MUKADDIMMAH
AIR zamzam mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan berbanding air lain. Perkara ini diperakui oleh banyak kajian saintifik, termasuk sarjana Barat.
Air zamzam mempunyai banyak khasiat dan kelebihan seperti sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud:
Disebutkan dalam hadis riwayat Ibnu Majah , Jabir bin `Abdullah, katanya:Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air zamzam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit.
Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: “Air zamzam itu diminum untuk keperluan apa saja.
Dalam erti
kata lain, jika meminumnya dengan maksud menghilangkan rasa haus, maka
Allah akan menghilangkan rasa hausnya. Jika meminumnya untuk
menghilangkan rasa lapar, maka Allah akan mengenyangkannya. Sekiranya,
meminumnya untuk menyembuhkan penyakit, maka Allah akan menyembuhkan
penyakitnya.
Diriwayatkan
Rasulullah gemar meminumnya dan tangan Baginda yang mulia dan penuh
barkah pernah dicelupkan ke dalam perigi zamzam. Rasulullah pernah
bersabda:
Air zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki. (Hadis riwayat Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)
Ulama’ hadis
meluaskan huraian mereka terhadap hadis di atas. Al-Munawa berkata:
“Air zamzam adalah penghulu segala air, paling mulia, berharga dan
disukai. “Allah memberi minum dan menolong putera kekasihnya, Nabi
Ismail bin Nabi Ibrahim dengan air zamzam. Maka, pertolongan seperti itu
juga boleh diperoleh oleh orang selepas baginda iaitu bagi sesiapa saja
yang meminumnya dengan niat ikhlas, termasuk kita.
Ulama
sepakat bahawa sunat bagi orang yang mengerjakan ibadah haji dan umrah,
minum air zamzam. Ini disebabkan Nabi Muhammad SAW minum air zamzam.
Berdasarkan nas asy-Syafi’eyah, bahawa air zamzam itu sunat diminum
dalam apa keadaan sekali pun. Hukum sunat itu tidak hanya khusus selepas
mengerjakan tawaf, bahkan sunat diminum bagi setiap orang walaupun
bukan pada waktu mengerjakan ibadah haji atau umrah.
TELAGA ZAM-ZAM
Telaga
Zamzam ialah telaga biasa yang terletak di dalam Masjidil Haram di
Makkah, hampir dengan Kaabah, tempat paling suci dalam Islam. Telaga
zam-zam merupakan satu-satunya sumber air bersih dari bawah tanah di
Mekah satu ketika dahulu. Umat Islam sangat mengambil berat tentang air
zamzam ini untuk air wuduk dan perubatan.
Telaga
zamzam dalamnya 30 meter sahaja dan kedalaman air hanya 3.32 meter.
Dapat bayangkan. Ada beberapa punca mata air di bawah 13 meter. Ujian
mengeluarkan air pada kelajuan 8000 liter/second selama tempoh 24 jam
menunjukkan paras air surut dari para 3.23 meter kepada 12.72 meter dan
kemudian 13.39 meter selepas itu. Paras air kembali normal ke paras 3.9
meter selepas 11 minit.
PENGURUSAN AIR ZAM-ZAM
Air zamzam
asli tidak boleh dieksport secara sah dari Arab Saudi untuk dijual
secara komersial. Oleh itu jemaah mengisi botol dan bekas air mereka
untuk dibawa pulang serta diagihkan kepada sanak saudara. Setiap jemaah
dihadkan membawa lima gelen (kira-kira 20 liter).
Tempat
mengambil air zamzam berhampiran Masjidil Haram mempunyai dua bahagian.
Bahagian pertama dilengkapi 14 pili yang boleh digunakan secara percuma
oleh orang ramai manakala yang kedua pula dipasang pili tiga kali ganda
daripada jumlah itu dan dikendalikan oleh syarikat swasta berlesen yang
mengenakan sedikit bayaran untuk mengisi botol dan tong air jemaah.
Biasanya
syarikat ini mengenakan bayaran hanya SR10 untuk botol 10 liter untuk
keselesaan jemaah dari berebut-rebut. Kaedah ini lebih baik dan jarang
yang berani menipu.
Namun akhbar
Arab News melaporkan ahli “zamzam mafia” yang terdiri dari orang
Mynamar, Bangladesh dan Afrika beratur di pili awam sejak awal pagi.
Mereka lengkap dengan tong dan ambil masa lama. Sedangkan jemaah lain
menyediakan tong kecil sahaja. Mereka tidak rasa bersalah melakukannya
dan merupakan rezeki halal bulan Ramadan.
Bagi
memastikan pengeluaran dan pengurusan berjalan lancar, pemerintah
mewujudkan The Zamzam Studies and Research Center. Pusat ini
bertanggungjawab terhadap pembekalan ( daripada segi kualiti dankuantiti
) serta melaksanakan kajian, penyelidikan dan memantau sumber air zam
zam dalam memenuhi permintaan sama ada oleh penduduk tempatan atau
jemaah haji dan umrah.
KAJIAN SAINTIFIK
Pada Mei lalu, satu temu bual telah dijalankan di Arab Saudi dengan Dr. Knut Pfeiffer dari
Jerman, menyatakan tentang kekagumannya terhadap air zam-zam. Idea
untuk menguji air yang dianggap suci oleh umat Islam itu muncul apabila
dia menerima sebotol air zam-zam dari seorang kawan lama yang baru
pulang menunaikan haji. Dia mengambil masa dua minggu untuk menjalankan
uji kaji ke atas 60 orang reponden yang aktif.
Dia
membandingkan air di Munich, Jerman dengan air zam-zam. Semua orang
tahu, air di Munich adalah paling asli dan bersih. Menurut Dr. Knut, air
di Munich dari segi kimianya memang sempurna tetapi dari segi tenaganya
hancur.
Katanya
setelah melalui perjalanan yang jauh dari Jeddah ke Munich kemudian
melalui tempoh yang panjang berada di dalam simpanan dan mengalami
perubahan cuaca tetapi air zam-zam tidak berubah langsung. Itulah hasil
yang dapat dibuktikan melalui gambar sel 40 orang yang diberi minum air
tersebut.
Di dalam temu bual itu, Dr. Knut menjalaskan, zam-zam mampu membekalkan tenaga jauh lebih banyak berbanding minuman biasa.
Ujian sel badan yang diberi
minum air zam-zam menunjukkan kesan yang positif. Sel-sel di dalam badan
menjadi lebih segar dan menyukai air zam-zam. Apa yang saya lihat
inilah jawapannya, jika sistem sel badan memberikan kesan positif maka
tenaga akan bertambah kerana tenaga datangnya dari sel yang sihat.Ibaratnya
seperti menerima ciuman dari orang yang kita suka dan cinta. Perasaan
gembira di dalam hati itu sukar digambarkan. Bila lahir di dalam
senyuman yang kita balas untuk orang yang memeberikan ciuman itu, ia
penuh bermakna. Begitulan juga sel yang diberi minum air zam-zam, macam
rasa cinta. Kalau sel itu boleh bersua mungkin ia akan kata, “Wow! Aku
menyukainya.”Ia
adalah air pemberi tenaga yang paling hebat dan boleh membuatkan anda
sihat. Jika ada peluang minum setiap hari anda akan lebih sihat kerana
ia adalah terapi semula jadi. Di masa hadapan mungkin kita boleh
hentikan kebergantungan kepada ubatan kimia kerana ianya memberikan
kesan yang tidak baik kepada tubuh. Air zam-zam bukan sekadar
mengenyangkan, menambah lagi tenaga, tetapi juga sebagai penawar segala
penyakit.
Air Zam-Zam adalah minuman yang mengenyangkan dan ubat bagi penyakit” (HR.Bukhari Muslim)
“Saya
hanya mengupas sedikit sahaja tentang air zam-zam tetapi ia telah
mebongkar banyak rahsianya. Dari mana sumbernya? Berapa banyak tenaga
yang air itu miliki semasa di Mekah dan berapa yang tinggal apabila
dibawa terbang jauh dari kota. Dengan mengkaji lebih mendalam, kita
dapat mengetahui lebih banyak lagi khasiatnya,”
Jelas
Dr. Knut yang juga membuat kajian tentang kekuatan sembahyang orang
islam dan semabahyang orang kristian. Baginya sembahyang orang Islam
member kesan positif dan boleh mengekalkan tahap tenaga untuk jantung.
Sedangkan
doktor Kristian pun kagum dengan kehebatan air zam-zam, apatah lagi
sebagai orang Islam yang memang ada peluang untuk menikmati air itu.
Itulah tanda kekuasaan Allah yang diberikan kepada Umat Islam.
Persidangan
Air Sedunia baru-baru ini di salah sebuah Universiti di Malaysia
membuktikan segala fakta tentang air. Sewaktu persidangan itu, air dari
merata dunia diambil dan diperiksa akan “kehebatannya“. Kamera
berfrekuensi tinggi berjarak jauh digunakan untuk melihat akan gambaran
yang terjadi kepada air yang sedang di uji itu.
Maka air
dari Sungai Ganges dan juga termasuk Air Zam-Zam diuji dan dikenal
pasti.Sesuatu yang nyata adalah Air Zam-Zam sahajalah air yang begitu
kukuh dalam merakam segala perubahan pada kadar gelombang alam semesta
ini dan strukturnya begitu kukuh (segi tiga).
Struktur kristal air zam-zam
Keunikan
Air Zam-Zam ini juga adalah strukturnya tidak berubah, ia tidak akan
terjejas di dalam apa sekali pun tekanan yang sedang diberikan padanya.
Ia tetap utuh sehinggakan seorang Professor dari Jepun memeluk agama
Islam kerana keunikan Air Zam-Zam yang beliau ketahui hanya ada di
Kaabah. Lagi satu kehebatan air Zam-Zam ini adalah ia sahaja didapati
boleh merakam dengan tepat gelombang warna alam yang sering bertukar
pada waktu-waktu yang tertentu.
AIR ZAM-ZAM & PENGUBATAN
Disebut
pengarang kitab al-’Aqdus Sameen bahawa Ahmad bin Abdillah Asy-Syarifee,
seorang khadam di Tanah Haram Makkah meminum air zamzam dengan niat dan
tujuan untuk berubat daripada buta. Lalu, dengan izin Allah, beliau
sembuh. Menurut pengarang kitab ini lagi, bahawa kejadian itu
dikhabarkan sendiri gurunya, al-Fufti Abdul Rahman bin Abil Khair
alFasi. Al-lmam an-Nawawi sebagai mengulas hadis di atas berkata: “Maknanya, barang siapa minum kerana sesuatu hajat, nescaya memperoleh hajatnya itu.
Hal ini, dicuba ulama dan orang soleh bagi segala hajat mereka, sama ada hajat akhirat mahupun dunia. Alhamdulillah, semuanya memperolehnya. (Lihat Tahzibul Asma Wal-Lughat 3/139).
Al-’Allamah lbnul Qayyim al-Jauziah pula berkata:
Saya dan juga orang lain mencuba berubat dengan air zamzam. “Saya berubat dengannya dalam banyak penyakit dan sembuh dengan izin Allah. Demikian juga saya menyaksikan orang yang menggantikan makanan biasa dengan air zamzam hampir setengah bulan atau lebih, tetapi tidak lapar. Bahkan dia juga tawaf bersama orang ramai, mampu menggauli isterinya dan berpuasa.
Al-’Allamah
seterusnya berkata: “Sudah berlaku kepada diri saya sewaktu di Makkah,
saya sakit. Pada masa itu, saya benar-benar ketiadaan ubat dan doktor.
“Maka, saya pun berubat sendiri dengan al-Fatihah. Saya ambil air zamzam
dan bacakan di atasnya berulang kali. Kemudian, saya minum lalu
mendapati kesembuhan yang sempurna.
Sejak itu saya melakukannya atas banyak penyakit dan semuanya memberi sebesar-besar manfaat. (Lihat Zadul Ma’ad 4/718)
Berkata pula Al-Hakim:
AI-Jalal as-Suyuti juga menceritakan mengenai dirinya, katanya:Bahawa Abu Bakar Muhammad bin Jaafar bercerita mengenai Ibnu Khuzaimah (Ibnu Khuzaimah ialah seorang ilmuwan besar), katanya: “Saya mendengar orang bertanya kepada lbnu Khuzaimah: “Daripada manakah tuan memperoleh ilmu?” Jawab lbnu Khuzaimah: “(Bukankah) Rasulullah pernah bersabda: “Air zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan? (Lihat Sairul A’Iam an-Nubala 14/370).
Jika diperhatikan dengan sehalus-halusnya keterangan di atas, maka nyata, yang amat mustahak itu adalah niat dan keimanan yang seikhlas- ikhlasnya untuk mengiringi perbuatan minum itu.Dengan memuji Allah, saya sudah musafir ke negeri Syam, Hijaz, Yaman, India dan Maghribi. “Apabila saya menunaikan haji, saya minum air zamzam bagi beberapa perkara yang berikut, antaranya: Agar saya mahir dalam ilmu fiqah hingga mencapai martabat Asy-Syeikh Sirajuddin al-Bulqini.Dalam ilmu hadis hingga saya mencapai martabat al-Hafiz lbnu Hajar. Ada pun, semua ini saya sebutkan demi mengingati nikmat Allah ke atas diri saya, bukannya untuk bermegah-megah.Apalah yang ada untuk dimegahkan di dunia ini, sedangkan saat kembali semakin dekat dan uban pun mulai subur.” (Lihat Husnul Muhadharah 1/215 dan 2/296).
Berikut adalah di antara FAKTA Rahsia kelebihan air zamzam
- Boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dengan izin Allah.
- Diberkati dan mengeyangkan peminumnya.
- Mampu menyempurnakan hajat peminumnya dengan izin Allah.
- Allah menjadikan air zamzam sebagai penyebab kepada pembangunan dan kemajuan bumi Makkah.
- Antara mata air syurga.
- Antara tanda kekuasaan Allah di bumi Makkah.
- Antara nikmat besar dan manfaat yang dapat dilihat di Tanah Haram Makkah.
- Ia keluar dari kawasan paling mulia di muka bumi ini.
- Air dipilih untuk membersihkan hati Rasulullah SAW beberapa kali.
- Minuman orang mulia (al-abrar).
- Menambah kekuatan badan.
ADAB MEMINUMNYA
Terdapat beberapa adab atau peraturan bagaimana meminum air Zamzam itu, antaranya:
Daripada Abdullah bin Abi Mulaikah, katanya:
Seorang laki-laki telah datang menemui lbnu Abbas. Lalu bertanya lbnu Abbas: “Tuan datang dari mana?” Lelaki itu menjawab: “Saya baru lepas minum air Zamzam”. Tanya lbnu Abbas lagi: “Adakah tuan minum itu mengikut cara yang sepatutnya’?” Lelaki itu tidak menjawab, sebaliknya bertanya pula kepada lbnu Abbas: “Bagaimanakah caranya wahai lbnu Abbas?” Maka lbnu Abbas pun menjelaskan: “Apabila minum air Zamzam hendaklah menghadap kiblat, sebutkan nama Allah (baca Bismillah) dan bernafas di luar bijana, kemudian baru teguk lagi, dan (sesudah selesai minum) ucapkan pujian kepada Allah (baca Alhamdulillah). Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ada bersabda: “Perbezaan diantara kita dan orang ramai (kaum munafik) ialah bahawa mereka itu tidak suka meneguk (minum) air zamzam.” (Hadis riwayat Addara Qutni dan lbnu Majah).
Daripada ‘Ikramah meriwayatkan, bahawa adalah lbnu Abbas r.a. apabila minum air Zamzam beliau berdoa (ertinya) :
Ya Allah ya Tuhanku! Aku bermohon kepadaMu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit.” (Diriwayatkan oleh ad-Dara Qutni dan lbnu Majah).
Menurut
riwayat, lbnu Abbas adalah terkenal seorang sababat yang sangat mendalam
ilmunya, luas rezekinya dan tidak pernah sakit kecuali penyakit tua.
Syeikh
Jamaludin Muhammad Jarullah bin Muhammad Nuruddin dalam kitabnya
‘al-Jamiul Latif fi Fadhli Makkah’ dalam bab Adab minum air Zamzam
berkata:
Berkata seorang ulama, sesiapa yang hendak meminum air Zamzam, eloklah dia mengambil bekas yang berisi air Zamzam dengan mengadap kiblat, kemudian berkata: Ya Allah, sesungguhnya telah sampai kepadaku daripada nabiMu s.a.w. bahawa baginda bersabda: Maka Ya Allah, aku meminum air Zamzam ini untuk …………. (sebutkan hajat apa yang dikehendaki). Selepas itu diminum seteguk, kemudian bernafas diluar bijana itu, Dan begitulah dilakukan sebanyak tiga kali. Setiap kali meneguknya dibaca Basmalah dan setiap kali selesai dibaca Hamdalah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan