Rabu, 31 Oktober 2012

UBI KEMILI MAKANAN BERKHASIAT

 


Khasiat ubi ini dalam tiap-tiap 100 g, bahagian yang boleh dimakan mengandungi: air 75 g, protein 1.6 g, lemak 0.1 g, karbohidrat 21.7 g, serat 0.7 g, kalsium 51 mg, fosforus 27 mg, ferum 1.1 mg, natrium 7 mg, kalium 338 mg, vitamin A 0.0 mg, vitamin B1 0.16 mg, vitamin B2 0.07 mg, niasin 2.0 mg, vitamin C 8.1 mg.  Ubi kemili boleh dimakan secaramerebusnya. Boleh dicampur dalam gulai kari rasanya seperti makan telur ikan duri.

KHASIAT CILI PADI

 


  • agen penghalang kanser dimana ia mempunyai sifat anti oksidan yang tinggi .
  • mengaktifkan denyutan jantung .
  • meransang peredaran dan memperbaiki peredaran darah dalam badan .
  • merangsang pengeluaran gas dari dalam sistem pencernaan.
  • membunuh cacing dalam perut .
  • boleh digunakan sebagai racun serangga ( cili + bawang putih ) .


PISANG KAKI BERKHASIAT


buah pisang kaki


Pisang kaki tidak berbentuk seperti pisang tetapi bentuknya seperti buah temato, sedap dan manis rasanya.
Pisang kaki sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin, bernilai tinggi dari segi perubatan. Ia amat berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu.
Tannin yang terdapat dalam pisang kaki ini juga dipercayai boleh digunakan bagi merawak strok.

Selasa, 30 Oktober 2012

SPIRULINA MAKANAN TAMBAHAN YANG BANYAK KHASIAT

 

 
TONIK OTAK
KENCING MANIS
BUAH PINGGANG
SAKIT SENDI
GOUT
MIGRAIN
BARAH
GASTRIK
MEMBERSIHKAN USUS
RADANG HATI
RADANG PARU-PARU
ANEMIA
LUKEMIA
PENYAKIT KULIT
HIV / AIDS
IBU MENGANDUNG
SAKIT JANTUNG
IBU MENYUSUKAN ANAK
KANAK-KANAK
MENAMBAH TENAGA
DARAH TINGGI
LUKA
MELECUR
MELANCARKAN DARAH
MENCANTIKKAN KULIT
PENYAKIT CEPAT SEMBUH
AWET MUDA
HAIWAN PELIHARAAN
MENYEGARKAN TUBUH
SISTEM KETAHANAN BADAN
SINDROM PUTUS HAID
SUKAR TIDUR
MELEGAKAN BATUK
MENGELUARKAN KAHAK
LELAH (ASMA)
NYANYOK (ALZHEIMER)
PARKINSON
TIROID
TEKANAN (STRESS)
BUASIR 

BUNGA DAISY CANTIK




POKOK KELADI HIASAN


PERGOLA CANTIK DI HALAMAN

 



 

GAZEBO PENYERI TAMAN

 


Gazebo selalunya diguna untuk rehat-rehat di halaman rumah. Gazebo yang dibuat daripada
kayu amat diminati. Harga gazebo bergantung kepada janis kayu yang digunakan. kayu jati, cengal,
mahal harganya. Kalau nak jimat cubalah bina sendiri.....kalau tak ada ilmu bertukang eloklah beli
yang pasang siap atau upah tukang. Harga boleh runding....bentuk boleh pilih ikut cita rasa sendiri.









Peragut Sekarang Berpistol



Aktiviti meragut pada zaman sekarang ini saya lihat bukan lagi menjadi amalan penjenayah-penjenayah kampung kelas bawahan. Tetapi juga telah menarik minat penjenayah kelas atasan 'tyco' yang mempunyai senjata api dan berbahaya kepada orang ramai.

Masyarakat kita perlu lebih peka dengan peningkatan (upgrade) atau penambah baikan pada senjata yang digunakan peragut...Dahulu kita dengar peragut menggunakan senjata-senjata seperti parang,kapak dan pisau.Tetapi apa yang berlaku semalam, di luar norma seorang peragut di mana seorang pemilik kedai aksesori kereta ditembak apabila cuba mengejar dan menghalang peragut di Sungai Buloh.

Menurut saksi, mangsa mendengar jeritan daripada mangsa ragut iaitu 2 pelanggan restauran berhampiran..beliau lantas mengejar dan menghalang 4orang penjenayah tersebut sebelum ditembak di dada.Beliau kini dirawat di unit rawatan rapi Hospital Sungai Buloh.

Daripada kes di atas, dapat saya simpulkan bahawa....Peragut di Malaysia sekarang semakin berbahaya. Sudah banyak sangat kita dengar,orang mati di ragut.. Dulu parang, sekarang pistol.Tak tahulah pada masa akan datang mungkin peragut menggunakan M16..siapa tahu.

Kitalah yang perlu lebih berhati-hati...Ingat para wanita sekalian... Beg tangan anda jangan sesekali diletakkan di atas meja makan semasa anda sedang menikmati makanan di kedai..dan apabila anda diragut...lepaskan sahaja...janglah cuba mengalang ataupun cuba hendak menjadi hero..ia hanya akan membahayakan diri anda. Nyawa anda lebih penting dari wang ringgit yang tak seberapa tu. Duit boleh cari..Nyawa....fikir-fikirkanlah...

Isnin, 29 Oktober 2012

BUNGA ROS PENYERI LAMAN




 

Sabtu, 27 Oktober 2012

MANFAAT GAMAT MENTIMUN LAUT

 



Manfaat Protein

Baik untuk sistem pencernaan/lambung
Memperkuat sistem daya tahan tubuh
Membantu sistem pernafasan
Menghasilkan hormon & enzim serta fungsi protein lainnya

Manfaat Kolagen

Kecantikan kulit
Membantu menyembuhkan luka
Mengurangi masalah lambung/maag
Baik untuk paru-paru
Bersama chondroitin membentuk tulang rawan baru

Manfaat Glukosaminoglykan (GAGs)

Meringankan arthritis dan sakit/nyeri persendian
Membantu meningkatkan kadar insulin darah
Bersama omega 3, 6, dan 9 mencegah penyumbatan dalam sirkulasi darah

Manfaat Chondroitin

Meringankan Artritis
Menjaga Persendian (pelicin sendi), menjaga kelenturan persendian
Membantu dan mencegah osteoporosis dan osteoarthritis
Membantu memelihara jaringan ligmen pada tulang
Manfaat Mukopolisakarida
Membantu/melancarkan sirkulasi darah
Memelihara sistem jantung
Menghilangkan rasa sakit (zat penahan sakit alamiah)
Membantu menurunkan inflamasi dan mempercepat proses penyembuhan luka
Membantu masalah wasir
Menurunkan & menstabilkan hipertensi/darah tinggi

Manfaat Omega 3 dan Omega 6

Membantu meningkatkan pembakaran energi & metabolisme sel
Menjaga system penghantaran impuls syaraf dan memelihara tekanan darah
Menurunkan kekentalan darah, sehingga mengurangi resiko serangan jantung
Menurunkan kolesterol LDL dan Trigliserida
Meningkatkan HDL

Manfaat Mineral : Potassium, Fosfor, Kromium, Magnesium, Kalsium, Besi, Sodium

Mengaktifkan keseimbangan enzim
Bersama protein membentuk keseimbangan hormon & sistem kelenjar
Menghasilkan sel darah merah
Mencegah anemia darah
Membantu toleransi gula darah
Bersama GAGs, membantu mengatasi toleransi gula darah

Manfaat Asam Amino

Terdapat 18 macam asam amino, termasuk 9 macam asam amino esensial, kandungan asam aminonya lebih tinggi dari asam amino yang terdapat pada ikan laut, ayam dan telur.

Membentuk sel-sel baru
Memperbaiki jaringan
Membentuk anti bodi atau daya tahan tubuh
Menyelaraskan enzim & hormon

Manfaat Vitamin B

Vitamin B1 (Thiamin) – Sebagai bagian dari enzim – Membantu fungsi sel syaraf. – Diperlukan untuk produksi energi di dalam otak.
Vitamin B2 (Riboflavin) – Diperlukan untuk metabolisme energi dan membangun jaringan.
Vitamin B3 (Niasin) – Diperlukan untuk metabolisme energi, pencernaan dan sistem syaraf yang sehat

Manfaat Antiseptik Alamiah

Zat untuk mencegah bakteri, jamur, infeksi & Anti tumor


KUACI BUNGA MATAHARI




KELEBIHAN KUACI

 Kuaci bunga matahari merupakan salah satu sumber vitamin E yang sangat baik. Cukup sekadar 60 gram bunga matahari tanpa kulit untuk memenuhi keperluan tubuh bagi mendapat vitamin E setiap hari.

Vitamin E ialah anti oksidan dan ia sangat penting kepada tubuh.Ia meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel dan membaiki struktur DNA yang rosak.

Vitamin E juga dapat mengurangi gejala penyakit Athma atau lelah, osteoarthritis dan rematik.

Selain itu ia juga dapt mengurangi risiko penyakit kanser usus besar, menurunkan gejala rasa panas bagi wanita monopaus, dan mengurangi komplikasi penyakit diabetes.

Vitamin E juga dapat membantu memerangi kadar kolestrol jahat (LDL) yang tinggi dalam darah.

Beberapa ujian yang dibuat ia juga dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

10 WAKTU DIGALAKKAN BERSELAWAT

  • Sewaktu azan dilaungkan .
  • Ketika hendak masuk  dan keluar dari masjid.
  • Dalam solat jenazah.
  • Dalam takbir hari raya.
  • Semasa membaca tahiyat akhir solat .
  • Pada awal dan akhir doa.
  • Pada malam dan siang hari Jumaat.
  • Dalam khutbah dan bacaan doa Qunut.
  • Ketika orang menyebut nama Rasullah (s.a.w).
  • ketika dalam majlis ilmu, sakit, ketika susah dan sebagainya.

Isnin, 22 Oktober 2012

MAIN BATU SEREMBAN

 
BATU SEREMBAN 


Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Kanak-kanak perempuan gemar memainkannya secara individu dan kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.
Guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasanya digunakan oleh kanak-kanak dalam permainan ini sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.
Permainan ini sering dimainkan diwaktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah atau dimana sahaja yang mereka gemari dengan memerlukan permukaan yang rata dan bersih. Para pemain hendaklah duduk di atas lantai, dengan cara begini memudahkan permainan tersebut dimainkan.
Menentukan Giliran
Sebelum permainan dimulakan, seorang demi seorang pemain dikehendaki menimbang buah, bagi mendapatkan mata sebagai penentuan siapa yang akan bermain dahulu sebagai pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Cara menimbang buah adalah dengan kesemua buah diletakkan di atas tapak tangan dan dilambung keudara, kemudiannya hendaklah disambut pula dengan belakang tapak tangan. Jumlah buah yang dapat disambut itu adalah dikira sebagai mata.
Cara Bermain
Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.
Buah Satu
Kesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai, berkeadaan buah-buah itu tidak bersentuhan antara satu dengan yang lain. Sebiji buah diambil untuk dijadikan ibu, dan ibu hendaklah dilambungkan keudara, dalam masa yang sama sementara buah ibu masih berada diudara, sebiji lagi buah hendaklah dikutip. Dalam masa yang sama pemain hendaklah menyambut buah ibu, apabila telah disambut sebiji buah hendaklah digenggam di dalam tangan yang sebelah lagi. Perlakuan begini dibuat berterusan sehingga kesemua buah di atas lantai itu habis dilambung dan disambut.
Buah Dua
Cara buah dua dimainkan adalah serupa seperti buah satu, tetapi buah yang dikutip mestilah dengan dua biji serentak, ini bermakna hanya dua kali lambungan buah ibu dilakukan.
Buah Tiga
Buah tiga pula terdapat sedikit perbezaan. Langkah pertama adalah dengan mengutip sebiji buah dahulu, pada lambungan kali kedua pemain hendaklah mengutip tiga biji buah serentak.
Buah Empat
Pemain mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai dan dalam masa yang sama hendaklah menyambut buah ibu yang telah dilambungkan.
Buah Lima
Diperingkat ini urutan dari memainkan buah empat, sementara di dalam tangan tergenggam lima biji buah, sebiji dari buah hendaklah dilambungkan dan empat biji buah baki hendaklah diletakkan di atas lantai pula serta menyambut buah ibu sahaja.
Buah Enam
Ditahap buah enam terdapat perbezaan, ianya juga dinamakan buah tukar dimana dua biji buah dijadikan buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambungkan ke udara maka sebiji lagi buah ibu itu hendaklah ditukarkan dengan buah lain yang terdapat di atas lantai, sehingga selesai.
Buah Tujuh
Buah tujuh adalah urutan dari peringkat permainan buah enam. Dua biji buah yang masih berada di dalam tangan hendaklah dilambungkan serantak. Sementera itu sebiji buah hendaklah dikutip. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua belah tangan, sebiji disebelah kanan dan sebiji lagi disebelah kiri. Pada buah ibu yang terakhir dilambungkah hendaklah juga disambut.
Menimbang
Setelah selesai kesemua peringkat dilalui, pemain hendaklah menimbang buah untuk mendapatkan mata. Menimbang buah diperingkat ini ada dua kaedah. Cara pertama sama seperti permulaan menentukan pemain, mata dikira hanya mengikut bilangan biji buah yang dapat ditimbang. Tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut dengan cara mencangkuk, maka mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang dapat disambutnya.
Sekiranya pemain dapat bermain sehingga keperingkat menimbang dengan memperolehi mata, maka pemain tersebut boleh meneruskan permainan semula, buah satu dan seterusnya sehingga mati.
Mati Permainan

Sekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai tangan mengenai biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh atau semasa menimbang buah dan pemain tidak dapat walau sebiji buah ianya dikira mati (permainan ditamatkan) dan permainan akan diserahkan kepada pemain seterusnya.


MAIN KETINTING


Teng teng

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Teng-teng atau juga dikenali sebagai Ketinting merupakan sejenis permainan tradisi kanak-kanak. Ia dimainkan oleh lelaki dan perempuan, sungguhpun ia lebih disukai oleh kanak-kanak perempuan daripada daripada kanak-kanak lelaki ini kerana permainan ini lembut dan sesuai untuk kaum Hawa.
Di kampung-kampung, gelanggang dibuat dengan dengan menuliskan garisan di atas tanah sahaja dengan menggunakan hujung ranting.
Sebelum permainan dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan pemain yang mana harus memulakan permainan terlebih dahulu. Lai laile tamplong  adalah kaedah bagi menentukan pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.
Pemain dikehendaki melompat kedalam kesemua petak dengan sebelah kaki, kecuali di petak sembilan dengan kedua belah kaki. Tetapi bagi pemain yang baru sahaja memulakan permainan di mana gundu berada di petak pertama, maka pemain hendaklah melompat terus ke petak ketiga, tanpa memijak di petak kedua. Begitu juga dengan lompatan disetiap petak, seandainya pemain terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran pemain lain mengambil alih permainan.
Pemain hendaklah melompat kedalam semua petak dengan menggunakan sebelah kaki, kecuali di petak dua dan kesembilan dengan dua belah kaki. Setiap pemain tidak boleh memijak petak yang mempunyai gundu yang telah dicampak.
Sebelum pemain membina rumah, acara timbang hendaklah dilakukan terlebih dahulu. Untuk mendapatkan rumah, pemain dengan berdiri membelakangkan kesemua petak di garisan permulaan dan mencampakkan ke dalam mana-mana petak gelanggang dan disitulah kedudukan rumahnya. Sekiranya gundu jatuh terkena gaisan atau terkeluar maka ia dikira mati. Setiap pemain hendaklah memijak dengan kedua belah kaki di petak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan berbuat demikian. Sekiranya pemain lain memijaknya atau tuan rumah lupa memijak dengan kedua belah kakinya ia dikira mati.

MAIN TARIK UPIH

 
Tarik upih merupakan satu permainan kanak-kanak yang dimainkan oleh kanak-kanak di beberapa negara ASEAN. Upih pinang adalah pelepah/"pangkal" daun pokok pinang. Lazimnya apabila pelepah ini tua, ia akan luruh atau jatuh ke tanah. Ketika pelepah ini jatuh ia masih berguna. Daun pinang dari pelepah itu akan dibuang dan dijadikan hulu atau tempat untuk menarik upih tersebut (Wikipedia). Upih ini mesti dimain dengan dua orang atau lebih. Seorang mesti menjadi tukang tarik dan seorang lagi duduk dalam upih. Biasanya yang seronok adalah apabila orang menarik kita. Terasa punggung macam digeletek. Tetapi sakit juga kalau terlanggar tunggul kayu atau ketul batu. Upih ni boleh naik seorang, dua orang, tiga orang atau berapa saja asalkan muat dan bergantung kepada saiz upih yang luruh itu. Biasanya muat setakat seorang dua saja. 


MELATAH SAKIT ATAU LAWAK



OPOCOT........
Orang melatah ini sebenarnya tidak suka dijadikan bahan ketawa dan ia boleh menyebabkan mereka rasa tertekan. Orang melatah akan memberi hiburan kepada orang lain tetapi pada dirinya ia rasa tidak elok, selain mengundang panik di kalangan awam dan menyebabkan jatuh harga dirinya.
Fenomena melatah sekarang ni dah berkurangan. Orang tak suka nak usik orang yang melatah,
kerana dipandang kurang sopan. Untuk mengelakan dijangkiti penyakit melatah jangan cakap yang
bukan-bukan kalau terperanjat.  Cuba kawal perasaan....jangan ulang perkataan yang sama bila terperanjat.



Fenomen

SAYANGI WARGA TUA




Sudah menjadi kitaran hidup manusia , bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua. Akhirnya
kita akan tua . Semasa kita kecil ayah dan ibu begitu menyayangi kita . Bila kita lapar diberi makan,
bila kita sakit diberikan ubat, bila kita bersedih mereka hiburkan kita , doa mereka sentiasa mengiringi
kehidupan kita . Pepatah ada mengatakan Ayah dan ibu boleh menjaga 10 orang anak tapi 10 orang
anak belum tentu boleh menjaga ayah dan ibunya. Mulakan dengan kita untuk mengutamakan kebajikan ibubapa supaya keturunan kita akan memanjangkan kebaikan yang kita lakukan.............  
TANPA IBU BAPA SIAPALAH KITA.....

KEBAIKAN GARAM BUKIT UNTUK PERUBATAN



                                    KEBAIKAN GARAM BUKIT

  • Mempunyai 84 jenis Mineral yang tidak terdapat dalam garam biasa.
  •  Mengimbangkan tekanan darah.
  •  Meningkatkan kekuatan badan dan oksigen di dalam badan.
  •  Menguatkan struktur tulang (kalsium).
  •  Kardiovaskular.
  • Angin Ahmar, migraine, kencing manis, darah tinggi, gout, batu karang
  •  Kecantikan dan kesihatan kulit dan dalaman
  •  Meleraikan gumpalan sel-sel darah merah
  •  Menganjalkan saluran darah
  •  Melarutkan sebarang pengumpulan kalsium dalam darah
  • Membekalkan zat mineral berbentuk ionik yang seimbang
  •  Melaraskan kelancaran sistem saraf
  •  Membantu pembaharuan semula sel-sel
  • Membantu pergerakan otot-otot usus
  •  Keseimbangan mineral mensinergikan sistem metabolik dengan lebih sempurna
  •  Menyelesaikan masalah kesihatan yang berpunca dari ketisakseimbangan mineral
  •  Membantu penyerapan vitamin dengan lebih sempurna
  •  Membantu dalam penyembuhan penyakit kulit
  •  Membantu menguatkan tenaga batin
  • Memperbaiki sistem penghadaman
  • mengatifkan sistem pankreas
  • melegakan kesakitan disebabkan gigitan serangga berbisa
  • mengurangkan lenguh dan kekejangan urat belikat dan tengkuk
  • jika digunakan secara berterusan dan anda dinasihatkan untuk tidak mencampurkan garam bukit dengan garam biasa.Garam biasa mempunyai sodium yang tinggi tidak sesuai sebagai penawar

KURUSKAN BADAN DAN KEMPISKAN PERUT GUNA LIMAU NIPIS

 

Air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

Sabtu, 20 Oktober 2012

KAKI AYAM MENGANDUNGI KOLEGEN ANTI PENUAAN KULIT

 

kaki ayam adalah makanan yang banyak mengandung zat . Tanpa disedari kaki ayam banyak mengandung protein yang membantu merawat kulit, otot, tulang, dan kolagen. Sumber kolegen
yang murah dan mudah didapati . Kaki ayam ramai penggemarnya. Resepi yang paling popular
ialah sup kaki ayam. Kaki ayam goreng tepung juga sedap dimakan sebagai makanan ringan.

IKAN PEKASAM PENAMBAH SELERA

 


 Selalunya ikan yang sesuai dibuat pekasam ialah ikan  air tawar seperti ikan puyu,
ikan sepat dan haruan . Pekasam orang Utara dan pekasam orang pahang ada bezanya.
Ikan pekasam  utara di peram bersama beras goreng yang ditumbuk dan garam . Pekasam 
orang pahang  ikan diperam bersama garam dan asam keping/asam jawa.
Cara memasak ikan pekasam ialah goreng dengan api perlahan dengan minyak yang sedikit sahaja,
nak sedap lagi goreng lada kering campur bawang merah dan tabur di atas ikan pekasam.
Ikan pekasam boleh juga di bakar  , caranya ialah bungkus ikan pekasam dengan daun pisang
dan bakar. Ikan pekasam sedap dimakan bersama nasi panas, sambal belacan dan ulam-ulaman.
Cara orang dulu-dulu mengawet makanan tidaklah menggunakan bahan kimia, selamat
dimakan....sekarang ni makanan kita banyak yang beracun, sebab itu banyak penyakit yang
pelik-pelik....sebagai pengguna kita kena peka tentang kadar racun dalam makanan, supaya
kita sihat.....

KHASIAT PERIA KATAK

Khasiat Peria

1. Haus karena panas dalaman, demam, heat stroke (pengsan kerana kepanasan):
Sebiji  peria mentah yang masih segar dicuci bersih, lalu dibelah. Buang isinya, potong-potong secukupnya, lalu direbus dengan 3 gelas air bersih sehingga menjadi 1 gelas. Setelah dingin ditapis, airnya diminum.

2. Diabetes / Kencing Manis:

a. 200 gm buah peria segar dicuci bersih lalu dikisar. Tambahkan air minum secukupnya, lalu diperah dengan sepotong kain sampai terkumpul sebanyak 50 ml (seperempat gelas). Perahan dihangatkan dengan api kecil selama 15-30 minitt. Setelah sejuk diminum. Lakukan setiap hari.

b. 200 gm buah paria dicuci bersih lalu dihiris tipis-tipis. Rebus dengan 3 gelas air bersih sampai tersisa 1 gelas. Setelah sejuk  ditapis, airnya diminum. Lakukan setiap hari.

3. penyakit darah
Buah peria segar dicuci lalu dibelah, isinya dibuang. Parut atau dibuat jus, airnya diminum. Segera minum air kosong. Satu kali minum 200 cc.

4.  cirit-birit:
Ambil akar peria yang masih segar sebanyak 30 gm. Bersihkan lalu dipotong mengikut keperluan. Rebus dengan 3 gelas air hingga menjadi 1 gelas.  Setelah sejuk disaring, tambahkan gula pasir secukupnya lalu diminum.

5. Jangkitan cacing pada kanak-kanak:
a. Daun segar sebanyak 7 gm, rebus dengan 1/2 cawan air panas. Setelah sejuk ditapis, tambahkan 1 sudu teh madu. Kacau hingga bercampur rata, minum sekaligus sebelum makan pagi.

b. Ambil dua , tiga biji peria. Giling sampai halus, campur sedikit air masak.  minum air hangat. Ramuan ini untuk mengubati jangkitan cacing gelang.

6. Menyuburkan rambut yang nipis dan kemerahan:

a. Ambil segenggam daun peria, cuci bersih. Daun kemudian ditumbuk hingga menjadi seperti bubur, tambahkan air 3/4 gelas. Ramuan ini kemudian diperap semalaman. Pagi-pagi ramuan ini ditapis, airnya digunakan untuk membasuh kulit kepala.

b. Ambil daun peria yang masih segar secukupnya, lalu dicuci bersih. Daun peria tadi ditumbuk sampai halus, lalu diperah dengan sepotong kain. Airnya digunakan untuk disapukan pada kulit kepala. Lakukan setiap hari. Ramuan ini sesuai digunakan untuk bayi dan kanak-kanak.

7. Bisul, Bengkak Bernanah 
Ambil segenggam daun peria, cuci bersih lalu direbus dengan 3 gelas air bersih sampai tersisa 1 gelas. Setelah dingin ditapis, airnya diminum.

8. Demam, malaria, sakit berkaitan hati, sembelit, jangkitan cacing:
Segenggam penuh daun peria dicuci bersih, lalu ditumbuk halus. Tambahkan 1 cawan air masak, dikacau merata lalu ditapis. Air tapisannya ditambahkan sedikit garam, lalu diminum pada pagi hari sebelum makan.

9. Kencing bernanah:
6 helai daun pare, , 2 jari kulit kemboja, 1 jari  temulawak, 3 jari gula enau (sugar palm), dicuci dan dipotong mengikut keperluan. Rebus dengan 4 gelas, ditapis dan diminum


KHASIAT LABU DAN BIJINYA






KHASIAT LABU

 Beta karotena yang terdapat di dalam labu bertindak  sebagai antioksidan yang penting dalam memperlahankan proses penuaan serta memperbaiki sel-sel badan yang telah rosak secara perlahan-lahan. Selain kandungan beta karotena mampu berfungsi untuk mencegah serangan jantung, kandungan vitamin B1, C dan serat dalam labu pula berperanan sebagai pencegah penyakit jantung dan strok. Labu juga berupaya mengubati penyakit ringan seperti demam, migrain, cirit-birit, penyakit ginjal, gout serta membantu menyembuhkan radang. Banyak kegunaan labu sama ada untuk tujuan makanan mahupun ubatan. Pokok labu itu sendiri juga banyak kegunaannya. Daun pokok labu dikatakan mampu berfungsi sebagai sayur dan bijinya bermanafaat untuk dijadikan kuaci. Air jus buah labu pula dikatakan berguna sebagai penawar racun binatang berbisa, sementara bijinya pula boleh dijadikan ubat membunuh cacing pita dalam perut dan pencegah kenser prostat.

IKAN BERWAJAH PELIK





Mahluk bernama ikan yang selalu kita lihat tidaklah pelik, kerana ikan-ikan ini menjadi santapan
kita setiap hari. Tetapi ada ikan yang tidak pernah kita lihat, almaklumlah ikan-ikan ini hidup  di laut
dalam. Selepas peristiwa sunami banyak hidupan laut yang dapat kita lihat . Itu sebahagian daripada
hikmah berlakunya sunami . Ikan berwajah pelik ini memang menakutkan, tak sanggup nak makan
kerana tengok  wajannya sahaja dah hilang selera  . inilah rahsia alam , banyak lagi yang kita tak tahu...