Sabtu, 20 Oktober 2012

KHASIAT PERIA KATAK

Khasiat Peria

1. Haus karena panas dalaman, demam, heat stroke (pengsan kerana kepanasan):
Sebiji  peria mentah yang masih segar dicuci bersih, lalu dibelah. Buang isinya, potong-potong secukupnya, lalu direbus dengan 3 gelas air bersih sehingga menjadi 1 gelas. Setelah dingin ditapis, airnya diminum.

2. Diabetes / Kencing Manis:

a. 200 gm buah peria segar dicuci bersih lalu dikisar. Tambahkan air minum secukupnya, lalu diperah dengan sepotong kain sampai terkumpul sebanyak 50 ml (seperempat gelas). Perahan dihangatkan dengan api kecil selama 15-30 minitt. Setelah sejuk diminum. Lakukan setiap hari.

b. 200 gm buah paria dicuci bersih lalu dihiris tipis-tipis. Rebus dengan 3 gelas air bersih sampai tersisa 1 gelas. Setelah sejuk  ditapis, airnya diminum. Lakukan setiap hari.

3. penyakit darah
Buah peria segar dicuci lalu dibelah, isinya dibuang. Parut atau dibuat jus, airnya diminum. Segera minum air kosong. Satu kali minum 200 cc.

4.  cirit-birit:
Ambil akar peria yang masih segar sebanyak 30 gm. Bersihkan lalu dipotong mengikut keperluan. Rebus dengan 3 gelas air hingga menjadi 1 gelas.  Setelah sejuk disaring, tambahkan gula pasir secukupnya lalu diminum.

5. Jangkitan cacing pada kanak-kanak:
a. Daun segar sebanyak 7 gm, rebus dengan 1/2 cawan air panas. Setelah sejuk ditapis, tambahkan 1 sudu teh madu. Kacau hingga bercampur rata, minum sekaligus sebelum makan pagi.

b. Ambil dua , tiga biji peria. Giling sampai halus, campur sedikit air masak.  minum air hangat. Ramuan ini untuk mengubati jangkitan cacing gelang.

6. Menyuburkan rambut yang nipis dan kemerahan:

a. Ambil segenggam daun peria, cuci bersih. Daun kemudian ditumbuk hingga menjadi seperti bubur, tambahkan air 3/4 gelas. Ramuan ini kemudian diperap semalaman. Pagi-pagi ramuan ini ditapis, airnya digunakan untuk membasuh kulit kepala.

b. Ambil daun peria yang masih segar secukupnya, lalu dicuci bersih. Daun peria tadi ditumbuk sampai halus, lalu diperah dengan sepotong kain. Airnya digunakan untuk disapukan pada kulit kepala. Lakukan setiap hari. Ramuan ini sesuai digunakan untuk bayi dan kanak-kanak.

7. Bisul, Bengkak Bernanah 
Ambil segenggam daun peria, cuci bersih lalu direbus dengan 3 gelas air bersih sampai tersisa 1 gelas. Setelah dingin ditapis, airnya diminum.

8. Demam, malaria, sakit berkaitan hati, sembelit, jangkitan cacing:
Segenggam penuh daun peria dicuci bersih, lalu ditumbuk halus. Tambahkan 1 cawan air masak, dikacau merata lalu ditapis. Air tapisannya ditambahkan sedikit garam, lalu diminum pada pagi hari sebelum makan.

9. Kencing bernanah:
6 helai daun pare, , 2 jari kulit kemboja, 1 jari  temulawak, 3 jari gula enau (sugar palm), dicuci dan dipotong mengikut keperluan. Rebus dengan 4 gelas, ditapis dan diminum


Tiada ulasan:

Catat Ulasan