Selasa, 4 September 2012

TIPS CANTIK DENGAN BUAH KIWI


Jika kita sebut dan lihat saja buah kiwi seperti dalam gambar di atas...pasti ramai diantara kita yang sudah boleh terbayang rasa buah ini yang enak [masam-masam manis]. Saya rasa ramai yang meminati buah ini walaupun sukar didapati. Buah ini hanya boleh dibeli di pasar raya-pasar raya besar dan harganya juga agak mahal. Mungkin ada yang mengatakan harganya tidak berbaloi dengan kuantiti yang boleh diperolehi. Tetapi tahukah anda, buah kiwi mempunyai seribu satu khasiat yang tidak dapat diperolehi daripada buah buahan lain.

Entry kali ini saya ingin berkongsi khasiat buah kiwi kepada semua pembaca.
Buah kiwi ini adalah daripada spesis berry dan dalam genus actinidia. Buah ini banyak ditanam di China sehingga ia dipilih menjadi buah kebangsaan negara China. Selain itu ia banyak ditanam di New Zealand dan juga Itali.

Khasiat
 Buah kiwi kaya dengan vitamin C (97.2 mg /100g). Berbagai penyelidikan di seluruh dunia telah dilakukan dan penyelidik mendapati kadar vitamin c di dalam buah kiwi adalah 2 kali ganda lebih tinggi berbanding oren. Selain itu buah ini kaya dengan vitamin E ( 1.5 mg/100g),potassium,dan magnesium di mana is sangat penting untuk wanita hamil. Kandungan vitamin C yang tinggi ini dapat merangsang sistem imunisasi dan juga mengalakkan penyembuhan luka. Bagi sesiapa yang mengambil suntikan vitamin C untuk kecantikan, anda boleh menjadikan amalan memakan buah kiwi sebagai alternatif.

Selain itu, biji buah ini kaya dengan alpha-Linolenic acid iaitu unsur organik yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusi tetapi diperlukan lapisan cell membran. Unsur ini amat penting dalam tubuh badan. Menurut satu kanjian besar yang telah dilakukan pada tahun 2006, unsur ini dapat mengurangkan risiko kanser prostat dan juga risiko menghidap penyakit jantung.

Buah kiwi juga boleh membantu mengekalkan kesihataan sistem penghadaman dan juga ia mengandungi Omega 3 yang baik untuk jantung.Ia juga dapat mengurangkan kepekatan darah menurut satu kajian di Norway. Kajian itu menyebut, 3 biji buah kiwi sehari yang dimakan selama 28 hari dapat mengurangkan menggumpalan platelet yang tidak baik untuk badan..

Diharap para pembaca dapat mengamalkan pengambilan buah kiwi untuk menjaga kesihatan dan kecantikan..Jangan lupa amalkan.. :)
 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan