengawal disiplin, pegawai kewangan kalau ia guru kelas, menjadi kerani untuk masuk markah," kata ahli jawatankuasa PAS, Idris Ahmad dalam satu kenyataan media. sumber
“Guru juga pemandu Ambulan jika pelajar sakit, menjadi polis trafik ketika pelajar keluar sekolah, pengawal disiplin, pegawai kewangan kalau ia guru kelas, menjadi kerani untuk masuk markah," kata ahli jawatankuasa PAS, Idris Ahmad dalam satu kenyataan media. sumber
multi purpose? iye ke? kalau bab hantar murid ke hospital tu,
aku rasa semua cikgu berlumba-lumba nak tolong menghantar..ye la, nanti
dapat skip kelas, tak payah nak mengajar..manjadi polis trafik? setakat
setengah jam selepas waktu persekolahan, takkan tu pun nak berkira and
tak salah aku, banyak sekolah sekarang dah ada pak guard dan pak guard
ni yang bekerja sebagai polis trafik.
pegawai
kewangan?ehem-ehem..kalau duit kelas, ketua bendahari yang jaga..tu pun
student sendiri, kalau nak kata duit yuran...yuran persekolahan dan
yuran peperiksaan dah pun dimansuhkan..menjadi kerani untuk masukkan
markah???aku sendiri as a student pernah buat kerja ni..cikgu suruh..so
what?maknanya cikgu aku dulu?curi tulang?ermmm..ye la,,beliau curi
tulang dan student still anggap cikgu mereka cikgu
terbaik..padahal.......!@#$%^
banyak benda yang aku rasa cikgu ni snagat beruntung. so para
cikgu sekalian, tolonglah bagi yang terbaik kepada anak bangsa ye..
aku sangat salute kalau cikgu tu menjadi seorang cikgu
disebabkan oleh minat dia yang mendalam.dimana dia sedar akan
tanggungjawab dia, mengajar sampai budak yang tak minat belajar jadi
rajin dan pandai. budak yang bodoh jadi cerdik, budak yang asalnya
keluarga miskin tapi berjaya tanggung keluarga, budak yang terbela
nasibnya kerana cikgu fightkan biasiswa untuk pelajar tu, budak yang
bermasalah menjadi seorang yang berdisiplin, budak yang lemah dibimbing
menjadi perkasa, budak yang lembab dapat menguasai ilmu teknikal, budak
yang hilang akhlak jadi manusia bertakwa. yes. yang ni betul seorang
guru.
kepada guru-guru sekalian, please la..stop baca blog, stop
main facebook, stop buat tuition kalau niat nak cari wang tambahan dan
bukannya nak memajukan anak bangsa, stop la jual shawl, jual supplement
bagai...jadilah cikgu yang terbaik...
isk, kalau nak complain pasal kerja cikgu pulak..aku rasa lagi panjang la entry ni..
Nasib baikla penulis ni telah mintak ampun dan maaf secara terbuka
Tiada ulasan:
Catat Ulasan