Assalamualaikum semua..
Syukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya, blog Kalam Kasih Semakin maju kehadapan. Sudah 3 tahun blog ini diwujudkan dan blog ini telah membantu dan menyalurkan maklumat kepada ramai orang di luar sana. Daripada seorang student yg buat blog secara suka-suka, kini setelah tamat belajar dan bekerja sebagai seorang profesional.. saya bertekad untuk meningkatkan lagi mutu penulisan dan juga maklumat di dalam blog saya ini dengan harapan ianya akan terus menjadi medan untuk menyalurkan ilmu dan dakwah kepada seluruh masyarakat Malaysia amnya dan masyarakat dunia khasnya.
Ilmu yg saya sampaikan di dalam blog ini boleh juga dengan harapan menjadi saham-saham akhirat apabila penulis sudah tiada nanti.. inshaallah. Semoga usaha yg sedikit ini mendapat berkat dan rahmat daripada Allah hendaknya.inshaallah..
Terima kasih atas sokongan tanpa henti anda semua. Tanpa anda blog ini tidak akan berada pada tahap sekarang..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan