Pokok dukung anak yang banyak tumbuh meliar dikatakan amat sesuai untuk merawat penyakit
Hepatitis B kerana tumbuhan herba ini boleh membersihkan darah
dalam badan. Untuk menggunakannya adalah mudah. Kita hanya perlu
mengambil semua sekali pokok Dukung anak itu (kira-kira lima
batang pokok) dan membersihkannya. Kemudian tumbuk pokok itu
sampai hancur atau lumat. Masukkan ke dalam segelas air kosong dan
terus minum. Oleh kerana rasanya agak pahit, ia boleh dicampurkan
dengan sirap, yogurt atau susu kambing. Berdasarkan kajian
saintifik, tumbuhan ini selamat untuk digunakan dan tidak
berbahaya.
Bayi yang menghidap demam kuning boleh di rawat menggunakan pokok dukung anak dari daun,akar batang dan buahnya direbus .Gunakan air rebusan untuk mandi atau lap
di badan .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan