Halaman

Selasa, 10 September 2013

KHASIAT SERAI WANGI


Nama tempatan : Serai Wangi Nama saintifik Cymbopogon nardus /  Citronella

Khasiat :

  • Daun serai yang dibalut dengan besi atau batu panas digunakan untuk tuaman yang bertungku pada kawasan urat saraf yang lemah, penyakit bisa otot-otot, sendi, mengecutkan rahim yang bengkak, memecahkan lendir, darah dan angin.
  • Campuran pada rempah ratus dijadikan pes bagi merawat bengkak-bengkak sendi dan otot.
  • Air rebusan daun serai (lebih baik jika dicampurkan dengan daun sirih dan gandarusa) digunakan bagi mandian ibu dalam pantang selepas bersalin dan untuk penyakit lemah otot dan sendi
  • Membantu mengubati masalah sakit perut dan memecahkan gumpalan angin serta melepaskan angin   dan sendawa .
  • Dapat membantu mengimbangkan kestabilan hormon.
  • Menambahkan aroma hidangan serta membantu meringankan keadaan keracunan makanan
  • Campuran dengan rempah ratus mempunyai khasiat bagi merawat kesihatan sistem dalaman badan.
  • Membantu melawaskan dan melancarkan pembuangan air kecil.
  • Boleh menghalau lipas, lalat, anai-anai, semut.(dijadikan pencuci lantai)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan