Khamis, 6 Disember 2012

KHASIAT KOPI

 
KOPI ADALAH MAKANAN SUNNAH NABI

Kopi adalah minuman yang berasal daripada biji kopi dan mula diperkenalkan oleh orang-orang Rom dan Yunani seawal abad ke-13. Disebabkan kandungan kafeinnya, kopi mempunyai kesan rangsangan kepada mereka yang meminumnya dan hari ini kopi merupakan satu daripada minuman paling digemari di seluruh dunia serta boleh didapati dalam pelbagai perisa seperti Latte, Americano, Cappucino dan Espresso.

Kini terdapat juga pelbagai jenis minuman kesihatan berasaskan kopi yang boleh didapati di pasaran seperti Kopi Herba dan produk HPA Kopi Radix. Kopi Herba sangat berkhasiat terutamanya bagi pesakit-pesakit kencing manis, darah tinggi, batu karang, migrain, gout, gastrik, asthma dan sembelit. Malah, kopi ini juga boleh membantu mengurangkan angin dalam badan sepertimana yang dicatatkan di laman rasmi Kopi Herba.
Pengambilan kopi dalam kadar yang sedehana tidak akan memudaratkan kesihatan malahan akan memberi banyak faedah kepada tahap kesihatan manusia meski pengambilannya boleh menyebabkan ketagihan. Satu kajian saintifk berkenaan kesan pengambilan kopi menunjukkan bahawa risiko mendapat penyakit diabetes jenis dua adalah lebih rendah berbanding dengan mereka yang tidak meminum kopi.

Kajian saitifik juga membuktikan bahawa selain meningkatkan fungsi kognitif, kopi boleh mengurangkan risiko batu karang, kanser kolon dan kerosakan hati. Malah, kopi juga terbukti mampu meningkatkan prestasi dan ketahanan manusia dalam aktiviti-aktiviti fizikal. Bagi mereka yang sering berjaga sehingga lewat malam pula (stayed up), mereka akan lebih segar setelah meminum kopi.

Kita telah dimomokan dengan keburukan minum kopi oleh Yahudi, sedangkan ditangan mereka
sentiasa memegang secangkir kopi . Mereka mewar-warkan kebaikan minuman kacang soya , padahal
kacang soya banyak buruknya daripada baik  .....inilah agenda Yahudi supaya orang Muslim
meninggalkan amalan sunnah nabi....Mulakanlah amalan minum kopi  kalau bukan sekarang
bila lagi ?...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan