Selasa, 30 Oktober 2012

Peragut Sekarang Berpistol



Aktiviti meragut pada zaman sekarang ini saya lihat bukan lagi menjadi amalan penjenayah-penjenayah kampung kelas bawahan. Tetapi juga telah menarik minat penjenayah kelas atasan 'tyco' yang mempunyai senjata api dan berbahaya kepada orang ramai.

Masyarakat kita perlu lebih peka dengan peningkatan (upgrade) atau penambah baikan pada senjata yang digunakan peragut...Dahulu kita dengar peragut menggunakan senjata-senjata seperti parang,kapak dan pisau.Tetapi apa yang berlaku semalam, di luar norma seorang peragut di mana seorang pemilik kedai aksesori kereta ditembak apabila cuba mengejar dan menghalang peragut di Sungai Buloh.

Menurut saksi, mangsa mendengar jeritan daripada mangsa ragut iaitu 2 pelanggan restauran berhampiran..beliau lantas mengejar dan menghalang 4orang penjenayah tersebut sebelum ditembak di dada.Beliau kini dirawat di unit rawatan rapi Hospital Sungai Buloh.

Daripada kes di atas, dapat saya simpulkan bahawa....Peragut di Malaysia sekarang semakin berbahaya. Sudah banyak sangat kita dengar,orang mati di ragut.. Dulu parang, sekarang pistol.Tak tahulah pada masa akan datang mungkin peragut menggunakan M16..siapa tahu.

Kitalah yang perlu lebih berhati-hati...Ingat para wanita sekalian... Beg tangan anda jangan sesekali diletakkan di atas meja makan semasa anda sedang menikmati makanan di kedai..dan apabila anda diragut...lepaskan sahaja...janglah cuba mengalang ataupun cuba hendak menjadi hero..ia hanya akan membahayakan diri anda. Nyawa anda lebih penting dari wang ringgit yang tak seberapa tu. Duit boleh cari..Nyawa....fikir-fikirkanlah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan