Buang air kecil tidak lancar dapat diubat dengan 100 gram akar lalang dan gula batu secukupnya direbus dengan 600 cc air hingga tersisa 200 cc, saring dan minum airnya.
Sabtu, 28 September 2013
KHASIAT AKAR LALANG
Buang air kecil tidak lancar dapat diubat dengan 100 gram akar lalang dan gula batu secukupnya direbus dengan 600 cc air hingga tersisa 200 cc, saring dan minum airnya.
KHASIAT BUAH MARKISA
khasiat buah markisa seperti yang ada dibawah ini :
- Memulihkan Kanser
- Mengatasi insomnia
- Mengatasi batuk
- Anti alergi
- Menenangkan anak hiperaktif
- Melancarkan perjalanan Haid
- Menjaga kecantikan wajah
- Menurunkan kolesterol
- Melancarkan peredaran darah
- Antiseptik
- Antibodi
Selasa, 17 September 2013
RAHSIA DI SEBALIK MAKANAN SUNNAH
Zaman beredar dan berubah, namun Sunnah
junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W tetap tidak berubah dan masih
tegar diingatan.Sebahagian golongan masih mengamalkannya dan
segelintirnya lagi mungkin tidak. Justeru, kita tahu banyak sunnah Nabi
SAW yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian kita, tetapi hari ini
saya ingin menumpukan sahaja ke arah pengambilan makanan sunnah daripada
junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang mana tidak semua orang mengetahui
kelebihan dan juga fadhilat disebalik makanan sunnah itu sendiri.
Masa
berganti hari, minggu berganti bulan dan tahun.Tanpa disedari, fenomena
pengambilan makanan yang kurang baik untuk kesihatan semakin berleluasa.
Adakah ini menunjukkan kita lupa dan alpa akan makanan
Isnin, 16 September 2013
PESANAN BUAT SUAMI
Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
Sabtu, 14 September 2013
LIVE STREAMING MALAYSIA VS MYANMAR FINAL PESTA BOLA MERDEKA 2013
PERLAWANAN AKHIR MALAYSIA VS MYANMAR DI STADIUM DARUL MAKMUR,
KUANTAN.
PESTA BOLA MERDEKA 2013
JANGAN KETINGGALAN UNTUK MENYAKSIKANNYA.
PERLAWANAN BERMULA JAM 8.00 MALAM
SOKONGLAH PASUKAN KITA, TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
LIVE STREAMING YANG CLEAR DAN CANTIK BOLEH DIPEROLEHI DI SINI
SILA KLIK SINI
UNTUK LIVE STREAMING ASTRO ARENA (SUDAH BERMULA)
Astro arena: SILA KLIK SINI
PANDUAN MENDIDIK ANAK
Tahukah anda rutin harian di rumah kita sendiri boleh membentuk sikap anak sama ada akan suka mengamuk atau lebih matang.
Antara Rutin atau amalan di rumah yang membentuk anak pandai kawal diri adalah:
1. Waktu-waktu dan peraturan yang konsisten (tidak berubah-rubah). cth 'No means No', Waktu subuh solat pada waktu subuh etc.
2. Memastikan anak-anak menyahut dan datang bila dipanggil ibu bapa.
3. Bila ibu atau ayah sedang marah, tunggu mereka dengan penuh hormat - jangan lari dan sembunyikan diri.
4. Ajar anak selalu minta maaf dan ucapan terima kasih.
5. Ajar mereka berdikari (tidak mudah kecewa jika menghadapi kegagalan).
6. Beri peluang dia buat keputusan dgn pilihan yang terhad (cth "hari
ni adik nak pakai baju warna putih atau hitam?" seterusnya puji
pilihannya dengan kaitkan ia pada ajaran Islam Jika putih - katalah
"MasyaAllah Nabi kita suka warna ni, pakaian ihram pun putih juga!" Jika
hitam - katalah "MasyaAllah kaabah kita pakaian dia pun hitam.. kita
panggil kelambu kaabah!".
7. Ajar dia setiap tindakan perlu ada tujuan dan matlamat.
PAHALA BERTERUSAN WALAUPUN KITA TELAH MATI
Assalamualaiku semua, saya ingin berkongsi amalan-amalan yang akan dapat memberikan kita pahala walaupun kita telah meninggal dunia. Ingatlah sahabat-sahabat, mati itu tidak mengenal usia, sediakanlah bekalan secukupnya supaya selamat kita di sana nanti, inshaallah..
- Pasang kipas di surau/masjid walaupun 1, setiap kali orang guna, anda dapat pahala walaupun selepas mati
- Derma kerusi roda di hospital. Setiap kali pesakit guna, anda akan dapat pahala.
- Beri baju kepada orang, setiap kali orang pakai, anda dapat pahala.
- Beri makanan kepada orang, anda dapat pahala selagi makanan itu menjadi darah dagingnya.
- Menyampaikan ilmu yang bermanfaat, selagi mereka mengamalkan, pahala anda tetap ada.
- Kongsi mesej ini kepada orang ramai, walaupun 1 tolong kongsikan kepada orang, anda akan dapat pahala sebab anda telah berdakwah untuk sampaikan ilmu....
Jumaat, 13 September 2013
RAHSIA DI SEBALIK AMALAN ISTIGFAR
Terdapat beberapa amal yang mudah, dan ringan untuk dilakukan tapi ganjaran sangat besar. Terkadang seorang Muslim atau Muslimah boleh mendapat ganjaran pahala sebanyal 1.5 bil. dalam masa 2 saat saja. Tahukan anda apa ibadah itu?
Sebutlah, “Astaghfirullah lil mukminin wal mukminat”. - Habib Kadzim As-Saqqaf -
Dalam hadis, Nabi SAW bersabda, “Barangsiapa yang beristighfar untuk kaum mukminin dan mukminat, akan diberikan ganjaran sejumlah banyaknya kaum mukminin dan mukminat pada zaman itu”. Sekarang, terdapat 1.5 bil orang Islam di dunia, jadi dengan menyebut zikir di atas, kita boleh mendapat ganjaran yang sebanyak itu juga. Bila mana seseorang melazimkan istighfar sebegini, khususnya sebanyak 27 kali setiap hari, setelah beberapa lama akan nampak keberkesanannya iaitu akan nampak kasih sayang yang ditunjukkan oleh ALLAH SWT kepada anda, sehingga anda akan tergolong dalam golongan orang-orang yang doanya dimakbulkan oleh ALLAH SWT. Jika dilazimkan lebih daripada sekali sehari – iaitu pagi dan petang – maka, akan semakin tinggi darjat seseorang di sisi ALLAH, untuk dikasihi dan disayangi oleh ALLAH.
PELAJAR BERSALIN DALAM BILIK ASRAMA
SETIU - Guru dan pelajar sebuah sekolah menengah di daerah ini gempar
apabila seorang pelajar dipercayai bersalin di dalam bilik asrama
sekolah berkenaan, pagi kelmarin.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, kehadiran bayi lelaki itu disedari penyelia asrama kira-kira jam 8 pagi di dalam sebuah bilik asrama perempuan sekolah berkenaan.
Menurutnya, ketika melakukan pemeriksaan di dalam sebuah bilik, penyelia itu terkejut apabila mendapati seorang pelajar perempuan berusia 18 tahun terbaring lesu bersama bayi yang masih bertali pusat.
“Penyelia itu segera memaklumkan kejadian berkenaan kepada pengurusan sekolah, sebelum kedua-duanya dihantar ke Hospital Setiu untuk mendapatkan rawatan.
“Ketika ditemui, bayi lelaki dalam keadaan sempurna itu masih bernyawa, tetapi mengalami kecacatan otak dan keadaannya ketika itu agak lemah sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu dan tiba di HSNZ kira-kira jam 1.15 petang untuk rawatan lanjut,” katanya.
Ab Rahman berkata lagi, bagaimanapun bayi malang itu disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1.40 petang kerana kecacatan tersebut.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati tiada unsur jenayah atau kecederaan akibat dera pada bayi itu sebelum mayatnya diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.
Katanya, ibu bayi itu masih dirawat di Hospital Setiu dan pihaknya akan mengambil keterangannya sebaik pulih bagi membantu siasatan.
"Ibu bapa pelajar terbabit sudah dimaklumkan mengenai kejadian ini. Buat masa ini, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat secara sulit,” katanya.
Difahamkan, pelajar terbabit amat sedih dengan berita kematian anaknya selepas polis memaklumkan bayinya tidak dapat diselamatkan dan dia mengandung dipercayai hasil hubungan sulit dengan teman lelakinya.
-SUMBER- Sinar Harian
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, kehadiran bayi lelaki itu disedari penyelia asrama kira-kira jam 8 pagi di dalam sebuah bilik asrama perempuan sekolah berkenaan.
Menurutnya, ketika melakukan pemeriksaan di dalam sebuah bilik, penyelia itu terkejut apabila mendapati seorang pelajar perempuan berusia 18 tahun terbaring lesu bersama bayi yang masih bertali pusat.
“Penyelia itu segera memaklumkan kejadian berkenaan kepada pengurusan sekolah, sebelum kedua-duanya dihantar ke Hospital Setiu untuk mendapatkan rawatan.
“Ketika ditemui, bayi lelaki dalam keadaan sempurna itu masih bernyawa, tetapi mengalami kecacatan otak dan keadaannya ketika itu agak lemah sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu dan tiba di HSNZ kira-kira jam 1.15 petang untuk rawatan lanjut,” katanya.
Ab Rahman Raja Mohamed |
Ab Rahman berkata lagi, bagaimanapun bayi malang itu disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1.40 petang kerana kecacatan tersebut.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati tiada unsur jenayah atau kecederaan akibat dera pada bayi itu sebelum mayatnya diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.
Katanya, ibu bayi itu masih dirawat di Hospital Setiu dan pihaknya akan mengambil keterangannya sebaik pulih bagi membantu siasatan.
"Ibu bapa pelajar terbabit sudah dimaklumkan mengenai kejadian ini. Buat masa ini, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat secara sulit,” katanya.
Difahamkan, pelajar terbabit amat sedih dengan berita kematian anaknya selepas polis memaklumkan bayinya tidak dapat diselamatkan dan dia mengandung dipercayai hasil hubungan sulit dengan teman lelakinya.
-SUMBER- Sinar Harian
BALASAN MENINGGALKAN SOLAT FARDHU
Assalamualaikum sahabat semua, pada hari Jumaat yang mulia ini, saya ingin berkongsi dengan sahabat2 tentang azab dan balasan jika meninggalkan solat fardhu. Sedarkah kita tentang azab2 ini? Saya lihat ramai yang lalai dan dengan sengaja meninggalkannya. Mari kita renung dan kira kembali, berapa kalikah kita telah meninggalkan solat? Adakah sangat banyak hingga tidak terkira? nauzubillah.... mari kita baca dan tanamkan dalam kepala, tentang betapa beratnya azab meninggalkan solat..
Bahana Meninggalkan Solat Fardu Lima Waktu
Subuh – Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun. Sahabat sekalian, 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia. Jika 1 tahun di dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia. MasyaAllah. 7 keturunan kita pun belum lepas 1 tahun jika kita hidup di akhirat.
Zuhur – Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim. Sedangkan membunuh seorang orang Islam pun kita akan dicampakkan ke neraka, bayangkan kita telah membunuh 1000 orang muslim. Betapa azabnya kita. Begitu mudah kita mencari dosa tersebut hanya dengan meninggalkan solat Zuhur yang mana jika dilakukan, 15 minit pun tak sampai.
AGAMA ITU NASIHAT
Diriwayatkan daripada Abu Ruqayyah Tamim bin Aus al-Dariy r.a., bahawa sesungguhnya Nabi SAW bersabda : Maksudnya : "Agama itu nasihat. Kami bertanya : 'Untuk siapa?' Baginda menjawab : 'Untuk Allah, Kitab-Nya, Rasulnya-Nya, para pemimpin kaum Muslimin, dan bagi manusia umumnya."
Kalimah "agama itu nasihat" bermaksud bahawa nasihat sebagai tiang dan penyokong agama. Menurut Imam Nawawi, nasihat itu wajib sekadar yang mampu dengan syarat seorang itu mengetahui bahawa nasihatnya akan diterima, suruhannya akan dipatuhi dan dirinya tidak terancam.
1) Nasihat untuk Allah
- Beriman semata-mata kepada-Nya
PENEMUAN MENGEJUTKAN DALAM MCNUGGET
Badan penyiasatan Forensic Makanan Natural News Amarika Syarikat telah melakukan uji kaji terhadap nugget MCD yang dibeli di Austin, Texas, Amarika Syarikat. Mereka menggunakan digital mikroskop berkuasa tinggi untuk memeriksa makana tersebut. Apa yang mengejutkan, mereka menemui benda-benda pelik di dalam nuget tersebut.
Mereka menemui satu helai seumpama bulu ataupun fiber bewarna hitam. Sedangkan ayam tidak mempunyai bulu seperti itu. Mereka juga menjumpai struktur bewarna hijau seperti alga. Saksikan.
Mereka menemui satu helai seumpama bulu ataupun fiber bewarna hitam. Sedangkan ayam tidak mempunyai bulu seperti itu. Mereka juga menjumpai struktur bewarna hijau seperti alga. Saksikan.
Rabu, 11 September 2013
FACTS THAT YOU NEED TO KNOW ABOUT DELIRIUM
Introduction
•Definition
: Disturbance of consciousness and a change in cognition that develop over a short time.
•It
is a syndrome, not a disease.
•Has
many causes.
•Classically,
delirium has a sudden
onset (hours or days), a brief fluctuating
course, and a rapid improvement when the causative
factors is identified and eliminated.
Epidemiology
•Prevalence
– 0.4% age >18, 1.1% age >55
•10-30%
of medically ill patients who are hospitalized.
•30%
of patients in surgical and cardiac ICU.
•30-40%
of patients with acquired immune deficiency syndrome who are hospitalize.
•80%
of terminally ill patients.
Risk Factor
HOTEL PALING PELIK DIBINA DI CHINA
Sekali lihat macam kapal angkasa alien pun ada. Inilah hotel berbentuk donat yang baru sahaja dilancarkan di China.
Pada bulan ini, Syarikat perhotelan terkemuka, Sheraton yang berpangkalan di Amarika Syarikat telah merasmikan hotel baru mereka yang mungkin merupakan hotel terpelik dibuka pada tahun ini. Hotel ini diberi nama Sheraton Huzhou Hot Spring Resort.
Hotel ini adalah idea seorang arkitek daripada Beijing yang bernama Ma Yansong. Ia dibina daripada lapisan tingkat yang berbentuk cincin dan terletak di tepi tasik Huzhou's Taihu.
TEMPAT TERCANTIK DI DUNIA
Assalamualaikum semua, harini saya ingin berkongsi 5 tempat yang tercantik di dunia. Bila lihat gembar tempat-tempat ni, memang rasa teringin sangat nak pegi.
1) Aogashima Volcano, Japan
1) Aogashima Volcano, Japan
Selasa, 10 September 2013
KHASIAT BUNGA KANTAN
Bunga Kantan
atau nama saintifiknya Phaeomeria Speciosa Koord
Pokok
kantan ialah pokok herba jenis tinggi yang boleh tumbuh membiak dan merimbun berkelompok.
Tinggi pokok boleh mencapai sederhana 4m atau 5m. Batangnya bulat.
Daunnya panjang sederhana besar dan berwarna kehijauan. Terdapat dua
jenis sulur yang akan keluar dari rizom atau ubi iaitu sulur yang akan
mengeluarkan bunga dan satu lagi akan mengeluarkan daun. Bunga kantan
bewarna merah jambu dan mempunyai aroma yang kuat tumbuh pada batang yang
berasingan daripada daunnya. Setiap batang hanya sekuntum bunga
dikeluarkan.
KHASIAT MELADA PAHIT
Melada Pahit
Nama Malaysia: Melada Pahit, Embalau padang, kusum, mempahit, lada pahit
Negara asal : Malaysia, Indonesia, Sri Lanka, India, Indo China, Southern China, Taiwan, Molluccas, New Guinea and Northwestern Australia
Khasiat perubatan (Medicinal value)
- Darah tinggi, (High blood pressure)
- Kencing manis, (Diabetes)
- Prostate (prostate problem)
- Ghout (Arthritis)
- Bisul (carbuncle)
- Ghout (Gout)
KHASIAT CILI API
Ia turut
dikenali sebagai CILI PADI dan CABAI BURUNG dengan nama saintifiknya Capsium
frutescens dari keluarga tumbuhan Solanaceae .Cili, cabai, atau lada
merupakan jenis sayuran yang amat popular di negara ini. Cili dipanggil paprika
atau pimiento di Hungary dan Sepanyol.. Di negara ini cili merupakan salah satu
bahan makanan yang banyak digunakan oleh masyarakat pelbagai kaum untuk kegunaan
harian dan perusahaan. Cili kaya dengan vitamin A, B, dan C kompleks, serta
komposisi vitamin lain seperti protein, karbohidrat, serta karotin.
Kepelbagaian cili
KHASIAT LIDAH BUAYA
Nama
Saintifik: Aloe Vera Linn
Keterangan:
Aloe
vera atau lidah buaya atau nama saintifiknya Aloe Vera Linn dikenali juga
dengan nama lily of the desert,plant of immortality dan tumbuhan berubat.
Nama
aloe berasal dari perkataan arab (alloeh) yang bermaksud pahit. Pada tahun 1500
sebelum masehi, orang-orang mesir telah mula menggunakan aloe vera untuk
mengubat kelecuran akibat terbakar, jangkitan kuman dan serangan parasit. Aloe
vera mudah ditemui di seluruh dunia dan pada semua iklim. Terdapat lebih dari
500 jenis aloe vera.
KHASIAT TERUNG PIPIT
Terung pipit ( Solanum Torvum)
Terung pipit juga
dikenali sebagai Terung Rembang, Terung Manggul, merupakan tumbuhan liar di
Malaysia dan di negara-negara tropika yang lain tetapi negara asalnya ialah
Antilles. Biasanya ia dimakan mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam.
Batangnya berkayu
liat, mempunyai dahan banyak dan berduri. Daunnya berpasangan dan mudah,
bergaris bentuk bujur dan terdapat juga duri pada urat daunnya. Bunganya
berjambak-jambak di hujung atau terminal ranting, berwarna putih.
Terung pipit
mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi banyak
fosforus, sedikit zat besi, vitamin A, B1, dan C. Selain itu akar terong pipit
juga boleh digunakan untuk mengubati retak kulit pada kaki, mencuci darah
dengan meminum air rebusannya, melegakan kesakitan, penawar racun ular dan
serangga serta menjadi ubat yang berkesan untuk meredakan sakit perut.
KHASIAT PEGAGA
PEGAGA – CENTELLA ASIATICA
Khasiat pegaga
1.Pembengkakan Hati
2. Demam, Campak
3. Sakit Tekak, Batuk Kering,
4. Asma, Brokitis, Pleuritis
5. Radang Mata Merah
6. Keputihan
7. Tekanan Darah Tinggi
8. Sakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir
9.Tidak Selera Makan, Sakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir
10. Keracunan Makanan
11. Batuk Darah, Muntah Darah
12. Busung, bisul
13. Infeksi Saluran Kencing (kencing kotor)
14. merangsang otak – kuat daya ingatan
1.Pembengkakan Hati
2. Demam, Campak
3. Sakit Tekak, Batuk Kering,
4. Asma, Brokitis, Pleuritis
5. Radang Mata Merah
6. Keputihan
7. Tekanan Darah Tinggi
8. Sakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir
9.Tidak Selera Makan, Sakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir
10. Keracunan Makanan
11. Batuk Darah, Muntah Darah
12. Busung, bisul
13. Infeksi Saluran Kencing (kencing kotor)
14. merangsang otak – kuat daya ingatan
KHASIAT SERAI WANGI
Nama tempatan :
Serai Wangi Nama saintifik Cymbopogon nardus /
Citronella
Khasiat :
- Daun serai
yang dibalut dengan besi atau batu panas digunakan untuk tuaman yang
bertungku pada kawasan urat saraf yang lemah, penyakit bisa otot-otot,
sendi, mengecutkan rahim yang bengkak, memecahkan lendir, darah dan angin.
- Campuran
pada rempah ratus dijadikan pes bagi merawat bengkak-bengkak sendi dan
otot.
- Air rebusan daun serai (lebih baik jika dicampurkan dengan daun sirih dan gandarusa) digunakan bagi mandian ibu dalam pantang selepas bersalin dan untuk penyakit lemah otot dan sendi
Ahad, 8 September 2013
CARA PENGIRAAN JUMLAH KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM BADAN
Assalamualaikum, inshaallah, harini saya ingin berkongsi cara untuk mengira jumlah kalori yang anda perlukan pada setiap hari.
LELAKI
66 + (13.7 x berat badan dlm kg) + (1.8 x tinggi dlm cm)-(4.7 x umur)
PEREMPUAN
655 + (9.6 x berat badan dalam kg) + (1.8 x tinggi dlm cm) - (4.7 x umur)
JANGAN ABAIKAN PENYAKIT DEPRESSION (KEMURUNGAN)
Assalamualaikum semua pengunjung blog kalam kasih. Semoga sihat-sihat hendaknya. Hari ini saya ingin berkongsi dengan pembaca tentang penyakit depression ataupun kemurungan. Adakah anda sedar selama ini depression adalah satu penyakit yang perlukan rawatan dengan segera.
Sidang pembaca sekalian, penyakit kemurungan ini boleh dikategorikan dalam kategori penyakit Mood ataupun dalam bahasa Inggerisnya 'Mood Disorder'. Ramai dikalangan kita yang tidak ambil pusing mengenai penyakit ini dan menggangap ia hanyalah perasaan yang membelenggu jiwa. Ramai juga pesakit yang beranggapan ia adalah sesuatu yang biasa dialami oleh semua orang, oleh itu mereka tidak pergi berjumpa doktor. Penyakit kemurungan ini jika dibiarkan ia akan menjadi lebih parah dan semakin sukar diubati.
Langgan:
Catatan (Atom)