Selasa, 16 Oktober 2012

REMPAH RATUS DAN PELBAGAI KEGUNAANNYA



 Rempah-ratus yang digunakan sejak ribuan tahun yang silam kini menjadi pilihan masyarakat moden bagi rawatan dan pemulihan penyakit. Tahukah anda bahawa gastrik, sakit gigi, gout, demam campak, diabetes, kurap, dan rabun dapat dirawat dengan kayu manis, bunga cengkih, dan ketumbar; manakala asam gelugur, biji sawi hitam, buah pelaga, liamu purut, dan cekur bermanfaat kepada ibu bersalin bagi mengembalikan bentuk tubuh yang asal, merangsang pertumbuhan rambut, dan mengatasi masalah kelumumur serta nafas dan badan berbau?  Jamu  bagi ibu-ibu baru bersalin dibuat daripada  ketumbar dan pelbagai lagi campuran
rempah ratus. Dalam masakan seperti kari, sup , kurma, rendang , sate rempah ratus seperti ketumbar,
buah pelaga, bunga lawang, lada hitam, jintan putih, jintan manis, kayu manis , serebuk cili dan halia
digunakan.Dulu-dulu rempah ratus digiling sekarang beli saja yang dah jadi serbuk...mudah kan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan