Ahad, 4 November 2012

TELUR PINDANG KEBANGGAAN JOHOR

 


Telur pindang yang merupakan masakan tradisional yang terkenal terutamanya di negeri Johor. Ia merupakan telur yang direbus dalam air herba selama beberapa hari.
Telur pindang dikatakan tahan sehingga dua minggu atau lebih. Dengan itu, ia merupakan bekalan perjalanan pedagang pada masa dahulu.Telur pindang direbus dengan pelbagai jenis herba yang memberikan rasa dan warna yang unik. Jenis herba yang digunakan biasanya berbeza menurut pakar yang menyediakannya, bagaimanapun anyata yang digunakan adalah daun pokok Manggis, daun senduduk, daun jambu batu, halia, galanga ("galingale"), kulit kayu manis, bunga lawang, clove, "cardamom" dan serai.Daun pokok Manggis, daun senduduk, daun jambu batu digunakan bagi memberikan warna gelap pada telur.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan