Khamis, 11 Oktober 2012

IKAN HARUAN BAIK UNTUK PENYEMBUH LUKA DALAMAN

 
IKAN haruan atau nama saintiflknya, Channa striatus adalah antara spesies ikan air tawar yang popular dan mudah diperoleh di kawasan sawah padi, tali air, parit dan telaga.

Terkenal dengan khasiat perubatan, kandungan asid amino dan lemak yang terdapat pada ikan itu mampu menyembuhkan luka serta amat baik menyembuhkan penyakit tertentu antaranya gastnik.

Ikan haruan juga mengandungi vitamin A yang membantu menambah daya penglihatan, melembapkan kulit dan bertindak sebagai antioksi dan serta melambatkan proses penuaan.

Lendirnya pula mengandungi asid olelik dan linolik tidak tepu dan menariknya, kandungan kolagenya dapat mencantikkan kulit.

Ikan haruan baik untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. bagi ibu baru bersalin baik untuk luka selepas melahirkan atau luka pembedahan. 

Resepi ikan haruan yang selalu di hidangkan untuk ibu-ibu baru bersalin ialah sup ikan haruan campur halia , atau ikan haruan panggang .



Tiada ulasan:

Catat Ulasan