Isnin, 22 Oktober 2012

MAIN KETINTING


Teng teng

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Teng-teng atau juga dikenali sebagai Ketinting merupakan sejenis permainan tradisi kanak-kanak. Ia dimainkan oleh lelaki dan perempuan, sungguhpun ia lebih disukai oleh kanak-kanak perempuan daripada daripada kanak-kanak lelaki ini kerana permainan ini lembut dan sesuai untuk kaum Hawa.
Di kampung-kampung, gelanggang dibuat dengan dengan menuliskan garisan di atas tanah sahaja dengan menggunakan hujung ranting.
Sebelum permainan dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan pemain yang mana harus memulakan permainan terlebih dahulu. Lai laile tamplong  adalah kaedah bagi menentukan pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.
Pemain dikehendaki melompat kedalam kesemua petak dengan sebelah kaki, kecuali di petak sembilan dengan kedua belah kaki. Tetapi bagi pemain yang baru sahaja memulakan permainan di mana gundu berada di petak pertama, maka pemain hendaklah melompat terus ke petak ketiga, tanpa memijak di petak kedua. Begitu juga dengan lompatan disetiap petak, seandainya pemain terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran pemain lain mengambil alih permainan.
Pemain hendaklah melompat kedalam semua petak dengan menggunakan sebelah kaki, kecuali di petak dua dan kesembilan dengan dua belah kaki. Setiap pemain tidak boleh memijak petak yang mempunyai gundu yang telah dicampak.
Sebelum pemain membina rumah, acara timbang hendaklah dilakukan terlebih dahulu. Untuk mendapatkan rumah, pemain dengan berdiri membelakangkan kesemua petak di garisan permulaan dan mencampakkan ke dalam mana-mana petak gelanggang dan disitulah kedudukan rumahnya. Sekiranya gundu jatuh terkena gaisan atau terkeluar maka ia dikira mati. Setiap pemain hendaklah memijak dengan kedua belah kaki di petak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan berbuat demikian. Sekiranya pemain lain memijaknya atau tuan rumah lupa memijak dengan kedua belah kakinya ia dikira mati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan