Jumaat, 13 September 2013

RAHSIA DI SEBALIK AMALAN ISTIGFAR



- Habib Kadzim As-Saqqaf -

Terdapat beberapa amal yang mudah, dan ringan untuk dilakukan tapi ganjaran sangat besar. Terkadang seorang Muslim atau Muslimah boleh mendapat ganjaran pahala sebanyal 1.5 bil. dalam masa 2 saat saja. Tahukan anda apa ibadah itu?

Sebutlah, “Astaghfirullah lil mukminin wal mukminat”. - Habib Kadzim As-Saqqaf -

Dalam hadis, Nabi SAW bersabda, “Barangsiapa yang beristighfar untuk kaum mukminin dan mukminat, akan diberikan ganjaran sejumlah banyaknya kaum mukminin dan mukminat pada zaman itu”. Sekarang, terdapat 1.5 bil orang Islam di dunia, jadi dengan menyebut zikir di atas, kita boleh mendapat ganjaran yang sebanyak itu juga. Bila mana seseorang melazimkan istighfar sebegini, khususnya sebanyak 27 kali setiap hari, setelah beberapa lama akan nampak keberkesanannya iaitu akan nampak kasih sayang yang ditunjukkan oleh ALLAH SWT kepada anda, sehingga anda akan tergolong dalam golongan orang-orang yang doanya dimakbulkan oleh ALLAH SWT. Jika dilazimkan lebih daripada sekali sehari – iaitu pagi dan petang – maka, akan semakin tinggi darjat seseorang di sisi ALLAH, untuk dikasihi dan disayangi oleh ALLAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan