Adapted from the National Cancer Registry 2007
Kanser Payudara adalah kanser paling ramai dihidapi oleh wanita-wanita di Malaysia .Angaka pesakit baru di Malaysia pada tahun 2003-2005 adalah sangat membimbangkan iaitu 70 000 kes baru direkodkan oleh National Cancer Registry. Oleh itu saya ingin bercerita serba sedikit tentang risiko dan tanda-tandanya. Diharap para pembaca dapat mengambil maklumat ini dan menambahkan kesedaran tentang penyakit berbahaya ini.
Risiko-risiko kanser payudara
1) Wanita- Nisbah Wanita kepada lelaki adalah F:M=100:1
2) Mencapai akhil baligh awal
3) Menapause pada usia yang lewat
4) Tidak mempunyai anak
5) Mengandung anak pertama pada umur melebihi 30 tahun
6) Sejarah keluarga yang menghidapi kanser payudara
7) Pernah menghidapi kanser payudara sebelum ini
8) Terdedah kepada pacaran radiasi
9) Pernah mengambil pil perancang keluarga
10) Pernah menjalani therapi hormon
11) Berat badan berlebihan (BMI melebihi 35- 2x risiko)
Tanda-tanda kanser payudara
1) Ketumbuhan pada payudara
-Selalunya tidak sakit, membesar dengan cepat
-Bentuk yang tidak tetap, keras, merebak dan melekat (tidak dapat bergerak banyak)
-Melekat pada kulit ( menarik kulit ke dalam)
-Ulcer pada kulit dan pendarahan
-Boleh menjadi bengkak dan kemerah merahan pada seluruh payudara
2) Perubahan pada saiz dan betuk payudara
3) Keluar darah atau cecair pada puting
4) Sakit pada payudara ( untuk kes yang serius- disebabkan ulcer dan jangkitan kuman)
5) Simptom jangkitan pada organ lain
-Sakit pada tulang
-Bengkak pada nodul limfa
Jika anda perasan salah satu daripada tanda-tanda tersebut terjadi pada diri anda. Cepat-cepatlah datang ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut sebelum ia merebak dan harapan untuk pulih sangat tipis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan