Sabtu, 22 Disember 2012

KHASIAT JAGUNG

 


Jagung sangat kaya dengan manganese, sejenis mineral yang merangsang kelenjar thyroid manusia untuk membina lebih banyak “triiodothyronine”, iaitu sejenis hormon yang meningkatkan kadar metabolisma manusia. Lebih tinggi kadar metabolisma lebih baik proses pembuangan sisa badan manusia, dan ada berpendapat ianya juga dapat membantu bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan.
Selain daripada yang tersenarai di atas, terdapat beberapa khasiat Jagung ini. Ianya juga telah terbukti dapat merendahkan tahap kolesterol, mengurangkan risiko barah usus (colon cancer) dan mengurangkan sakit perut. Ianya juga sangat baik untuk sistem penghadaman. Tambahan pula ianya mampu menstabilkan kandungan gula dalam darah, yang mana ianya bermanfaat bagi mereka yang mempunyai penyakit seperti
 hypoglycemia dan kencing manis.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan