Ahad, 2 September 2012
CARA CEPATKAN METABOLISMA [TIPS KURUS]
Sempena bulan syawal ni, ramailah yang mula mengeluh, "berat badan bertambah" dengan cepat. Naik macam jet deorang cakap..Mana taknya, jamuan raya dan open house sana sini. Kalau tak datang nanti rakan-rakan kecil hati pula... oleh itu saya terpanggil untuk berkongsi serba sedikit tips-tips untuk mempercepatkan proses metabolisma badan.
Kalau nak diet dan kurangkan berat badan mestilan anda familiar dengan istilah ini bukan? Metabolisma itu bermaksud proses penukaran makanan yang kita makan menjadi tenaga. Maka, kalau proses itu berlaku dengan cepat, banyaklah kalori yang dapat dibakar sehari. Kalau makanan itu tidak dibakar, maka ia akan disimpan di dalam badan dalam bentuk lemak.
Semakin meningkat usia, semakin kuranglah kadar metabolisma kita. Maka, tidak hairanlah semakin meningkat usia, maka semakin meningkatlah BMI kita.
Cara nak tingkatkan metabolisma tidak susah. Tidak perlulah anda berlari 10-20 kilometer sehari, atau ataupun seharian berpoco-poco. " tercabut lutut makcik wooo"... Jom cuba tips mudah ini.
1) Minum air kosong
Mengikut kajian perubatan, anda memerlukan 2 liter ataupun 8 gelas air sehari. Air kosong amat penting untuk mencuci serta membuang segala racun dan toxic di dalam badan anda. Ia juga dapat menurunkan berat badan dan juga meningkatkan metabolisma (menurut kajian di German, setiap 500 ml air dapat menurunkan 25 kalori ).
2) Sarapan yang konsisten -Jangan Lambat!!
Sarapan amat penting untuk permulaan hari anda. Mengikut kata guru saya "nak start engine". Jika anda tidak mengambil sarapan, badan anda akan menjadi lemah dan kadar metabolisma juga akan menurun. Apabila anda makan tengahari, anda cenderung untuk mengambil makanan secara berlebihan dan menyebabkan kegemukan.
3) Makan dengan sedikit tetapi kerap
Pakar perubatan mencadangakan supaya sesiapa yang ingin mengekalkan bentuk badan makan dengan kerap, 5-6 kali sehari tetapi dengan jumlah yang sedikit kerana setiap kali anda makan, badan anda akan membakar banyak kalori untuk proses pencernaan dan penyerapan zat makanan [ lebih kurang 10 peratus kalori ]. Oleh itu, jika anda makan secara kerap, maka semakin banyaklah kalori yang dapat dibakar setiap hari.
4)Senaman dengan konsisten
Senaman adalah cara yang paling mudah untuk membakar kalori dalam badan. Jumlah kalori yang dibakar jika anda berjogging adalah kira-kira 400 kalori/ jam. Tetapi anda perlu beringat kerana bersukan mempunyai risiko tersendiri. Elakkan kecederaan dengan melakukan 'warm up' terlebih dahulu sebelum bersenam.
5)Makan makanan kaya protein
Makanan yang kaya protein seperti soya, daging ayam, ikan mudah dibakar oleh badan kerana hampir 25 peratus kandungan dalam makanan yang kaya dengan protein boleh dibakar.
6) Amalkan minum susu
Amalan meminum susu dapat meningkatkan kadar metabolisma kerana susu mengandungi CLA ( conjugated lenoleic acid) yang terbukti dapat meningkatkan kadar metabolisma dalam tubuh.
Selamat mencuba...jika tips ni berjaya jangan lupa kongsi dengan kawan-kawan. Bagi tau saya ye...:)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan