Sabtu, 14 September 2013

PAHALA BERTERUSAN WALAUPUN KITA TELAH MATI



Assalamualaiku semua, saya ingin berkongsi amalan-amalan yang akan dapat memberikan kita pahala walaupun kita telah meninggal dunia. Ingatlah sahabat-sahabat, mati itu tidak mengenal usia, sediakanlah bekalan secukupnya supaya selamat kita di sana nanti, inshaallah..

  1. Pasang kipas di surau/masjid walaupun 1, setiap kali orang guna, anda dapat pahala walaupun selepas mati
  2. Derma kerusi roda di hospital. Setiap kali pesakit guna, anda akan dapat pahala.
  3. Beri baju kepada orang, setiap kali orang pakai, anda dapat pahala.
  4. Beri makanan kepada orang, anda dapat pahala selagi makanan itu menjadi darah dagingnya.
  5. Menyampaikan ilmu yang bermanfaat, selagi mereka mengamalkan, pahala anda tetap ada.
  6. Kongsi mesej ini kepada orang ramai, walaupun 1 tolong kongsikan kepada orang, anda akan dapat pahala sebab anda telah berdakwah untuk sampaikan ilmu.... 
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”
(Hadith Sahih – Riwayat Muslim dan lain-lainnya)
“Sedekah jariah” ialah harta benda yang diwaqafkan kerana Allah Taala, seperti:
(1) Mewaqafkan sebuah kebun bersama hasil tanamannya untuk kebajikan umum. Atau mewaqafkan sebidang tanah untuk menjadi tapak masjid, surau, rumah anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya

(2) Mendirikan – atau berkhairat ala kadarnya untuk mendirikan masjid surau, rumah anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya

(3) Mendirikan rumah waqaf untuk kaum kerabat sahaja atau umum untuk orang-orang miskin yang memerlukan tempat berteduh atau untuk disewakan dan hasilnya dikhairatkan untuk kebajikan umum

(4) Mendirikan rumah “musafir khanah” untuk persinggahan orang-orang musafir yang memerlukannya

(5) Dan lain-lain lagi yang termasuk dalam amalan yang diredhai Allah seperti mendirikan hospital dan kutub khanah, mencetak al-Qur’an dan kitab-kitab Islam serta buka-buka pengetahuan yang berguna dan sebagainya.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan