Khamis, 15 November 2012

KUPU-KUPU MALAYSIA CANTIK




Kupu-kupu dan rama-rama

Ramai orang keliru antara kupu-kupu dan rama-rama. Perbezaan fizikal utama ialah pada sesunggutnya Kebanyakan kupu-kupu mempunyai sesungut berfilamen yang langsing dan berbentuk belantan di hujungnya. Sesungut rama-rama pula lebih berbulu.
Perbezaan lain ialah rama-rama akan merentangkan sayapnya  apabila berehat, sementara kupu-kupu sayapnya terlipat tegak di atas tubuh pada waktu berehat.
Kebanyakan kupu-kupu aktif pada siang hari dan oleh itu berwarna-warni, manakala rama-rama aktif pada malam hari dan tertarik kepada cahaya lampu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan