Khamis, 1 November 2012

TERUNG PIPIT ADA KHASIATNYA

 

Terung pipit mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, vitamin A, B1, dan C. Menariknya, ia juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin dengan kandungan sebanyak 0.84%. Steroid amat penting dalam bidang perubatan, terutamanya untuk menghasilkan pil perancang keluarga.

Selain itu akar terong pipit juga boleh digunakan untuk mengubati retak kulit pada kaki, mencuci darah dengan meminum air rebusannya, melegakan kesakitan, penawar racun ular dan serangga serta menjadi ubat yang berkesan untuk meredakan sakit perut.
 
Resepi yang sangat digemari ramai ialah lemak tempoyak terung pipit  . Boleh juga dicampur
dalam sambal tumis, rebus untuk ulam dan pelbagai lagi .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan