Selasa, 10 September 2013

KHASIAT BUNGA KANTAN



 Bunga Kantan atau nama saintifiknya Phaeomeria Speciosa Koord

Pokok kantan ialah pokok herba jenis tinggi yang boleh tumbuh membiak dan merimbun berkelompok.  Tinggi pokok boleh mencapai sederhana 4m atau 5m.  Batangnya bulat.  Daunnya panjang sederhana besar dan berwarna kehijauan.  Terdapat dua jenis sulur yang akan keluar dari rizom atau ubi iaitu sulur yang akan mengeluarkan bunga dan satu lagi akan mengeluarkan daun.  Bunga kantan bewarna merah jambu dan mempunyai aroma yang kuat tumbuh pada batang yang berasingan daripada daunnya.  Setiap batang hanya sekuntum bunga dikeluarkan.



KHASIAT DAN KEGUNAAN



Boleh dikatakan tiap-tiap bahagian pokok kantan mempunyai khasiat dan kegunaannya.  Sebagaimana yang diketahui, bunga kantan ialah satu campuran penting dalam laksana dan nasi ulam.  Tanpa bunga kantan, kurang lengkap dan kurang enak rasa laksa serta nasi ulam tersebut.  Selain daripada itu, bahagian-bahagian yang mempunyai kegunaan dan khasiat ialah:


Batang
Buah
Ubi
-
-
-
Boleh digunakan untuk mengubati penyakit bengkak.
Boleh digunakan untuk mengubati kurang selera makan.
Boleh dicampurkan dalam makanan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan