KATA-KATA HIKMAH DARIPADA PROF DR HAMKA
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat
melembutkan hati dan manusia yang keras. (Hamka).Bertambah kuat
kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan
hidup, dan bertambah baik tingkah laku dan akal budinya. (Hamka).
Pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa
hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang
dapat kita kutip manfaatnya. (Hamka).
Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk
kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir.
Dengan jalan menambah kecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan
berfikir. (Hamka).
Di dalam medan hidup,ada beberapa undang-undang yang
harus dijaga dan diperhatikan. Ada yang berhubungan dengan kesihatan
tubuh,dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan
budi. (Hamka).
Kata Hukama,” Hendaklah adab sopan anak-anak itu
dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan
mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar
ditinggalkan”. (Hamka).
Mengikut adab kesopanan, tetamu yang tidak
menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui, bukanlah
orang yang patut dihormati. (Hamka)
Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain, walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu. (Hamka).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan