Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu
menenangkan
sistem saraf anda .
UNTUK MENGURANGKAN KELETIHAN
Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropika unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi garam rendah,
menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.
Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan
hemoglobin dalam darah , yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes
anemia.
Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit
tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas
makan pisang.
Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin
yang bertukar kepada
serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita
tenang, mengembalikan mud
dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.
Kuasa
Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan
dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan
makan tengahari.
Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium
yang tinggi
dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu
lebih cekap (alert).
Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan
tidak
mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral
lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti
lapisan
dinding perut kita.
trok:
Mengikut kajian dalam buku The New England Journal of Medicine‘,
mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko
kematian akibat
strok sebanyak 40%!
Obesiti
dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja
menjadi pemangkin
kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek .
Berdasarkan 5,000
pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes
membuat kerja-kerja
tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk
mengatasi masalah ini, kita
perlu mengawal kadar gula dalam darah
dengan mengambil makanan karbohidrat
tinggi setiap 2 jam untuk
mengekalkan kadar yang stabil . Makanlah pisang.
Pisang emas di bawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
hutang emas boleh dibayar,
hutang budi dibawa mati.
coretan
pisang sebagai bekalan dalam pelayaran yang jauh hingga ke negeri Cina semasa zaman
Melayu Melaka . Keistemewaan pisang emas ia masak tidak serentak . Orang dulu-dulu sangat
memuliakan makanan yang sentiasa diletakkan di tempat yang tinggi. Banyak resepi makanan yang
berasaskan pisang . Dulu-dulu bayi makan pisang lecek....pandai pun ...saya suka makan pisang montel..rasanya macam pisang emas.kerepek pisang tanduk sangat sedap berbanding kerepek kentang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan