Sabtu, 16 Februari 2013

KERUSI MALAS

        

       

kerusi malas macam baju juga ikut fesyen . Saya rasa setiap rumah di Malaysia
sekurang-kurangnya ada sebuah kerusi malas. Tempat rehat setelah penat bekerja. Kalau
tak silap sekarang ni fesyen spt di atas yang kain bercorak dan berwarna warni . Beli yang
baru yang lama lipat masuk stor atau letak di bawah pokok kat halaman rumah. Yang dah
karat tak boleh  guna jual kat pembeli besi buruk dapat juga RM 2.00.




Rabu, 13 Februari 2013

KHASIAT PETAI BELALANG

 
KHASIAT PERUBATAN PETAI

Biji Petai
Khasiatnya ialah apabila dimakan dapat merawat masalah hati (liver), busung, bengkak buah pinggang, kencing manis (diabetes). Juga dapat membunuh cacing dalam perut serta usus, lalu keluar bersama najis.

Daun
Daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Caranya ialah dengan merebus daun petai, kemudian airnya dibuat minum.

Akar (kulit akar)
Ini khusus untuk rawatan kencing manis (diabetes), juga direbus kemudian airnya diminum. Amalkan selalu.

Khasiat Petai Belalang
Petai belalang kecil buahnya dan boleh di dapati di kawasan kampung.
Khusus bagi mereka yang nak merawat masalah buah pinggang, caranya ialah dengan mengeringkan sejumlah petai belalang. Setelah itu masukkanlah petai-petai yang telah dijemur kering itu ke dalam air panas. Minumlah ia setelah membiarkan seketika. Sangat mujarab. Bagi sesiapa yang ada masalah buah pinggang tu, bolehlah cuba. Setelah beberapa kali meminumnya, boleh jumpa doktor untuk diperiksa. Insya-Allah ada perubahan.

Kajian berkenanaan dengan Khasiat Petai

Kajian 1:
Strok. Berdasarkan penelitian yang diperolehi daripada The New England Journal of Medicine mendapati amalan memakan petai setiap hari berupaya menurunkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40 peratus.

Merokok. Petai dikatakan berupaya membantu individu yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, kalium dan magnesium yang terdapat di dalam petai dikatakan berupaya membantu tubuh sembuh cepat daripada ketagihan nikotin.

1. Anemia. Dengan kandungan zat besi yang tinggi, petai berupaya menstimulasi pembentukan sel darah merah sekali gus mengurangkan derita pesakit anemia.
2. Sembelit.Petai memiliki kandungan sera yang tinggi. la membantu memudahkan proses pencernaan sekali gus mengelakkan masalah sembelit.
3. Kegemukan.Hasil kajian yang dilakukan oleh Institut Psikologi Austria, mendapati tekanan yang dialami akibat kerja menyebabkan ramai yang memilih coklat untuk mengurangkan tekanan. Begitu pun, makanan tersebut sebenarnya membuatkan anda berhadapan dengan masalah kegemukan. Amalan memakanan petai berupaya mengatasi
masalah kegemukan.
4. Depresi. Petai dipercayai dapat mengurangkan depresi. Ini kerana ia mengandungi Trytophan yang berupaya merubah mood seseorang menjadi lebih relaks dan tidak tertekan.


Selasa, 12 Februari 2013

KHASIAT MAS COTEK

 
Emas Cotek merupakan pusaka asli wanita dalam warisan perubatan Melayu. Ia diamalkan bagi mengecutkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim serta mengembalikan rahim pada kedudukan asal serta mengukuhkannya. Disamping itu, dipercayai rebusan daun Emas Cotek juga mampu memecah lemak serta membuang kolestrol berlebihan dalam saluran darah dan menghindari pengamal dari sakit kepala (migraine) ,angin ahmar, juga berkesan untuk menyembuh dan membetulkan kerosakan urat saraf .

Secara kesimpulan khasiat mas cotek adalah
membetulkan kerosakkan urat saraf
-mengetatkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim bg wanita selepas bersalin
-meningkatkan keinginan hubungan suami isteri
-membantu mengawal tekanan darah tinggi
-merawat penyakit paru-paru berair
-mampu merawat migrain, resdung, diabetes, gout, batu karang, tekanan darah tinggi/rendah
-kandungan flavonoid yang tinggi untuk mengekalkan keayuan dan awet muda
-mengurangkan tahap kolestrol dalam darah
-mengurangkan keletihan dan kelesuan badan
-membantu masalah keputihan
-melancarkan peredaran haid


CARA MENYEDIAKAN AIR REBUSAN MAS COTEK


SEHELAI DAUN  +  3 GELAS AIR   = REBUS SEHINGGA JADI SEGELAS AIR


-jika nak rebus banyak helai gandakan air 3 gelas setiap helai , boleh campur buah, dahan, kulit ,
  paling baik campur daun betina dan daun jantan.  Boleh simpan air rebusan dalam peti ais. Sangat
  sedap diminum sejuk.









Ahad, 3 Februari 2013

KHASIAT KACANG TANAH




Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E dan kalsium, vitamin B kompleks dan Fosforus.

Kacang tanah sering disalah anggap sebagai penyebab tumbuhnya jerawat, malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya.

Ia juga mengandungi amino asid yang tinggi. Minyak dari kacang tanah adalah sumber terbaik pencuci perut. Bagi menambah kandungan susu badan bagi ibu yang menyusukan bayinya, digalak mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing.

Kacang tanah juga dikatakan mengandungi bahan yang dapat membina ketahanan tubuh bagi menentang penyakit batuk kering. Mengambil satu auns kacang tanah lima kali seminggu dilaporkan dapat mencegah penyakit jantung. Memakan segenggam kacang tanah setiap hari terutama pesakit kencing manis dapat membantu kekurangan zat.

Jumaat, 1 Februari 2013

KHASIAT RUMPAI LAUT

  

RUMPAI LAUT SABAH

 Khasiat dari Pure Marine Collagen



  1. Melaraskan BERAT BADAN dan HORMON, peningkatan PAYUDARA
  2. Anti-bakteria, membuang TOKSIN
  3. Menghilangkan SEMBELIT
  4. Mengurangkan tekanan darah tinggi dan hypotension
  5. MENCANTIKKAN KULIT, MELICIN dan MENEGANGKAN kulit serta PAYUDARA (anti penuaan)
  6. Memulihara sel-sel kulit mati (JERAWAT)
  7. Menormalkan fungsi kelenjar tiroid
  8. Memperbaiki masalah KULIT dan RAMBUT, mengurangkan KEDUTAN, TEMPAT HITAM, SELULIT DAN JERAWAT
  9. Membantu meningkatkan METABOLISME
  10. Menguatkan saluran darah, merawat penyakit sendi, kecacatan kolagen, darah badan
  11. SLIM UP abdomen dan PUNGGUNG anda, melembutkan kulit dan mengurangkan sakit pinggang
  12. Mencegah ANEMIA
  13. Menguatkan tulang,  ligamen serta meredakan sakit belakang .

KHASIAT CUKA KURMA

       CUKA TAMAR                                  


Ibnu Qaiyyim dalam kitab beliau Al-Tib Al-Nabawi menyatakan cuka kurma bermanfaat untuk mengatasi

1) masalah gastrik di perut,

2) masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu),

3) mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat yang pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian.

4) Cuka kurma dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid).

5)Cuka kurma bermanfaat mengatasi masalah limpa,

6) membersihkan usus (membuang toksik di perut),

7) menguatkan sistem perut (masalah buasir),

8) menghilangkan masalah dahaga (panas badan),

9) mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia (seperti kanser, bisul dan sebagainya),

10) membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun).

Jumaat, 18 Januari 2013

KELEBIHAN MANDI AIR PANAS

  1. Boleh melegakan stres.
  2. tubuh lebih bersih .
  3.  Tidur lebih lena.
  4. Memperbaiki kesihatan jantung
  5. Mengatasi masalah jangkitan penyakit kulit.
  6. membuka liang roma pada kulit .
  7. Membantu penyembuhan penyakit selsema , sakit kepala dan kaki.
  8. Boleh menyembuhkan sakit otot dan usus besar .
  9. Boleh menurunkan 13 peratus kadar  gula dalam darah .
  10. membuka pori-pori.
  11. Melancarkan peredaran darah.
  12. Mampu mengeluar racun atau toksin dalam badan.                                                     

Khamis, 17 Januari 2013

LUKISAN POTRET

 
USTAZ AZHAR SATU FENOMENA 
  
ADA YANG MENGATAKAN MONA LISA SEORANG JEJAKA ???? 

 
PERGINYA IA SEORANG MUSLIM.....
  
ADALAH GAYA SIKIT-SIKIT 

 
LUKISAN BUNG KARNO DIANGGAP GANJIL KERANA
KELIHATAN SEOLAH-OLAH JANTUNGNYA SEDANG BERDEGUP .
 
 

LUKISAN KARTUN YANG ADA WAWASAN


pelukis kartun yang ana minati

 




TAK DA BEZA PAKAIAN ZAMAN BATU DAN ZAMAN MODERN.......
LU FIKIRLAH SENDIRI......

Selasa, 8 Januari 2013

KHASIAT KACANG BENDI

 

KHASIAT KACANG BENDI

  • Melawaskan pembuangan air kecil
  • Boleh meredakan bengkak dan radang
  • Meringankan masalah susah bersalin (dijadikan selusuh)
  • Mengubati penyakit gonorea
  • Mengubati sifilis
  • Apabila dicampur dengan gula, boleh dijadikan sebagai sirap ubat batuk dan ubat sakit kerongkong.
  • Untuk mengubati bisul dan kudis, boleh gunakan air rebusan itu untuk menyapu pada tempat yang berkenaan.
kacang bendi boleh dibuat ulam iaitu dengan mencelurnya terlebih dahulu dan bolehlah
cecah dengan sambal belacan. boleh juga sebagai rampai dalam kari ikan , asam pedas ikan dan
ikan pindang. Pelbagai cara memasak sayur bendi seperti tumis kering bersama telur , masak sayur
rebus, bendi masak kicap , bendi masak sambal dan bendi masak cili api .

PEMANDANGAN INDAH GUNUNG GANANG

 

KEINDAHAN SUNGAI


  

Ahad, 6 Januari 2013

KEINDAHAN PANTAI