Jumaat, 16 November 2012

KHASIAT DAUN SUP



 Seperti tumbuhan lain, daun sup juga mempunyai pelbagai khasiat.  Antaranya adalah ia dapat menurunkan tekanan darah tinggi.  Cara yang boleh diamalkan untuk menurunkan tekanan darah tinggi adalah, ambil sedikit daun sup, hiris kecil-kecil dan tumbuk bersama sedikit gula.  Setelah ditumbuk lumat, campur kan sedikit air.  Kacau rata, tapis dan ambil airnya.  Amalkan meminum air daun sup ini tiga kali sehari untuk mendapatkan kesan yang optimum.  Cara lain yang lebih mudah adalah dengan merebus daun sup.  Amalkan meminum air rebusan ini tiga kali sehari. Antara khasiat lain daun sup adalah, ia boleh digunakan untuk mengubati masalah keracunan berpunca dari jangkitan bakteria, menghentikan pendarahan dan juga membaikpulih fungsi hormon yang terganggu seperti ketika haid.  Untuk kecerdasan otak juga daun sup dapat digunakan sebagai baja otak. Berilah pada anak-anak
kerana daun sup tak mahal tapi khasiatnya sangat banyak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan