Halaman

Selasa, 10 September 2013

KHASIAT CILI API



Kebaikan Cili Api

Ia turut dikenali sebagai CILI PADI dan CABAI BURUNG dengan nama saintifiknya Capsium frutescens dari keluarga tumbuhan Solanaceae .Cili, cabai, atau lada merupakan jenis sayuran yang amat popular di negara ini. Cili dipanggil paprika atau pimiento di Hungary dan Sepanyol.. Di negara ini cili merupakan salah satu bahan makanan yang banyak digunakan oleh masyarakat pelbagai kaum untuk kegunaan harian dan perusahaan. Cili kaya dengan vitamin A, B, dan C kompleks, serta komposisi vitamin lain seperti protein, karbohidrat, serta karotin. Kepelbagaian cili
memberi kepedasan kepada si pemakan. Ia dinamakan capsaicin, lagi tinggi kandungan capsaicin, cili semakin pedas. Dipercayai capsaicin yang terkandung di dalam cili dapat berfungsi sebagai agen pelindung melawan penyakit ulser peptic serta agen penghalang kepada kimia-kimia carcinogens yang menyebabkan penyakit barah.

  • agen penghalang kanser dimana ia mempunyai sifat anti oksidan yang tinggi .
  • mengaktifkan denyutan jantung .
  • meransang peredaran dan memperbaiki peredaran darah dalam badan .
  • merangsang pengeluaran gas dari dalam sistem pencernaan .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan