Jumaat, 31 Ogos 2012

Segmen : Bloglist September 2012 by EYFAalias


KOPI TAHI MUSANG



                                                                   KOPI LUWAK


 Anda pernah rasa ? buat masa ni rasanya saya tak sanggup nak minum, almaklumlah sejarah
 penghasilannya agak  susah tekak ni nak terima. Bagi yang gemar meminumnya tentu tak lupa akan keenakanya .Kopi Luwak susah nak dapat.Hargannya pun mahal .


CILI SOS ATAU SOS CILI

 
 INI  CILI SOS ATAU  SOS CILI ?  GAMBAR DI ATAS NI ADALAH

     SOS CILI  ,  CILI ADALAH NAMA LADA IAITU CILI PADI , CILI
     MERAH, CILI HIJAU  .


GORENG PISANG ATAU PISANG GORENG

 
INI PISANG GORENG BUKAN GORENG PISANG.
GORENG PISANG ADALAH PERBUATAN SEDANG
MENGORENG PISANG .PISANG GORENG ADALAH NAMA BENDA DI ATAS.


 

CACING DALAM PERUT BUDAK


Cacing gelang ini dikeluarkan daripada perut seorang budak.. Punyalah banyak cacing dalam perut dia sampai penuh satu mangkuk ni. Nampak ngeri jugak. Tapi cacing ni bila dah banyak nampak macam spegeti pon ada..Budak ni tidak dapat membuang air besar keranan ususnya tersumbat.




Adik-adik semua, sebelum makan tu cucilah tangan tu dulu sebab telur cacing ni boleh berada di mana-mana saja hatta pada duit kertas seringgit.. Beringat sebelum kena..


MAK NYAH SEMAKIN BERANI


Gambar ini diambil daripada seorang rakan di facebook.. nampaknya maknyah di Malaysia semakin berani..
Inilah yang dikatakan Kemerdekaan yang disalah erti. Mahkamah sivil lawan mahkamah syariah.

Mereka menantang atas dasar hak asasi manusia dan hak kebebasan iaitu kebebasan memilih di bawah perlembagaan Malaysia.

"My body my right"..adakah body mereka itu hak mutlak mereka? Sungguh berani mereka ini... Mereka x sedarkah, yang ia adalah pinjaman dari Allah semata-mata dan Allah melaknat orang yang menukar apa yang telah ditetapka oleh Nya..

Antara kecelaruan dan kekeliruan

Mereka ini tidak boleh dicaci dan dihina...Mereka adalah saudara seakidah kita yang perlu dibantu untuk membawa mereka kembali ke jalan yang benar.. Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka.. Aminn

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI MALAYSIA

 
                                                TAMAN NEGARA PAHANG

                                                 GUNUNG SENYUM PAHANG

                                               PULAU SIBU , MERSING JOHOR

                                  TASIK DAYANG BUNTING, LENGKAWI
                                          GUNUNG MAT CHINCANG, LANGKAWI
                                                  TASIK CINI PAHANG
                                                                 TASIK KENYIR
                                                LATA MERAUNG, PAHANG

                                                 PANTAI AIR PAPAN MERSING
                                                 AIR TERJUN KOTA TINGGI

























                                                       LATA ISKANDAR


JASA MU TETAP DIKENANG



Mat Kilau  merupakan seorang pahlawan Melayu yang berjuang menentang penjajah . Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu atau Tok Gajah.Ibu beliau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau. Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut Pahang. Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai "Dikir Pahang". Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras.
Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, dari Kampung Kedondong. Imam Daud adalah seorang guru agama yang disegani di daerah Pulau Tawar, Jerantut, Pahang dan juga merupakan guru mengaji kepada Mat Kilau dan rakan-rakanya. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak. Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang. Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Montok (Hj.Uthman bin Senik) yang merupakan mufti Pahang ketika itu.
Mat Kilau juga dikatakan pergi bertapa di Gua Kota Gelanggi.yang terletak tidak jauh dari Pulau Tawar untuk mendalami ilmu yang dituntutnya. Gua tersebut masih ada hingga kini. Menurut beberapa pendapat orang-orang lama, gua ini boleh menghubungkan Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Merdeka itu satu penipuan ??

                                                               Hanya sekadar Slogan....


Hari ini kita menyambut hari kemerdekaan negara kita yang ke 55. Oleh itu Kalam terpanggil untuk berkongsi serba sedikit tentang erti sebenar kemerdekaan. Adakah kita telah merdeka sepenuhnya? Ataupun semuanya hanya slogan dan penipuan? Bagi kalam, penjajah tu cukup licik. bukan sekejap mereka dah jajah negara kita ni... sangat lama tau. Sejak dari tahun 1511 hingga tahun 1957 sudah hampir 446 tahun kita telah dijajah. Jika nak dibandingkan dengan tempon kemerdekaan yang hanya 55 tahun.Kita hanya baru setahun jagung berbanding mereka. Jika fikir secara logik, mana ada orang yang sanggup beri tanah jajahan yang mereka jajah dengan susah payah (ramai askar mereka terkorban) dengan percuma sahaja.... Mereka sebenarnya masih meninggalkan kesan-kesan penjajahan mereka di negara kita ini tanpa kita sedari.Pada dasarnya mereka hanya melepaskan jajahan mereka pada aspek pemerintahan, tetapi masih menjajah pada aspek-aspek yang lain.

Bentuk penjajahan
Penjajahan Minda
Minda yang rosak akibat pemisahan daripada agama. Mereka mengangap, agama akan membawa kepada kemunduran dan menghalang kepada kemajuan. Kita dapat lihat pada masyarakat kita yang memandang sepi kepada pembelajaran agama sehingga menggangap kalau belajar agama tiada masa depan.Budaya barat inilah yang diterapkan di mana-mana negara yang dijajah.Sedikit demi sedikit agama akan terhakis dari masyarakat.Minda yang sakit, menjadi punca kepada masalah sosial di negara kita.Minda yang menganggap, cara hidup barat adalah maju berbanding cara hidup yang diamalkan masyarakat Melayu yang penuh dengan nilai-nilai yang murni.Kita perlu bijak menapis perkara-perkara yang negatif dan mengambil yang postif. Barulah rakyat kita boleh menjadi rakyat yang berminda Kelas Pertama.

Penjajahan Budaya
Tidak dinafikan, Malaysia merupakan negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan budaya. Budaya yang berasal dari tanah air ini merupakan budaya yang baik. Budaya yang mementingkan adab dan tatasusila. Tetapi, penjajahan budaya barat sangat menyesatkan seperti budaya black metal, hedonisma dan sebagainya.

Penjajahan Pendidikan
Pendidikan di negara ini pada hemat Kalam perlu ditambah baik. Janganlah kita tinggalkan ilmu-ilmu fardhu ain dengan mementingkan yang fardhu kifayah semata-mara. Pelajaran sejarah pula tidak bolehla digunakan untuk memehak kepada sesuatu kumpulan,dan yang lebih teruk memihak kepada barat. Sebagai contoh menggangap penentang-penentang kepada British adalah pengkhianat. Jangan jadikan sejarah sebagai alat untuk terus berkuasa dan menjaga kepentingan peribadi. Sebaliknya harusla dilihat secara adil dan menyeluruh.

Sistem Pentadbiran
Dengan runtuhnya enpayar Islam yang terakhir di Turki, maka tamatlah sistem pemerintahan Khalifah yang diwarisi sejak zaman Rasulullah. Sistem pecah perintah yang memecahkan semua negara Islam telah melemahkan umat Islam di dunia ini. Mereka memperkenalkan sistem demokrasi. Sistem yang pada hemat Kalam banyak keburukannya.Mereka memperkenalkan undang-undang yang berpaksi kepada nasihat British dan dengan acuan pihak British. Bagaimanakan sistem pentadbiran Islam dapat dilaksanakan jika acuannya berbeza? bagi Kalam, ia tidak mungkin terjadi, air dengam minyak tidak akan bercampur.

Jika semua permasaalahan ini tidak diperbaiki dan diperbetul, sampai bila-bilalah kita akan terus dijajah Mungkin sampai beratus atau beribu tahun lagi. Hanya kepatuhan dan perhambaan kita pada Allah sajalah merupakan kemerdekaan yang sebenar. Kemerdekaan daripada perhambaan selain daripada Allah.

Salah Erti
Kemerdekaan yang disalah erti adalah seseorang itu berasa bebas untuk melakukan apa sahaja yang dia inginkan dan tidak mahu terikat dengan mana-mana undang dan hukum hakam agama.Baginya,semua perkara bisa dilakukan termasuklah perkara-perkara janayah seperti rompakan,pecah rumah, rogol dan sebagainya.


Inilah dia rempit merdeka..




TIP UNTUK MENGINGAT ISI PELAJARAN




  1.  FAHAM - apa yang dipelajari, tak faham rajin-rajin bertanya guru
  2. TULIS DAN TANDA  - jangan lupa tanda tempat/bahagian yang tak faham perkataan
  3. MENGULANG - selalu mengulang perkara yang telah dipelajari
  4. BELAJAR DARI SUMBER YANG LAIN-  cipta cara ringkas nak ingat fakta
  5. BELAJAR  SECARA KESELURUHAN
  6. SENTIASA MENGULANG KAJI
  7. MEMBUAT ANALISA - markah yang didapati drpa setiap ujian
  8. BINA SENDIRI -aplikasi, ilustrasi
  9. MERINGKASKAN NOTA -  peta minda
  10. GRAFIK  YANG MENARIK - guna warna terang
  11. MENYEDIAKAN  SENARAI SEMAK -  buat catatan tajuk-tajuk yang belum dikuasai
  12. MERUJUK  BUKU-BUKU LAIN - banyak buku banyak ilmu
  13. LATIH-TUBI- soalan lepas
  14. MOTIVASI DIRI
  15. SENTIASA BERDOA KEPADA ALLAH
SEMUGA BEROLEH KEJAYAAN  DIDOAKAN

TIP MENGHADAPI PEPERIKSAAN




A- SEBELUM  MENJELANG PEPERIKSAAN
  1. yakin boleh menjawab
  2. usaha sungguh-sungguh untuk berjaya
  3. usaha berterusana jangan jemu
  4. elak menonton TV
  5. pemakanan sihat  supaya sentiasa sihat dan bertenaga
  6. beriadah supaya keluar peluh
  7. jangan lupa berdoa kepada Allah

B-HANYA BEBERAPA HARI LAGI NAK PERIKSA
  1. yakin diri , saya boleh jawab
  2. terus berusaha tambah ilmu
  3. membuat senarai semak tajuk yang belum dikuasai lagi
  4. jadual mengulangkaji mengikut mata pelajaran yang diambil dalam periksa
  5. kekawan yang malas jangan campur
  6. latihtubi soalan lepas
  7. pemakanan dan riadah
  8. sembahyang hajat
  9. doa kepada Allah
C- DI MALAM MENJELANG PEPERIKSAAN

  1. mesti cukup tidur
  2. jangan nonton TV
  3. lihat nota  sepintas laluan
  4. lihat soalan tahun lepas
  5. makan secara sederhana
  6. minum susu panas
  7. sentiasa  yakin dan tenang
  8. sembahyang hajat
  9. pastikan alat tulis dan keperluan untuk esok ada dalam beg
  10. kunci jam supaya boleh bangun awal

 D- HARI PEPERIKSAAN

  1. bangun awal supaya tidak tergopoh gapah
  2. lihat nota kasar
  3. minuman manis serta sarapan UNTUK TENAGA supaya tak mengantuk
  4. pakaian kemas dan selesa
  5. semak barang yang akan dibawa
  6. semak jadual peperiksaan
  7. tenangkan fikiran, tiba awal di dewan, lihat nota kasar
  8. elak bincang dengan kawan supaya hati kita sentiasa tenang
  9. masuk dan duduk dengan tenang
  10. baca selawat dan doa

E-DI DALAM DEWAN PEPERIKSAAN

  1. duduk tegak supaya nampak yakin
  2. susun alat tulis atas meja ( bawa alat tulis yang berkenaan sahaja dan jumlahnya mestilah bersesuaian)
  3. baca selawat dan doa
  4. sedia dengar arahan pengawas peperiksaan
  5. baca arahan soalan dengan tepat
  6. tanda kata kunci
  7. pembahagian masa
  8. buat rangka
  9. jaga tulisan jangan menulis seperti cakar ayam, pening pemeriksa nak semak.
  10. jaga ketepatan fakta
  11. tinggal yang susah dan tanda
  12. lihat semula solan yang tak buat lagi
  13. semak jawapan
  14. SETELAH TAMAT JANGAN BINCANG DENGAN KAWAN, INI AKAN  MENGANGGU EMOSI


                                 




CENDAWAN TIRAM

                                                        KHASIAT CENDAWAN TIRAM


  1) mengawal atur darah - anti trombotik, merendahkan tekanan darah, kandungan glukosa dan lipid
  2) tingkatkan sistem imun badan untuk melawan jangkitan virus dan bakteria
  3) merencatkan tumbesaran tumor
  4) sebagai anti-oksida dan aktiviti pelindung gen

TEMPAT-TEMPAT MERBAHAYA DI DUNIA

1. Great Pacific Garbage Patch

Great Pacific Garbage Patch, atau yang biasa disebut sebagai Vortex Sampah Pasifik, merupakan kumpulan sampah laut di tengah Samudera Pasifik Utara. Kubangan sampah laut ini dipenuhi oleh konsentrasi bahan beracun yang sangat tinggi dari plastik, kimia lumpur, dan sampah lainnya yang telah terperangkap oleh arus Pasifik Utara. Sebagian besar isinya terendap di bawah permukaan laut. Ini bukan tempat manusia normal rata-rata ingin mengunjungi.  

2. Pulau Izu

Kepulauan Izu adalah sekelompok pulau-pulau vulkanik yang terbentang di selatan dan timur dari Semenanjung Izu Honshu, Jepang. Kepulauan Izu terus-menerus dipenuhi dengan bau belerang. Penduduk diungsikan dari pulau-pulau pada tahun 1953 dan 2000 akibat aktivitas gunung berapi dan ancaman berbahaya dari gas belerang tingkat tinggi. Orang-orang akhirnya kembali pada tahun 2005, namun kini diperlukan untuk membawa masker gas setiap saat untuk mencegah tingkat gas naik secara tak terduga. Garagara itulah penduduk di pulau ini jadi seperti setan semuanya. 

 3. The Door to Hell
Selagi melakukan pengeboran di Derweze Turkmenistan pada tahun 1971, ahli geologi tidak sengaja menemukan sebuah gua bawah tanah yang penuh dengan gas alam. Untuk menghindari pembuangan gas beracun, para ilmuwan memutuskan untuk membakar lubang tersebut. Geolog berharap api akan padam dalam beberapa hari tetapi api tetap tidak berhenti sejak saat itu. Penduduk setempat telah menamai tempat ini gua Pintu ke Neraka. Seper

 4.Alnwick Poison Garden

Alnwick Garden adalah kebun tanaman yang sepenuhnya diisi oleh tumbuhan beracun yang dapat membunuh. Banyak tanaman itu yang tumbuh karena experiment anehaneh dan mengerikan di belakang kebun, beberapa tumbuhan tumbuh di pedesaan Inggris yang terpencil, serta banyak lagi varietas yang tidak biasa terlihat di luar. The Alnwick Garden memiliki lisensi Home Office untuk menanam tanaman yang sangat khusus dan ilegal yaitu, ganja dan kokain yang terdapat di balik jeruji besi di kandang raksasauntuk alasan yang jelas tentunya ( agar pecandu narkoba tidak sembarangan memetiknya )

 5. Asbestos Mine

Asbes adalah serangkaian enam silikat mineral alami yang sangat terkanal kompatibel dengan api dan ketahanan terhadap kemampuan penyerapan suara. Di sisi negatifnya, mineral ini menyebabkan kanker dan berbagai penyakit lainnya. Hal ini sangat berbahaya sampai Uni Eropa telah melarang semua pertambangan dan penggunaan asbes di Eropa. Di Kanada di Thetford Mines, Anda dapat mengunjungi lubang asbes yang sangat besar di tambang terbuka yang masih beroperasi secara penuh. Tiket gratis (udah berbahaya masa masih mesti bayar sih ?). Jika Anda memutuskan untuk mengunjungi, jangan lupa lengkapi tubuh anda dengan setelan bio-hazard lengkap

 .6.Pulau Ramree

Pulau Ramree di Burma adalah sebuah rawa -rawa besar yang merupakan rumah bagi sekitar 1000 buaya air asin, yang paling mematikan di dunia. Juga rumah bagi nyamuk malaria, dan kalajengking berbisa. Selama Perang Dunia Kedua, pulau ini adalah lokasi pertempuran selama enam minggu dalam kampanye Burma. Berikut ini adalah gambaran tentang salah satu malam yang mengerikan: “Malam itu [ 19 Februari 1945] adalah malam paling mengerikan yang pernah dialami oleh anggota kru perang. Tembakan senapan yang bertebaran di rawa-rawa yang gelap gulita terganti oleh jeritan orang yang terluka hancur di rahang reptil raksasa, dan suara buaya yang sedang berenang mencari mangsa membuat gambaran neraka yang sangat jelas di hidup kami. Dari sekitar 1.000 tentara Jepang yang memasuki rawa-rawa Ramree, hanya sekitar 20 yang ditemukan hidup.

7.Jalan Yungas

Jalan Yungas Utara adalah jalan sepanjang 69 km yang menghubungkan antara La Paz dan Coroico. Jalan ini legendaris karena telah diperkirakan membunuh sekitar 200-300 wisatawan tiap tahun. Ini adalah salah satu dari beberapa rute yang menghubungkan daerah hutan hujan tropis Amazon, ke ibukota provinsi. Yang membuat jalan ini ekstrim adalah posisi jalan yang terletak 600 meter dari daratan, lebar jalur yang sangat sempit untuk dilaluisebagian besar jalan tak lebih lebar dari 3,2 meter dan kurangnya rel pelindung. Lebih jauh lagi, hujan, kabut dan debu bisa membuat visibilitas berkurang. Di banyak bagian, permukaan jalan berlumpur, dan terjadi longsor. 

8.Gunung berapi lumpur di Azerbaijan

Gunung berapi lumpur di Ajerbaizan ini tidak sama seperti gunung berapi biasa. Setiap dua puluh tahun atau lebih, gunung lumpur meledak dengan kekuatan besar, menembak api ratusan meter ke angkasa , dan menumpahkan beberapa ton lumpur di daerah sekitarnya. Dalam satu ledakan, api dengan mudah bisa dilihat dari 15 kilometer jauhnya, dan masih menyala.

9.The Zone of Aleniation

Zona Keterasingan adalah daerah terpencil yang terletak sekitar 19 km dari lokasi bencana reaktor nuklir Chernobyl dan memiliki administrasi khusus di bawah Departemen yang menangani situasi darurat di Ukraina. Ribuan warga menolak untuk dievakuasi dari zona ketersaingan ini dan secara ilegal kembali ke sana. Sekitar setengah dari transmigran ilegal ini tinggal di kota Chernobyl yang lainnya tersebar di desa-desa di seluruh zona. Karena penjarahan, di tempat ini banyak polisi yang agresifjadi berhati-hatilah, jika Anda datang ke sini, Anda mungkin akan mati ditembak atau terkena radiasi nukler.


SEMAK SLIP PEPERIKSAAN PELAJAR SEKOLAH

Anda boleh membuat semakan keputusan peperiksaan untuk pelajar sekolah menengah dan rendah di Malaysia dengan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

Untuk pelajar sekolah rendah menyediakan semakan bagi darjah 3 dan ke atas
Untuk pelajar sekolah menengah menyediakan semakan bagi peralihan dan tingkatan 2 ke atas

Sila Klik

http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

AIR ZAM-ZAM DAN KEHEBATANYA

MUKADDIMMAH

AIR zamzam mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan berbanding air lain. Perkara ini diperakui oleh banyak kajian saintifik, termasuk sarjana Barat.
Air zamzam mempunyai banyak khasiat dan kelebihan seperti sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud:
Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air zamzam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit.
Disebutkan dalam hadis riwayat Ibnu Majah , Jabir bin `Abdullah, katanya:
Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: “Air zamzam itu diminum untuk keperluan apa saja.
Dalam erti kata lain, jika meminumnya dengan maksud menghilangkan rasa haus, maka Allah akan menghilangkan rasa hausnya. Jika meminumnya untuk menghilangkan rasa lapar, maka Allah akan mengenyangkannya. Sekiranya, meminumnya untuk menyembuhkan penyakit, maka Allah akan menyembuhkan penyakitnya.
Diriwayatkan Rasulullah gemar meminumnya dan tangan Baginda yang mulia dan penuh barkah pernah dicelupkan ke dalam perigi zamzam. Rasulullah pernah bersabda:
Air zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki. (Hadis riwayat Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)
Ulama’ hadis meluaskan huraian mereka terhadap hadis di atas. Al-Munawa berkata: “Air zamzam adalah penghulu segala air, paling mulia, berharga dan disukai. “Allah memberi minum dan menolong putera kekasihnya, Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim dengan air zamzam. Maka, pertolongan seperti itu juga boleh diperoleh oleh orang selepas baginda iaitu bagi sesiapa saja yang meminumnya dengan niat ikhlas, termasuk kita.
Ulama sepakat bahawa sunat bagi orang yang mengerjakan ibadah haji dan umrah, minum air zamzam. Ini disebabkan Nabi Muhammad SAW minum air zamzam. Berdasarkan nas asy-Syafi’eyah, bahawa air zamzam itu sunat diminum dalam apa keadaan sekali pun. Hukum sunat itu tidak hanya khusus selepas mengerjakan tawaf, bahkan sunat diminum bagi setiap orang walaupun bukan pada waktu mengerjakan ibadah haji atau umrah.

TELAGA ZAM-ZAM

Telaga Zamzam ialah telaga biasa yang terletak di dalam Masjidil Haram di Makkah, hampir dengan Kaabah, tempat paling suci dalam Islam. Telaga zam-zam merupakan satu-satunya sumber air bersih dari bawah tanah di Mekah satu ketika dahulu. Umat Islam sangat mengambil berat tentang air zamzam ini untuk air wuduk dan perubatan.

Telaga zamzam dalamnya 30 meter sahaja dan kedalaman air hanya 3.32 meter. Dapat bayangkan. Ada beberapa punca mata air di bawah 13 meter. Ujian mengeluarkan air pada kelajuan 8000 liter/second selama tempoh 24 jam menunjukkan paras air surut dari para 3.23 meter kepada 12.72 meter dan kemudian 13.39 meter selepas itu. Paras air kembali normal ke paras 3.9 meter selepas 11 minit.

PENGURUSAN AIR ZAM-ZAM

Air zamzam asli tidak boleh dieksport secara sah dari Arab Saudi untuk dijual secara komersial. Oleh itu jemaah mengisi botol dan bekas air mereka untuk dibawa pulang serta diagihkan kepada sanak saudara. Setiap jemaah dihadkan membawa lima gelen (kira-kira 20 liter).
Tempat mengambil air zamzam berhampiran Masjidil Haram mempunyai dua bahagian. Bahagian pertama dilengkapi 14 pili yang boleh digunakan secara percuma oleh orang ramai manakala yang kedua pula dipasang pili tiga kali ganda daripada jumlah itu dan dikendalikan oleh syarikat swasta berlesen yang mengenakan sedikit bayaran untuk mengisi botol dan tong air jemaah.

Air zam-zam disediakan untuk para jemaah di Masjidil Haram
Biasanya syarikat ini mengenakan bayaran hanya SR10 untuk botol 10 liter untuk keselesaan jemaah dari berebut-rebut. Kaedah ini lebih baik dan jarang yang berani menipu.
Namun akhbar Arab News melaporkan ahli “zamzam mafia” yang terdiri dari orang Mynamar, Bangladesh dan Afrika beratur di pili awam sejak awal pagi. Mereka lengkap dengan tong dan ambil masa lama. Sedangkan jemaah lain menyediakan tong kecil sahaja. Mereka tidak rasa bersalah melakukannya dan merupakan rezeki halal bulan Ramadan.

Tangki-tangki berisi air zam-zam berserta gelas minuman untuk kegunaan para jemaah di Masjidil Haram
Bagi memastikan pengeluaran dan pengurusan berjalan lancar, pemerintah mewujudkan The Zamzam Studies and Research Center. Pusat ini bertanggungjawab terhadap pembekalan ( daripada segi kualiti dankuantiti ) serta melaksanakan kajian, penyelidikan dan memantau sumber air zam zam dalam memenuhi permintaan sama ada oleh penduduk tempatan atau jemaah haji dan umrah.

KAJIAN SAINTIFIK

Pada Mei lalu, satu temu bual telah dijalankan di Arab Saudi dengan Dr. Knut Pfeiffer dari Jerman, menyatakan tentang kekagumannya terhadap air zam-zam. Idea untuk menguji air yang dianggap suci oleh umat Islam itu muncul apabila dia menerima sebotol air zam-zam dari seorang kawan lama yang baru pulang menunaikan haji. Dia mengambil masa dua minggu untuk menjalankan uji kaji ke atas 60 orang reponden yang aktif.
Dia membandingkan air di Munich, Jerman dengan air zam-zam. Semua orang tahu, air di Munich adalah paling asli dan bersih. Menurut Dr. Knut, air di Munich dari segi kimianya memang sempurna tetapi dari segi tenaganya hancur.
Katanya setelah melalui perjalanan yang jauh dari Jeddah ke Munich kemudian melalui tempoh yang panjang berada di dalam simpanan dan mengalami perubahan cuaca tetapi air zam-zam tidak berubah langsung. Itulah hasil yang dapat dibuktikan melalui gambar sel 40 orang yang diberi minum air tersebut.
Di dalam temu bual itu, Dr. Knut menjalaskan, zam-zam mampu membekalkan tenaga jauh lebih banyak berbanding minuman biasa.
 Ujian sel badan yang diberi minum air zam-zam menunjukkan kesan yang positif. Sel-sel di dalam badan menjadi lebih segar dan menyukai air zam-zam. Apa yang saya lihat inilah jawapannya, jika sistem sel badan memberikan kesan positif maka tenaga akan bertambah kerana tenaga datangnya dari sel yang sihat.Ibaratnya seperti menerima ciuman dari orang yang kita suka dan cinta. Perasaan gembira di dalam hati itu sukar digambarkan. Bila lahir di dalam senyuman yang kita balas untuk orang yang memeberikan ciuman itu, ia penuh bermakna. Begitulan juga sel yang diberi minum air zam-zam, macam rasa cinta. Kalau sel itu boleh bersua mungkin ia akan kata, “Wow! Aku menyukainya.”Ia adalah air pemberi tenaga yang paling hebat dan boleh membuatkan anda sihat. Jika ada peluang minum setiap hari anda akan lebih sihat kerana ia adalah terapi semula jadi. Di masa hadapan mungkin kita boleh hentikan kebergantungan kepada ubatan kimia kerana ianya memberikan kesan yang tidak baik kepada tubuh. Air zam-zam bukan sekadar mengenyangkan, menambah lagi tenaga, tetapi juga sebagai penawar segala penyakit.
Air Zam-Zam adalah minuman yang mengenyangkan dan ubat bagi penyakit” (HR.Bukhari Muslim)
“Saya hanya mengupas sedikit sahaja tentang air zam-zam tetapi ia telah mebongkar banyak rahsianya. Dari mana sumbernya? Berapa banyak tenaga yang air itu miliki semasa di Mekah dan berapa yang tinggal apabila dibawa terbang jauh dari kota. Dengan mengkaji lebih mendalam, kita dapat mengetahui lebih banyak lagi khasiatnya,”
Jelas Dr. Knut yang juga membuat kajian tentang kekuatan sembahyang orang islam dan semabahyang orang kristian. Baginya sembahyang orang Islam member kesan positif dan boleh mengekalkan tahap tenaga untuk jantung.
Sedangkan doktor Kristian pun kagum dengan kehebatan air zam-zam, apatah lagi sebagai orang Islam yang memang ada peluang untuk menikmati air itu. Itulah tanda kekuasaan Allah yang diberikan kepada Umat Islam.
Persidangan Air Sedunia baru-baru ini di salah sebuah Universiti di Malaysia membuktikan segala fakta tentang air. Sewaktu persidangan itu, air dari merata dunia diambil dan diperiksa akan “kehebatannya“. Kamera berfrekuensi tinggi berjarak jauh digunakan untuk melihat akan gambaran yang terjadi kepada air yang sedang di uji itu.

Maka air dari Sungai Ganges dan juga termasuk Air Zam-Zam diuji dan dikenal pasti.Sesuatu yang nyata adalah Air Zam-Zam sahajalah air yang begitu kukuh dalam merakam segala perubahan pada kadar gelombang alam semesta ini dan strukturnya begitu kukuh (segi tiga).
Struktur kristal air zam-zam
Keunikan Air Zam-Zam ini juga adalah strukturnya tidak berubah, ia tidak akan terjejas di dalam apa sekali pun tekanan yang sedang diberikan padanya. Ia tetap utuh sehinggakan seorang Professor dari Jepun memeluk agama Islam kerana keunikan Air Zam-Zam yang beliau ketahui hanya ada di Kaabah. Lagi satu kehebatan air Zam-Zam ini adalah ia sahaja didapati boleh merakam dengan tepat gelombang warna alam yang sering bertukar pada waktu-waktu yang tertentu.

AIR ZAM-ZAM & PENGUBATAN

Disebut pengarang kitab al-’Aqdus Sameen bahawa Ahmad bin Abdillah Asy-Syarifee, seorang khadam di Tanah Haram Makkah meminum air zamzam dengan niat dan tujuan untuk berubat daripada buta. Lalu, dengan izin Allah, beliau sembuh. Menurut pengarang kitab ini lagi, bahawa kejadian itu dikhabarkan sendiri gurunya, al-Fufti Abdul Rahman bin Abil Khair alFasi. Al-lmam an-Nawawi sebagai mengulas hadis di atas berkata: “Maknanya, barang siapa minum kerana sesuatu hajat, nescaya memperoleh hajatnya itu.
Hal ini, dicuba ulama dan orang soleh bagi segala hajat mereka, sama ada hajat akhirat mahupun dunia. Alhamdulillah, semuanya memperolehnya. (Lihat Tahzibul Asma Wal-Lughat 3/139).
Al-’Allamah lbnul Qayyim al-Jauziah pula berkata:
Saya dan juga orang lain mencuba berubat dengan air zamzam. “Saya berubat dengannya dalam banyak penyakit dan sembuh dengan izin Allah. Demikian juga saya menyaksikan orang yang menggantikan makanan biasa dengan air zamzam hampir setengah bulan atau lebih, tetapi tidak lapar. Bahkan dia juga tawaf bersama orang ramai, mampu menggauli isterinya dan berpuasa.
Al-’Allamah seterusnya berkata: “Sudah berlaku kepada diri saya sewaktu di Makkah, saya sakit. Pada masa itu, saya benar-benar ketiadaan ubat dan doktor. “Maka, saya pun berubat sendiri dengan al-Fatihah. Saya ambil air zamzam dan bacakan di atasnya berulang kali. Kemudian, saya minum lalu mendapati kesembuhan yang sempurna.
Sejak itu saya melakukannya atas banyak penyakit dan semuanya memberi sebesar-besar manfaat. (Lihat Zadul Ma’ad 4/718)
Berkata pula Al-Hakim:
Bahawa Abu Bakar Muhammad bin Jaafar bercerita mengenai Ibnu Khuzaimah (Ibnu Khuzaimah ialah seorang ilmuwan besar), katanya: “Saya mendengar orang bertanya kepada lbnu Khuzaimah: “Daripada manakah tuan memperoleh ilmu?” Jawab lbnu Khuzaimah: “(Bukankah) Rasulullah pernah bersabda: “Air zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan? (Lihat Sairul A’Iam an-Nubala 14/370).
AI-Jalal as-Suyuti juga menceritakan mengenai dirinya, katanya:
Dengan memuji Allah, saya sudah musafir ke negeri Syam, Hijaz, Yaman, India dan Maghribi. “Apabila saya menunaikan haji, saya minum air zamzam bagi beberapa perkara yang berikut, antaranya: Agar saya mahir dalam ilmu fiqah hingga mencapai martabat Asy-Syeikh Sirajuddin al-Bulqini.
Dalam ilmu hadis hingga saya mencapai martabat al-Hafiz lbnu Hajar. Ada pun, semua ini saya sebutkan demi mengingati nikmat Allah ke atas diri saya, bukannya untuk bermegah-megah.
Apalah yang ada untuk dimegahkan di dunia ini, sedangkan saat kembali semakin dekat dan uban pun mulai subur.” (Lihat Husnul Muhadharah 1/215 dan 2/296).
Jika diperhatikan dengan sehalus-halusnya keterangan di atas, maka nyata, yang amat mustahak itu adalah niat dan keimanan yang seikhlas- ikhlasnya untuk mengiringi perbuatan minum itu.
Berikut adalah di antara FAKTA Rahsia kelebihan air zamzam
  • Boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dengan izin Allah.
  • Diberkati dan mengeyangkan peminumnya.
  • Mampu menyempurnakan hajat peminumnya dengan izin Allah.
  • Allah menjadikan air zamzam sebagai penyebab kepada pembangunan dan kemajuan bumi Makkah.
  • Antara mata air syurga.
  • Antara tanda kekuasaan Allah di bumi Makkah.
  • Antara nikmat besar dan manfaat yang dapat dilihat di Tanah Haram Makkah.
  • Ia keluar dari kawasan paling mulia di muka bumi ini.
  • Air dipilih untuk membersihkan hati Rasulullah SAW beberapa kali.
  • Minuman orang mulia (al-abrar).
  • Menambah kekuatan badan.

ADAB MEMINUMNYA

Terdapat beberapa adab atau peraturan bagaimana meminum air Zamzam itu, antaranya:
Daripada Abdullah bin Abi Mulaikah, katanya:
Seorang laki-laki telah datang menemui lbnu Abbas. Lalu bertanya lbnu Abbas: “Tuan datang dari mana?” Lelaki itu menjawab: “Saya baru lepas minum air Zamzam”. Tanya lbnu Abbas lagi: “Adakah tuan minum itu mengikut cara yang sepatutnya’?” Lelaki itu tidak menjawab, sebaliknya bertanya pula kepada lbnu Abbas: “Bagaimanakah caranya wahai lbnu Abbas?” Maka lbnu Abbas pun menjelaskan: “Apabila minum air Zamzam hendaklah menghadap kiblat, sebutkan nama Allah (baca Bismillah) dan bernafas di luar bijana, kemudian baru teguk lagi, dan (sesudah selesai minum) ucapkan pujian kepada Allah (baca Alhamdulillah). Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ada bersabda: “Perbezaan diantara kita dan orang ramai (kaum munafik) ialah bahawa mereka itu tidak suka meneguk (minum) air zamzam.” (Hadis riwayat Addara Qutni dan lbnu Majah).
Daripada ‘Ikramah meriwayatkan, bahawa adalah lbnu Abbas r.a. apabila minum air Zamzam beliau berdoa (ertinya) :
Ya Allah ya Tuhanku! Aku bermohon kepadaMu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit.” (Diriwayatkan oleh ad-Dara Qutni dan lbnu Majah).
Menurut riwayat, lbnu Abbas adalah terkenal seorang sababat yang sangat mendalam ilmunya, luas rezekinya dan tidak pernah sakit kecuali penyakit tua.
Syeikh Jamaludin Muhammad Jarullah bin Muhammad Nuruddin dalam kitabnya ‘al-Jamiul Latif fi Fadhli Makkah’ dalam bab Adab minum air Zamzam berkata:
Berkata seorang ulama, sesiapa yang hendak meminum air Zamzam, eloklah dia mengambil bekas yang berisi air Zamzam dengan mengadap kiblat, kemudian berkata: Ya Allah, sesungguhnya telah sampai kepadaku daripada nabiMu s.a.w. bahawa baginda bersabda: Maka Ya Allah, aku meminum air Zamzam ini untuk …………. (sebutkan hajat apa yang dikehendaki). Selepas itu diminum seteguk, kemudian bernafas diluar bijana itu, Dan begitulah dilakukan sebanyak tiga kali. Setiap kali meneguknya dibaca Basmalah dan setiap kali selesai dibaca Hamdalah.