Rabu, 22 Mei 2013

GUBAHAN BUNGA

URUT KAKI

KHASIAT BUAH BETIK


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiA55IuPN65RPznyIShUihmOCSC2ifvSfORMxtWFX7lnVP7C0kUyQ4DwCzdC5uoY39pg1b5dTEF1C9KQidGXw_uqiA9sqahy_AfXfRD9vRcdBO3ZcMKgYvWQhYZgXvHxCJqvg_6Pv5XhrwA/s1600/betik+biji+2.jpg 





Buah betik mengandungi pelbagai khasiat pemakanan. Bagi setiap 100g betik , ia mengandungi :
  • 59.0 kalori untuk pembekalan tenaga,
  • 92.1g air,
  • 1.0g protein,
  • 0.1g lemak,
  • 13.5g karbohidrat,
  • 0.5g serat,
  • 0.5g abu,
  • 31.0mg kalsium
  • 0.8mg magnesium
  • 17.0mg posporus
  • 1.0mg zat besi
  • 2.0mg sodium
  • 337.0mg potasium
  • vitamin B sebanyak 0.08mg,
  • vitamin B2 (0.12mg)
  • niasin (0.1mg
  • vitamin C (69.3mg)
  • karotin (2431ug)

Di samping itu berikut adalah khasiat lain betik ;
  • Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.
  • Air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin.
  • Jika memanggang daging yang dibalut dengan daun betik, ia dapat melembutkan daging tersebut.
  • Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi.
  • Khasiat buah betik selalu dikaitkan dengan pengawalan dan pengurangan berat badan disamping menghaluskan kulit dan mampu menjadikan wajah sentiasa awet muda.

Rabu, 1 Mei 2013

KRAF KAIT BENANG BULU KAMBING

  https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiWRKFihFAe4m396dkSJTEkZrcTAbOqjF-2H01t6vt_Dh7qBk6RHGdbBjmEALyvDNnRC8rlqi7H46A92b5kT34QOxJ-QfE9ECwDEq981DWHo1zEcb8Gi8LoN51KbOG6SuK0TH01KXTrYcrM/s1600/IMG_7544+copy.jpg    Krafaina Crochet Craft      

Khamis, 18 April 2013

URUT TANGAN




anda boleh mengamalkan urut tapak tangan jika ada masalah kesihatan. Urutlah mengikut
bahagiaq badan yang sakit . Kalau sakit perut pada bahagian tapak tangan bahagian tengah,
anda boleh rujuk gambar di atas . Insya Allah sakit akan berkurangan jika diamalkan selalu.

Isnin, 25 Mac 2013

INDAHNYA ALAM CIPTAN ALLAH SWT

 


GUBAHAN BUNGA PLASTIK

   

MENGUBAHAN BUNGA KERING MEMERLUKAN MINAT.
SUASANA RUANG TAMBAH INDAH DENGAN KEHADIRAN
GUBAHAN BUNGA . BUNGA PLASTIK TAHAN LAMA HANYA PERLU
JAGA JANGAN BERHABUK DAN BOLEH GUBAH BENTUK
YANG LAIN UNTUK NAMPAK BARU.








LUKISAN PEMANDANGAN INDAH

Jual Lukisan Pemandangan Alam, kualitas tinggi dan berkelas












Jumaat, 22 Mac 2013

KHASIAT BUAH KERING

 

Kaya vitamin.  Buah-buahan kering ini kaya akan vitamin dan mineral seperti vitamin A, B1, B2, B3, B6 dan mineral seperti kalsium, zat besi, magnesium, kalium, natrium,

Kaya kalori. Meskipun begitu, Anda sebaiknya tidak mengambil buah kering terlalu banyak karena banyak mengandung kalori dan gula.  Proses pengeringan membuang sebagian besar air yang terkandung pada buah-buahan segar, sehingga buah kering yang dihasilkan menjadi lebih kecil ukurannya, tetapi memiliki zat gizi yang lebih banyak (padat).



Ahad, 10 Mac 2013

TAMAN HARBA MALAYSIA



 

 

Isnin, 4 Mac 2013

DEKO DAPUR MODEN



 

 


Selasa, 26 Februari 2013

PISANG BAIK UNTUK MATA KERING

 

MAKANLAH PISANG SETIAP HARI BAGI MEMBANTU MEREDAKAN
KEPEDIHAN AKIBAT MATA KERING.  KANDUNGAN POTASIUM YANG
TERDAPAT DALAM PISANG DAPAT MEMBANTU PENGELUARAN
CECAIR PADA SEL TUBUH.  PISANG JUGA BAIK UNTUK JANTUNG.
ORANG DULU-DULU BAGI BABY MAKAN PISANG BAKAR,  RAMAI JUGA
YANG JADI BIJAK PANDAI DAN KURANG PENYAKIT KRONIK SEPRTI
SEKARANG . CUBA KITA AMALKAN MAKANAN TOK NENEK KITA,
ELAKAN MAKANAN SEGERA YANG BANYAK BAHAN PERASA
YANG MEMBAHAYAKAN. SIAPA YANG NAK MULAKAN....KITALAH....

Sabtu, 23 Februari 2013

KHASIAT TEH HIJAU


 



Banyak kajian telah dilakukan keatas green tea atau teh hijau dan di dapati banyak khasiat kesihatan yang boleh di manafaatkan. Antara kandungan khasiat teh hijau yang boleh diperolehi dengan minum secara berterusan produk yang mengandungi green tea adalah Membantu mengawal tekanan darah tinggi
  1. Membantu mengawal paras gula darah
  2. Membantu dalam sesetengah penyakit barah. Kandungan Catechins Green Tea dilihat memberi kesan perawatan kepada sesetengah barah.
  3. Menguatkan sistem imun. Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh.
  4. Menurunkan aras kolesterol. Paras antioksidan Green Tea yang tinggi boleh membantu mengurangkan paras kolesterol.
  5. Penuh dengan antioksida - dimana boleh menolong mengurangkan lemak2 atau kolestrol dalam badan
  6. Menjaga tekanan darah 
  7. Merawat batuk
  8. Menguatkan sistem kekebalan tubuh melawan penyakit
  9. Kaya dengan EGC (Epigallocatechin) dan GC (Gallocatechin) iaitu antioksida yang kuat serta dapat menolong mencegah dan menghancurkan sel2 kanser
  10. Mencegah penyakit Kardiovaskular (penyakit jantung dan penyumbat arteri)
  11. Menghilangkan stress dan menolong mengendurkan saraf
  12. Boleh mencegah penyakit Demensia dan Amnesia
  13. Meredakan gangguan seperti tidak boleh tidur dan gelisah
  14. Kulit menjadi cantik, bersinat, rambut sehat, muda, bintik2 dan sebagainya
  15. Baik untuk mengubati dan mencegah Osteoporosis (penyakit tulang) dari kereputan dan patah. 

Isnin, 18 Februari 2013

TOKOH ILMUAN ISLAM- SALAHUDDIN AL-AYYUBI


  

 Salahuddin dibesarkan sama seperti anak-anak orang Kurdis biasa. Pendidikannya juga seperti orang lain, belajar ilmu-ilmu sains di samping seni peperangan dan mempertahankan diri. Tiada seorangpun yang menyangka sebelum ia menguasai Mesir dan menentang tentera Salib bahawa anak Kurdis ini suatu hari nanti akan merampas kembali Palestin dan menjadi pembela akidah Islamiah yang hebat. Dan tiada siapa yang menyangka pencapaiannya demikian hebat sehingga menjadi contoh dan perangsang memerangi kekufuran hingga ke hari ini.


Stanley Lane Poole (1914) seorang penulis Barat menyifatkan Salahuddin sebagai anak seorang governor yang memilliki kelebihan daripada orang lain tetapi tidak menunjukkan satupun tanda-tanda ia akan menjadi orang hebat pada masa depan. Akan tetapi ia menunjukkan akhlak yang mulia.
Walau bagaimanapun Allah telah mentakdirkannya untuk menjadi pemimpin besar pada zamannya dan Allah telah menyediakan dan memudahkan jalan-jalannya untuk menjadi pemimpin agung itu. Ketika ia menjadi tentera Al-Malik Nuruddin, Sultan Aleppo, ia diperintahkan untuk pergi ke Mesir. Pada masa itu Mesir diperintah oleh sebuah kerajaan Syi’ah yang tidak bernaung di bawah khalifah. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis bahawa Salahuddin sangat berat dan memaksa diri untuk pergi ke Mesir bagaikan orang yang hendak di bawa ke tempat pembunuhan (Bahauddin, 1234).


Semangat Jihadnya
Fikiran Salahuddin sentiasa tertumpu kepada jihad di jalan Allah. Bahauddin telah mencatatkan bahawa semangat Salahuddin yang berkobar-kobar untuk berjihad menentang tentera Salib telah menyebabkan jihad menjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya. Ia sentiasa meluangkan seluruh tenaganya untuk memperkuat pasukan tenteranya, mencari mujahid-mujahid dan senjata untuk tujuan berjihad.
Jika ada sesiapa yang bercakap kepadanya berkenaan jihad ia akan memberikan sepenuh perhatian. Sehubungan dengan ini ia lebih banyak di dalam khemah perang daripada duduk di istana bersama sanak keluarga. Siapa sahaja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Siapa sahaja yang memerhatikannya akan dapat melihat apabila ia telah memulakan jihat melawan tentera salib ia akan menumpahkan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tenteranya.
Dalam medan peperangan ia bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan anak tunggal akibat dibunuh oleh tangan jahat. Ia akan bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata. Ia juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinang mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.
Ketika ia mengepung Acre ia hanya minum, itupun selepas dipaksa oleh doktor peribadinya tanpa makan. Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan beberapa suap makanan semenjak hari Jumaat hingga senin kerena ia tidak mahu perhatiannya kepada peperangan terganggu. (Bahauddin, 1234)

TOKOH ILMUAN ISLAM NUSANTARA

Tokoh Ulama Nusantara

  1. (Maulana Abdullah Nuh) Abdullah Awang Nuh
  2. (Haji Mat Shafie Losong) Ahmad Shafie bin Haji Muhammad Amin
  3. (Tok Ku Pulau Manis) Abdul Malik bin Abdullah
  4. (Tok Selehong) Abdul Rahman bin Haji Uthman
  5. (Tok Pulai Condong) Abdul Samad bin Faqih Haji Abdullah
  6. (Tuan Tabal) Abdul Samad bin Muhammad Saleh
  7. (Tok Senggora) Abdullah bin Muhammad Kasim
  8. (Tok Perlis) Abdullah bin Shamsuddin
  9. (Tok Khurasan) Abu Abdullah Sayyid Hassan bin Nur Hasan
  10. (Syeikh Daud al-Fatani) Daud bin Abdullah
  11. (Mufti Haji Wan Muhammad) Haji Wan Muhammad bin Haji Abdul Samad
  12. (Tok Pulau Ubi) Haji Yusuf bin Abdul Rahman
  13. Tuan Guru Husin bin Muhammad Nasir bin Muhammad Taib Al-Mas'udi Al-Banjari
  14. (Tuan Husain Kedah) Husain bin Haji Muhammad Nasir
  15. (Haji Ibrahim Tok Raja) Ibrahim bin Haji Muhammad Yusuf
  16. (Tok Kemuning) Ismail bin Senik
  17. (Haji Abdul Malek Sungai Pinang) Malek bin Hasan
  18. (Syeikh Muhammad Said Linggi) Muhammad Said bin Haji Jamaluddin
  19. (Tok Jerulong) Muhammad Said bin Muhammad
  20. (Tok Seridik) Muhammad Saman bin Awang Senik
  21. (Tuan Guru Haji Sulong Patani) Muhammad Sulom bin Haji Abdul Kadir
  22. (Syeikh Tahir Jalaluddin al-Falaki) Muhammad Tahir bin Syeikh Muhammad
  23. (Tok Kenali) Muhammad Yusuf bin Ahmad
  24. Syeikh Muhammad bin Zainal Abidin
  25. (Tok Konok) Nik Zainal Abidin bin Nik Ismail
  26. (Tuan Guru Haji Omar Besut) Omar bin Che Ahmad
  27. (Haji Omar Sungai Keladi) Omar bin Ismail
  28. (Haji Saad Kangkong) Saad bin Haji Daud
  29. (Syeikh Uthman Jalaluddin al-Kalantani) Uthman Jalaluddin Muhammad
  30. (Tok Bachok) Uthman bin Haji Muhammad
  31. (Syeikh Nik Dir Patani) Wan Abdul Rahman bin Wan Uthman
  32. (Tok Guru Haji Wan Adam) Wan Adam bin Wan Abdullah
  33. (Tok Padang Jelapang) Wan Ahmad bin Haji Abdul Halim
  34. (Syeikh Wan Ahmad Patani) Wan Ahmad bin Muhammad Zain
  35. (Tok Wan Ali Kutan) Wan Ali bin Haji Abdul Rahman
  36. (Haji Wan Daud Khatib) Wan Daud bin Wan Ismail al-Fatani
  37. (Tok Wali Haji Che Mud) Wan Mahmud bin Wan Ismail
  38. (Tok Sheikh Jarum) Wan Muhammad Idris bin Haji Wan Jamal
  39. (Syeikh Nik Mat Kechik Patani) Wan Muhammad bin Wan Ismail
  40. (Mufti Haji Wan Musa) Wan Musa bin Abdul Samad
  41. (Pak Wan Sulaiman) Wan Sulaiman bin Wan Siddiq
  42. (Haji Yaakub Gajah Mati) Yaakub bin Haji Ahmad
  43. (Haji Abdullah Tahir Bunut Payong) Haji Abdullah Tahir
  44. Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat
  45. Tuan Guru Haji Muhammad Saman Kati
  46. Tuan Guru Haji Sabran bin Haji Asmawi