Halaman

Ahad, 20 Oktober 2013

JOM MAKAN PISANG

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiqRNwypKMtQT0KW9NGzjNl5EPKl1dLowxRsqpcmAF0LEdDkCmAd_Mc5ihLvQ5BUVaSKC7ipcfpc4SO-Ue5qu4xIowIF3rovtot8Fa-4NB7sZv-FAJuFs35Q35fI_hT6q3fz_T5VQooCNhyphenhyphen/s1600/gam+pisang.jpg
 
 
UNTUK SISTEM SARAF

Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu
 menenangkan sistem saraf anda .
 
UNTUK MENGURANGKAN KELETIHAN
 
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu . Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Tekanan Darah Tinggi:

Buah tropika unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi garam rendah,
 menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.
 



Anemia:

Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan
hemoglobin dalam darah , yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia. 
 



Tekanan:

Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit
 tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang.
 Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada
 serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud
 dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.
 



Kuasa Minda:

Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan
 dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari.
 Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi
dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).
 



Ulser:
 
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak
 mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral
lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti
 lapisan dinding perut kita.
trok:
Mengikut kajian dalam buku The New England Journal of Medicine‘,
mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko
kematian akibat strok sebanyak 40%!
 
Obesiti dan Tekanan Kerja:
 
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja
 menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek .

Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes
 membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk
 mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah
 dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk
 mengekalkan kadar yang stabil . Makanlah pisang.
 
Pisang emas di bawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
hutang emas boleh dibayar,
hutang budi dibawa mati.
 
coretan
pisang  sebagai bekalan dalam pelayaran yang jauh  hingga ke negeri Cina semasa zaman
Melayu Melaka . Keistemewaan pisang emas ia  masak tidak serentak . Orang dulu-dulu sangat
memuliakan makanan yang sentiasa diletakkan di tempat yang tinggi. Banyak resepi makanan yang
berasaskan pisang . Dulu-dulu bayi makan pisang lecek....pandai pun  ...saya suka makan pisang montel..rasanya macam pisang emas.kerepek pisang tanduk sangat sedap berbanding kerepek kentang.
 

 
 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan