Sabtu, 8 Disember 2012

BUAH RAMBUTAN



Sekarang ni musim buah rambutan . Rambutan banyak jenis  , yang biasa tu dinamakan
rambutan budak sekolah . Setahu saya rambutan ni ada yang masam, manis dan masam manis.Harga boleh tahan juga mahalnya sekg  RM5. Kat kg kalau ada  pokok sendiri puas makan . Kalau tak da jiran pakat  bagi . bagi mereka yang menghidap kencing manis tu kena beringat  boleh makan 4/5 biji saja. kalau dah banyak tu macam-macam boleh kita reka  supaya tak membazir . kupas buah rambutan dan isinya simpan dalam peti ais em....sangat sedap...sejuk....dan manis....Mak selalu buat air rambutan. Cara nak buat ambil isi rambutan dan buang biji rebus campur air dan gula serta bubuh
pewarna merah     (sirap rambutan)  . rambutan masam boleh buat jem  . Isi rambutan tak perlu buang
biji rebus kemudian buanglah bijinya   dan campur gula masak hingga likat....resepi yang satu ni saya
rasa tak ramai orang tau   ...jeruk rambutan masam...cara nak buat , rambutan masam tak perlu
kupas kulit masukkan dalam tempayan bubuh garam kasar secukupnya dan air dan peramlah...
warna kulit rambutan akan berubah tapi isinya tetap putih dan rasanya masam manis sungguh sedap.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan