Jumaat, 13 September 2013

BALASAN MENINGGALKAN SOLAT FARDHU



Assalamualaikum sahabat semua, pada hari Jumaat yang mulia ini, saya ingin berkongsi dengan sahabat2 tentang azab dan balasan jika meninggalkan solat fardhu. Sedarkah kita tentang azab2 ini? Saya lihat ramai yang lalai dan dengan sengaja meninggalkannya. Mari kita renung dan kira kembali, berapa kalikah kita telah meninggalkan solat? Adakah sangat banyak hingga tidak terkira? nauzubillah.... mari kita baca dan tanamkan dalam kepala, tentang betapa beratnya azab meninggalkan solat..
Bahana Meninggalkan Solat Fardu Lima Waktu
Subuh – Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun. Sahabat sekalian, 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia. Jika 1 tahun di dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia. MasyaAllah. 7 keturunan kita pun belum lepas 1 tahun jika kita hidup di akhirat.
Zuhur – Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim. Sedangkan membunuh seorang orang Islam pun kita akan dicampakkan ke neraka, bayangkan kita telah membunuh 1000 orang muslim. Betapa azabnya kita. Begitu mudah kita mencari dosa tersebut hanya dengan meninggalkan solat Zuhur yang mana jika dilakukan, 15 minit pun tak sampai.

AGAMA ITU NASIHAT


Diriwayatkan daripada Abu Ruqayyah Tamim bin Aus al-Dariy r.a., bahawa sesungguhnya Nabi SAW bersabda : Maksudnya : "Agama itu nasihat. Kami bertanya : 'Untuk siapa?' Baginda menjawab : 'Untuk Allah, Kitab-Nya, Rasulnya-Nya, para pemimpin kaum Muslimin, dan bagi manusia umumnya."

Kalimah "agama itu nasihat" bermaksud bahawa nasihat sebagai tiang dan penyokong agama. Menurut Imam Nawawi, nasihat itu wajib sekadar yang mampu dengan syarat seorang itu mengetahui bahawa nasihatnya akan diterima, suruhannya akan dipatuhi dan dirinya tidak terancam.

1) Nasihat untuk Allah
- Beriman semata-mata kepada-Nya

PENEMUAN MENGEJUTKAN DALAM MCNUGGET

Badan penyiasatan Forensic Makanan Natural News Amarika Syarikat telah melakukan uji kaji terhadap nugget  MCD yang dibeli di Austin, Texas, Amarika Syarikat. Mereka menggunakan digital mikroskop berkuasa tinggi untuk memeriksa makana tersebut. Apa yang mengejutkan, mereka menemui benda-benda pelik di dalam nuget tersebut.

Mereka menemui satu helai seumpama bulu ataupun fiber bewarna hitam. Sedangkan ayam tidak mempunyai bulu seperti itu. Mereka juga menjumpai struktur bewarna hijau seperti alga. Saksikan.

Rabu, 11 September 2013

FACTS THAT YOU NEED TO KNOW ABOUT DELIRIUM




Introduction
Definition : Disturbance of consciousness and a change in cognition that develop over a short time.

It is a syndrome, not a disease.

Has many causes.

Classically, delirium has a sudden onset (hours or days), a brief fluctuating course, and a rapid improvement when the causative factors is identified and eliminated.
Epidemiology 
Prevalence – 0.4% age >18, 1.1% age >55 
10-30% of medically ill patients who are hospitalized. 
30% of patients in surgical and cardiac ICU. 
30-40% of patients with acquired immune deficiency syndrome who are hospitalize. 
80% of terminally ill patients. 
Risk Factor

HOTEL PALING PELIK DIBINA DI CHINA



Sekali lihat macam kapal angkasa alien pun ada. Inilah hotel berbentuk donat yang baru sahaja dilancarkan di China.

Pada bulan ini, Syarikat perhotelan terkemuka, Sheraton yang berpangkalan di Amarika Syarikat telah merasmikan hotel baru mereka yang mungkin merupakan hotel terpelik dibuka pada tahun ini. Hotel ini diberi nama Sheraton Huzhou Hot Spring Resort.

Hotel ini adalah idea seorang arkitek daripada Beijing yang bernama Ma Yansong. Ia dibina daripada lapisan tingkat yang berbentuk cincin dan terletak di tepi tasik Huzhou's Taihu.

TEMPAT TERCANTIK DI DUNIA

Assalamualaikum semua, harini saya ingin berkongsi 5 tempat yang tercantik di dunia. Bila lihat gembar tempat-tempat ni, memang rasa teringin sangat nak pegi.

1) Aogashima Volcano, Japan



Selasa, 10 September 2013

KHASIAT BUNGA KANTAN



 Bunga Kantan atau nama saintifiknya Phaeomeria Speciosa Koord

Pokok kantan ialah pokok herba jenis tinggi yang boleh tumbuh membiak dan merimbun berkelompok.  Tinggi pokok boleh mencapai sederhana 4m atau 5m.  Batangnya bulat.  Daunnya panjang sederhana besar dan berwarna kehijauan.  Terdapat dua jenis sulur yang akan keluar dari rizom atau ubi iaitu sulur yang akan mengeluarkan bunga dan satu lagi akan mengeluarkan daun.  Bunga kantan bewarna merah jambu dan mempunyai aroma yang kuat tumbuh pada batang yang berasingan daripada daunnya.  Setiap batang hanya sekuntum bunga dikeluarkan.

KHASIAT MELADA PAHIT



Melada Pahit

Nama Malaysia: Melada Pahit, Embalau padang, kusum, mempahit, lada pahit

Negara asal : Malaysia, Indonesia, Sri Lanka, India, Indo China, Southern China, Taiwan, Molluccas, New Guinea and Northwestern Australia

Khasiat perubatan (Medicinal value)

  • Darah tinggi, (High blood pressure)
  • Kencing manis, (Diabetes)
  • Prostate (prostate problem)
  • Ghout (Arthritis)
  • Bisul (carbuncle)
  • Ghout (Gout)

KHASIAT CILI API



Kebaikan Cili Api

Ia turut dikenali sebagai CILI PADI dan CABAI BURUNG dengan nama saintifiknya Capsium frutescens dari keluarga tumbuhan Solanaceae .Cili, cabai, atau lada merupakan jenis sayuran yang amat popular di negara ini. Cili dipanggil paprika atau pimiento di Hungary dan Sepanyol.. Di negara ini cili merupakan salah satu bahan makanan yang banyak digunakan oleh masyarakat pelbagai kaum untuk kegunaan harian dan perusahaan. Cili kaya dengan vitamin A, B, dan C kompleks, serta komposisi vitamin lain seperti protein, karbohidrat, serta karotin. Kepelbagaian cili

KHASIAT LIDAH BUAYA



Nama Tempatan: Lidah buaya

Nama Saintifik: Aloe Vera Linn


Keterangan:

Aloe vera atau lidah buaya atau nama saintifiknya Aloe Vera Linn dikenali juga dengan nama lily of the desert,plant of immortality dan tumbuhan berubat.


Nama aloe berasal dari perkataan arab (alloeh) yang bermaksud pahit. Pada tahun 1500 sebelum masehi, orang-orang mesir telah mula menggunakan aloe vera untuk mengubat kelecuran akibat terbakar, jangkitan kuman dan serangan parasit. Aloe vera mudah ditemui di seluruh dunia dan pada semua iklim. Terdapat lebih dari 500 jenis aloe vera.

KHASIAT TERUNG PIPIT



Terung pipit ( Solanum Torvum)

Terung pipit juga dikenali sebagai Terung Rembang, Terung Manggul, merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika yang lain tetapi negara asalnya ialah Antilles. Biasanya ia dimakan mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam.

Batangnya berkayu liat, mempunyai dahan banyak dan berduri. Daunnya berpasangan dan mudah, bergaris bentuk bujur dan terdapat juga duri pada urat daunnya. Bunganya berjambak-jambak di hujung atau terminal ranting, berwarna putih.

Terung pipit mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, vitamin A, B1, dan C. Selain itu akar terong pipit juga boleh digunakan untuk mengubati retak kulit pada kaki, mencuci darah dengan meminum air rebusannya, melegakan kesakitan, penawar racun ular dan serangga serta menjadi ubat yang berkesan untuk meredakan sakit perut.

KHASIAT PEGAGA


PEGAGA – CENTELLA ASIATICA

Khasiat  pegaga
1.Pembengkakan Hati
2. Demam, Campak
3. Sakit Tekak, Batuk Kering,
4. Asma, Brokitis, Pleuritis
5. Radang Mata Merah
6. Keputihan
7. Tekanan Darah Tinggi
8. Sakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir
9.Tidak Selera Makan, Sakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir
10. Keracunan Makanan
11. Batuk Darah, Muntah Darah
12. Busung, bisul
13. Infeksi Saluran Kencing (kencing kotor)
14. merangsang otak – kuat daya ingatan

KHASIAT SERAI WANGI


Nama tempatan : Serai Wangi Nama saintifik Cymbopogon nardus /  Citronella

Khasiat :

  • Daun serai yang dibalut dengan besi atau batu panas digunakan untuk tuaman yang bertungku pada kawasan urat saraf yang lemah, penyakit bisa otot-otot, sendi, mengecutkan rahim yang bengkak, memecahkan lendir, darah dan angin.
  • Campuran pada rempah ratus dijadikan pes bagi merawat bengkak-bengkak sendi dan otot.
  • Air rebusan daun serai (lebih baik jika dicampurkan dengan daun sirih dan gandarusa) digunakan bagi mandian ibu dalam pantang selepas bersalin dan untuk penyakit lemah otot dan sendi

Ahad, 8 September 2013

CARA PENGIRAAN JUMLAH KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM BADAN

Assalamualaikum, inshaallah, harini saya ingin berkongsi cara untuk mengira jumlah kalori yang anda perlukan pada setiap hari.

LELAKI
66 + (13.7 x berat badan dlm kg) + (1.8 x tinggi dlm cm)-(4.7 x umur)

PEREMPUAN
655 + (9.6 x berat badan dalam kg) + (1.8 x tinggi dlm cm) - (4.7 x umur)

JANGAN ABAIKAN PENYAKIT DEPRESSION (KEMURUNGAN)


Assalamualaikum semua pengunjung blog kalam kasih. Semoga sihat-sihat hendaknya. Hari ini saya ingin berkongsi dengan pembaca tentang penyakit depression ataupun kemurungan. Adakah anda sedar selama ini depression adalah satu penyakit yang perlukan rawatan dengan segera.

Sidang pembaca sekalian, penyakit kemurungan ini boleh dikategorikan dalam kategori penyakit Mood ataupun dalam bahasa Inggerisnya 'Mood Disorder'. Ramai dikalangan kita yang tidak ambil pusing mengenai penyakit ini dan menggangap ia hanyalah perasaan yang membelenggu jiwa. Ramai juga pesakit yang beranggapan ia adalah sesuatu yang biasa dialami oleh semua orang, oleh itu mereka tidak pergi berjumpa doktor. Penyakit kemurungan ini jika dibiarkan ia akan menjadi lebih parah dan semakin sukar diubati.