Sabtu, 14 September 2013
PAHALA BERTERUSAN WALAUPUN KITA TELAH MATI
Assalamualaiku semua, saya ingin berkongsi amalan-amalan yang akan dapat memberikan kita pahala walaupun kita telah meninggal dunia. Ingatlah sahabat-sahabat, mati itu tidak mengenal usia, sediakanlah bekalan secukupnya supaya selamat kita di sana nanti, inshaallah..
- Pasang kipas di surau/masjid walaupun 1, setiap kali orang guna, anda dapat pahala walaupun selepas mati
- Derma kerusi roda di hospital. Setiap kali pesakit guna, anda akan dapat pahala.
- Beri baju kepada orang, setiap kali orang pakai, anda dapat pahala.
- Beri makanan kepada orang, anda dapat pahala selagi makanan itu menjadi darah dagingnya.
- Menyampaikan ilmu yang bermanfaat, selagi mereka mengamalkan, pahala anda tetap ada.
- Kongsi mesej ini kepada orang ramai, walaupun 1 tolong kongsikan kepada orang, anda akan dapat pahala sebab anda telah berdakwah untuk sampaikan ilmu....
Jumaat, 13 September 2013
RAHSIA DI SEBALIK AMALAN ISTIGFAR
Terdapat beberapa amal yang mudah, dan ringan untuk dilakukan tapi ganjaran sangat besar. Terkadang seorang Muslim atau Muslimah boleh mendapat ganjaran pahala sebanyal 1.5 bil. dalam masa 2 saat saja. Tahukan anda apa ibadah itu?
Sebutlah, “Astaghfirullah lil mukminin wal mukminat”. - Habib Kadzim As-Saqqaf -
Dalam hadis, Nabi SAW bersabda, “Barangsiapa yang beristighfar untuk kaum mukminin dan mukminat, akan diberikan ganjaran sejumlah banyaknya kaum mukminin dan mukminat pada zaman itu”. Sekarang, terdapat 1.5 bil orang Islam di dunia, jadi dengan menyebut zikir di atas, kita boleh mendapat ganjaran yang sebanyak itu juga. Bila mana seseorang melazimkan istighfar sebegini, khususnya sebanyak 27 kali setiap hari, setelah beberapa lama akan nampak keberkesanannya iaitu akan nampak kasih sayang yang ditunjukkan oleh ALLAH SWT kepada anda, sehingga anda akan tergolong dalam golongan orang-orang yang doanya dimakbulkan oleh ALLAH SWT. Jika dilazimkan lebih daripada sekali sehari – iaitu pagi dan petang – maka, akan semakin tinggi darjat seseorang di sisi ALLAH, untuk dikasihi dan disayangi oleh ALLAH.
PELAJAR BERSALIN DALAM BILIK ASRAMA
SETIU - Guru dan pelajar sebuah sekolah menengah di daerah ini gempar
apabila seorang pelajar dipercayai bersalin di dalam bilik asrama
sekolah berkenaan, pagi kelmarin.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, kehadiran bayi lelaki itu disedari penyelia asrama kira-kira jam 8 pagi di dalam sebuah bilik asrama perempuan sekolah berkenaan.
Menurutnya, ketika melakukan pemeriksaan di dalam sebuah bilik, penyelia itu terkejut apabila mendapati seorang pelajar perempuan berusia 18 tahun terbaring lesu bersama bayi yang masih bertali pusat.
“Penyelia itu segera memaklumkan kejadian berkenaan kepada pengurusan sekolah, sebelum kedua-duanya dihantar ke Hospital Setiu untuk mendapatkan rawatan.
“Ketika ditemui, bayi lelaki dalam keadaan sempurna itu masih bernyawa, tetapi mengalami kecacatan otak dan keadaannya ketika itu agak lemah sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu dan tiba di HSNZ kira-kira jam 1.15 petang untuk rawatan lanjut,” katanya.
Ab Rahman berkata lagi, bagaimanapun bayi malang itu disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1.40 petang kerana kecacatan tersebut.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati tiada unsur jenayah atau kecederaan akibat dera pada bayi itu sebelum mayatnya diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.
Katanya, ibu bayi itu masih dirawat di Hospital Setiu dan pihaknya akan mengambil keterangannya sebaik pulih bagi membantu siasatan.
"Ibu bapa pelajar terbabit sudah dimaklumkan mengenai kejadian ini. Buat masa ini, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat secara sulit,” katanya.
Difahamkan, pelajar terbabit amat sedih dengan berita kematian anaknya selepas polis memaklumkan bayinya tidak dapat diselamatkan dan dia mengandung dipercayai hasil hubungan sulit dengan teman lelakinya.
-SUMBER- Sinar Harian
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, kehadiran bayi lelaki itu disedari penyelia asrama kira-kira jam 8 pagi di dalam sebuah bilik asrama perempuan sekolah berkenaan.
Menurutnya, ketika melakukan pemeriksaan di dalam sebuah bilik, penyelia itu terkejut apabila mendapati seorang pelajar perempuan berusia 18 tahun terbaring lesu bersama bayi yang masih bertali pusat.
“Penyelia itu segera memaklumkan kejadian berkenaan kepada pengurusan sekolah, sebelum kedua-duanya dihantar ke Hospital Setiu untuk mendapatkan rawatan.
“Ketika ditemui, bayi lelaki dalam keadaan sempurna itu masih bernyawa, tetapi mengalami kecacatan otak dan keadaannya ketika itu agak lemah sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu dan tiba di HSNZ kira-kira jam 1.15 petang untuk rawatan lanjut,” katanya.
![]() |
| Ab Rahman Raja Mohamed |
Ab Rahman berkata lagi, bagaimanapun bayi malang itu disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1.40 petang kerana kecacatan tersebut.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati tiada unsur jenayah atau kecederaan akibat dera pada bayi itu sebelum mayatnya diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.
Katanya, ibu bayi itu masih dirawat di Hospital Setiu dan pihaknya akan mengambil keterangannya sebaik pulih bagi membantu siasatan.
"Ibu bapa pelajar terbabit sudah dimaklumkan mengenai kejadian ini. Buat masa ini, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat secara sulit,” katanya.
Difahamkan, pelajar terbabit amat sedih dengan berita kematian anaknya selepas polis memaklumkan bayinya tidak dapat diselamatkan dan dia mengandung dipercayai hasil hubungan sulit dengan teman lelakinya.
-SUMBER- Sinar Harian
BALASAN MENINGGALKAN SOLAT FARDHU
Assalamualaikum sahabat semua, pada hari Jumaat yang mulia ini, saya ingin berkongsi dengan sahabat2 tentang azab dan balasan jika meninggalkan solat fardhu. Sedarkah kita tentang azab2 ini? Saya lihat ramai yang lalai dan dengan sengaja meninggalkannya. Mari kita renung dan kira kembali, berapa kalikah kita telah meninggalkan solat? Adakah sangat banyak hingga tidak terkira? nauzubillah.... mari kita baca dan tanamkan dalam kepala, tentang betapa beratnya azab meninggalkan solat..
Bahana Meninggalkan Solat Fardu Lima Waktu
Subuh – Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun. Sahabat sekalian, 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia. Jika 1 tahun di dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia. MasyaAllah. 7 keturunan kita pun belum lepas 1 tahun jika kita hidup di akhirat.
Zuhur – Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim. Sedangkan membunuh seorang orang Islam pun kita akan dicampakkan ke neraka, bayangkan kita telah membunuh 1000 orang muslim. Betapa azabnya kita. Begitu mudah kita mencari dosa tersebut hanya dengan meninggalkan solat Zuhur yang mana jika dilakukan, 15 minit pun tak sampai.
AGAMA ITU NASIHAT
Diriwayatkan daripada Abu Ruqayyah Tamim bin Aus al-Dariy r.a., bahawa sesungguhnya Nabi SAW bersabda : Maksudnya : "Agama itu nasihat. Kami bertanya : 'Untuk siapa?' Baginda menjawab : 'Untuk Allah, Kitab-Nya, Rasulnya-Nya, para pemimpin kaum Muslimin, dan bagi manusia umumnya."
Kalimah "agama itu nasihat" bermaksud bahawa nasihat sebagai tiang dan penyokong agama. Menurut Imam Nawawi, nasihat itu wajib sekadar yang mampu dengan syarat seorang itu mengetahui bahawa nasihatnya akan diterima, suruhannya akan dipatuhi dan dirinya tidak terancam.
1) Nasihat untuk Allah
- Beriman semata-mata kepada-Nya
PENEMUAN MENGEJUTKAN DALAM MCNUGGET
Badan penyiasatan Forensic Makanan Natural News Amarika Syarikat telah melakukan uji kaji terhadap nugget MCD yang dibeli di Austin, Texas, Amarika Syarikat. Mereka menggunakan digital mikroskop berkuasa tinggi untuk memeriksa makana tersebut. Apa yang mengejutkan, mereka menemui benda-benda pelik di dalam nuget tersebut.
Mereka menemui satu helai seumpama bulu ataupun fiber bewarna hitam. Sedangkan ayam tidak mempunyai bulu seperti itu. Mereka juga menjumpai struktur bewarna hijau seperti alga. Saksikan.
Mereka menemui satu helai seumpama bulu ataupun fiber bewarna hitam. Sedangkan ayam tidak mempunyai bulu seperti itu. Mereka juga menjumpai struktur bewarna hijau seperti alga. Saksikan.
Rabu, 11 September 2013
FACTS THAT YOU NEED TO KNOW ABOUT DELIRIUM
Introduction
•Definition
: Disturbance of consciousness and a change in cognition that develop over a short time.
•It
is a syndrome, not a disease.
•Has
many causes.
•Classically,
delirium has a sudden
onset (hours or days), a brief fluctuating
course, and a rapid improvement when the causative
factors is identified and eliminated.
Epidemiology
•Prevalence
– 0.4% age >18, 1.1% age >55
•10-30%
of medically ill patients who are hospitalized.
•30%
of patients in surgical and cardiac ICU.
•30-40%
of patients with acquired immune deficiency syndrome who are hospitalize.
•80%
of terminally ill patients.
Risk Factor
HOTEL PALING PELIK DIBINA DI CHINA
Sekali lihat macam kapal angkasa alien pun ada. Inilah hotel berbentuk donat yang baru sahaja dilancarkan di China.
Pada bulan ini, Syarikat perhotelan terkemuka, Sheraton yang berpangkalan di Amarika Syarikat telah merasmikan hotel baru mereka yang mungkin merupakan hotel terpelik dibuka pada tahun ini. Hotel ini diberi nama Sheraton Huzhou Hot Spring Resort.
Hotel ini adalah idea seorang arkitek daripada Beijing yang bernama Ma Yansong. Ia dibina daripada lapisan tingkat yang berbentuk cincin dan terletak di tepi tasik Huzhou's Taihu.
TEMPAT TERCANTIK DI DUNIA
Assalamualaikum semua, harini saya ingin berkongsi 5 tempat yang tercantik di dunia. Bila lihat gembar tempat-tempat ni, memang rasa teringin sangat nak pegi.
1) Aogashima Volcano, Japan
1) Aogashima Volcano, Japan
Selasa, 10 September 2013
KHASIAT BUNGA KANTAN
Bunga Kantan
atau nama saintifiknya Phaeomeria Speciosa Koord
Pokok
kantan ialah pokok herba jenis tinggi yang boleh tumbuh membiak dan merimbun berkelompok.
Tinggi pokok boleh mencapai sederhana 4m atau 5m. Batangnya bulat.
Daunnya panjang sederhana besar dan berwarna kehijauan. Terdapat dua
jenis sulur yang akan keluar dari rizom atau ubi iaitu sulur yang akan
mengeluarkan bunga dan satu lagi akan mengeluarkan daun. Bunga kantan
bewarna merah jambu dan mempunyai aroma yang kuat tumbuh pada batang yang
berasingan daripada daunnya. Setiap batang hanya sekuntum bunga
dikeluarkan.
KHASIAT MELADA PAHIT
Melada Pahit
Nama Malaysia: Melada Pahit, Embalau padang, kusum, mempahit, lada pahit
Negara asal : Malaysia, Indonesia, Sri Lanka, India, Indo China, Southern China, Taiwan, Molluccas, New Guinea and Northwestern Australia
Khasiat perubatan (Medicinal value)
- Darah tinggi, (High blood pressure)
- Kencing manis, (Diabetes)
- Prostate (prostate problem)
- Ghout (Arthritis)
- Bisul (carbuncle)
- Ghout (Gout)
KHASIAT CILI API
Ia turut
dikenali sebagai CILI PADI dan CABAI BURUNG dengan nama saintifiknya Capsium
frutescens dari keluarga tumbuhan Solanaceae .Cili, cabai, atau lada
merupakan jenis sayuran yang amat popular di negara ini. Cili dipanggil paprika
atau pimiento di Hungary dan Sepanyol.. Di negara ini cili merupakan salah satu
bahan makanan yang banyak digunakan oleh masyarakat pelbagai kaum untuk kegunaan
harian dan perusahaan. Cili kaya dengan vitamin A, B, dan C kompleks, serta
komposisi vitamin lain seperti protein, karbohidrat, serta karotin.
Kepelbagaian cili
KHASIAT LIDAH BUAYA
Nama
Saintifik: Aloe Vera Linn
Keterangan:
Aloe
vera atau lidah buaya atau nama saintifiknya Aloe Vera Linn dikenali juga
dengan nama lily of the desert,plant of immortality dan tumbuhan berubat.
Nama
aloe berasal dari perkataan arab (alloeh) yang bermaksud pahit. Pada tahun 1500
sebelum masehi, orang-orang mesir telah mula menggunakan aloe vera untuk
mengubat kelecuran akibat terbakar, jangkitan kuman dan serangan parasit. Aloe
vera mudah ditemui di seluruh dunia dan pada semua iklim. Terdapat lebih dari
500 jenis aloe vera.
KHASIAT TERUNG PIPIT
Terung pipit ( Solanum Torvum)
Terung pipit juga
dikenali sebagai Terung Rembang, Terung Manggul, merupakan tumbuhan liar di
Malaysia dan di negara-negara tropika yang lain tetapi negara asalnya ialah
Antilles. Biasanya ia dimakan mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam.
Batangnya berkayu
liat, mempunyai dahan banyak dan berduri. Daunnya berpasangan dan mudah,
bergaris bentuk bujur dan terdapat juga duri pada urat daunnya. Bunganya
berjambak-jambak di hujung atau terminal ranting, berwarna putih.
Terung pipit
mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi banyak
fosforus, sedikit zat besi, vitamin A, B1, dan C. Selain itu akar terong pipit
juga boleh digunakan untuk mengubati retak kulit pada kaki, mencuci darah
dengan meminum air rebusannya, melegakan kesakitan, penawar racun ular dan
serangga serta menjadi ubat yang berkesan untuk meredakan sakit perut.
Langgan:
Catatan (Atom)












